Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

3 Aug 2017

Video dan Resepi MI MAGGI Kari Goreng Azie Kitchen







As salam semua follower Azie Kitchen. Semoga hari ini adalah hari yang membahagiakan dan menceriakan anda semua. Hari ini saya ingin kongsikan resepi istimewa yang saya reka khas untuk anda semua menggunakan Mi MAGGI Kari 2-Minit’ atau 'Mi MAGGI Kari’ yang disediakan secara goreng. 




MAGGI Kari Goreng memang kesukaan suami dan anak anak saya. Resepi mudah dan cepat dan yang paling penting sedap serta seimbang khasiat. Dengan menggunakan udang, sotong serta sayur sayuran pilihan yang segar, kita pasti dijamin satu hidangan yang berkhasiat. Kena pula dengan mi MAGGI yang kenyal kenyal ditambah dengan perencah yang terhasil dsri ramuan 12 rempah ratus dan cili yang dimasak sehingga pecah minyak sehingga memberi aroma kari. 




Hari ini saya ingin bercerita berkenaan 2 resepi MI MAGGI Kari Goreng yang saya namakan MAGGI KARI GORENG CENDAWAN AZIE KITCHEN dan MAGGI KARI GORENG DAUN LIMAU PURUT AZIE KITCHEN. Ianya terhasil dari nostalgia, pengalaman serta kegemaran saya sendiri. Seperti mana yang anda tahu, saya adalah seorang anak kampung yang dilahir dan dibesarkan dalam suasana alam semulajadi yang penuh ceria di kampung. Saya suka meredah sawah bendang dan hutan untuk mencari ikan, burung, telur dan pelbagai hasil alam. Antaranya ialah cendawan atau di Kelantan dipanggil sebagai "kulat". Terdapat pelbagai jenis kulat liar yang memang segar tumbuh di batang batang pokok, di atas tanah dan juga di kayu kayu balak. Antara kegemaran saya ialah kulat sisir, kulat gelam dsb. Kebetulan pula, anak anak saya terutama Juita dan Aween juga sangat sukakan cendawan di dalam masakan seperti mee, mee hoon atau pasta. Dari situ, saya mendapat idea untuk menghasilkan resepi MAGGI KARI GORENG CENDAWAN AZIE KITCHEN. 




Resepi kedua saya iaitu MAGGI KARI GORENG DAUN LIMAU PURUT AZIE KITCHEN juga terhasil dari kecintaan saya pada bahan masakan semulajadi yang beramotik. Saya memang sangat suka masakan yang menggunakan daun limau purut. Bukan sahaja rasanya tapi aromanya memang sangat saya sukai. Mee, mee hoon, rendang, tom yam asam pedas dsb. Semua mesti dimasukkan daun limau purut. Masih ingat lagi saya membawa balik banyak stok daun limau purut yang diambil di rumah keluarga sahabat saya ketika mahu pulang beraya ke kampung. Ketika itu, saya baru sahaja menetap di Kuala Lumpur selepas memulakan kerjaya di sini. Juga pokok herba dapur pertama yang saya tanam selepas memiliki kediaman sendiri adalah pokok daun limau purut. Haa... itu lah serba sedikit bagaimana saya mendapat idea dan inspirasi untuk resepi hari ini. 





Sekarang jom kita tengok resepi yang saya salin di bawah ini. Kalau ingin tahu bagaimana kelazatannya, saya syorkan agar follower Azie Kitchen mencuba sendiri di rumah dan jangan lupa like dan share resepi resepi ini ya. Juga jangan lupa untuk melihat video penyediaan resepi resepi ini di Instagram Azie Kitchen dan youtube channel Azie Kitchen. 

Akhir sekali jom singgah di website MAGGI di SINI untuk melihat banyak lagi resepi resepi MAGGI Kari Goreng. Pasti keluarga anda tersenyum keseronokan bila dihidangkan dengan MI MAGGI Kari Goreng. Jom layaannn...




MAGGI KARI GORENG CENDAWAN AZIE

Bahan bahan:
2 paket​​​ Mi MAGGI Kari 2-Minit, direbus selama 2 minit & toskan

A
100 gram​​ cendawan hitam, dihiris kasar
1 ½  sudu besar ​​minyak masak
1/2 biji ​​​bawang besar Holland, dipotong dadu
4 ulas​​​ bawang putih, dicincang
200 gram ​​udang, dibersihkan

B
50 gram​​ kacang panjang, dihiris kecil
1 1/2 paket ​​Perencah MAGGI perisa Kari
5 biji​​​ buah tomato ceri, di potong dua
4 tangkai​​ cili padi, diketuk
3 sudu besar ​​air

Cara cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan A sehingga naik bau.
2. Masukkan Mi MAGGI 2-Minit, dan bahan B. Gaul rata dengan api yang kecil.
3. Jika terlalu kering, boleh masukkan sedikit air.

TIPS: (cara mengoreng mengunakan Mi MAGGI 2-Minit)
Maggi direbus dalam 2 minit. Angkat dan tos. Rendamkan dalam air sejuk untuk menghentikan maggi dari terus masak.









MAGGI KARI GORENG DAUN LIMAU PURUT AZIE

Bahan bahan:
2 paket​​​ Mi MAGGI Kari 2-Minit, direbus selama 2 minit & tapiskan
1 ½  sudu besar​ ​minyak masak

A (Bahan kisar):
8 helai ​​​daun limau purut - buang tulang & hiris nipis
1 biji ​​​bawang besar - saiz sederhana
1 tangkai ​​cili hijau
1 tangkai ​​cili merah

B
100 gram​ ​udang, dibersihkan
100 gram​​ sotong, dibersihkan dan dihiris bulat
1 1/2 paket​ ​Perencah MAGGI perisa Kari
3 sudu besar​​ air
150 gram​​ sayur sawi, dihiris
100 gram​​ lobak merah, dihiris

Hiasan
1 helai​​​ daun limau purut - hiris nipis untuk hiasan

Cara cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan bahan B dan Mi MAGGI 2-Minit yang telah direbus.
3. Gaul rata sehingga masak. Hidang panas dan taburkan hirisan daun limau purut.








3 comments:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.