Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tidur Selesa Dengan Tilam Dreamland

 



Saya telah beberapa tahun mengalami masalah sakit tulang belakang kerana banyak melakukan aktiviti bertaman yang memerlukan saya mengangkat itu dan ini. Saya memang dah terbiasa melakukan kerja kerja bertaman, jadi sedikit kesilapan menyebabkan masalah tulang belakang. Alhamdulillah kerana ianya belum sampai ke tahap serious. Namun begitu, saya perlu menjaga dengan memastikan cara duduk yang betul dan permukaan tilam yang rata dan lembut.

Setiap orang memerlukan waktu tidur yang cukup. Untuk memastikan tidur yang nyenyak, tidak dapat tidak, antara faktor utama ialah menpunyai tilam yang selesa. Tilam yang selesa juga lebih mesra kepada mereka yang menpunyai masalah sakit tulang belakang atau sakit pinggang sangatlah penting.




Hari ini, saya nak kongsikan pengalaman saya menggunakan tilam Dreamland dengan koleksi Chiro dan bagaimana ia mampu memberi keselesaan dan menambah kualiti tidur saya.

Tilam Chiro Latex Anti-Static Dreamland bersaiz King yang baru kami miliki ini sangat sangat selesa. Melihatnya sahaja, hati serta merta  menjadi so "melted". Ianya kelihatan sangat mewah dengan tekstur fabrik yang sangat halus bak sutera dan lembut pada sentuhan. Setiap kali masuk bilik, saya  pasti akan teruja untuk terus merebah dan mencampakkan diri di atasnya. Hahaha serious, saya merasakan diri sangat dimanjakan di kala berbaring di atasnya. Ketebalannya pula lebih dari 16 inci. Betul betul standard tilam luar negara. Teringat sewaktu saya bercuti ke luar negara terutama San Francisco dan Las Vegas, tilamnya sangat selesa. Rasa macam nak jer beli bawa balik. Hahaha.

Selain itu, tilam pada saya haruslah memberikan saya rasa dimanja dengan kemewahan fabriknya, haruslah cukup tebal.

Tilam koleksi Chiro ini juga ada "anti-static memory foam" yang mampu de-stress tubuh badan kita dan melegakan ketegangan badan selepas sehari panjang bekerja. Sejak usia meningkat, saya memang cepat penat tetapi dengan tilam ini, ia mampu merehatkan badan saya dengan mengurangkan rasa tension apabila tidur lena waktu malam.

Sejak kecil, saya memang sangat cenderung memilih tilam atau bantal yang diperbuat dari latex. Dengan tilam Dreamland yang diperbuat dari 100% natural latex, ianya tidak melendut atau bergerak mengikut pergerakan badan seperti mana tilam biasa. Ciri ciri ini membantu saya untuk tidur lebih selesa tanpa gangguan dengan pergerakan suami. Dan yang lebih penting ianya membantu menstabilkan postur tulang belakang dan membantu mengurangkan masalah sakit pinggang dan tulang belakang yang saya alami.  Jika anda hendak tahu, Dreamland adalah pelopor tilam spring dengan paten Miracoil, sistem spring yang sangat advanced.

Satu yang saya suka dengan tilam ini adalah kerana ianya diberi jaminan dan waranti selama 10 tahun. Sejak menggunakan tilam ini, memang terasa sangat perbezaan ketara dari segi kelembutan dan keselesaan  tilam berbanding tilam biasa.



Pendek kata Dreamland dengan rangkaian koleksi Chiro ini bukan sekadar tilam tetapi tilam yang mesra dan prihatin pada pengguna yang menderita sakit pada bahagian tulang belakang. Tilam yang bagus dapat membantu meredakan masalah ketidakselesaan dan gangguan semasa tidur. Bila bangun pagi, kita terasa segar kerana tidur yang tiada gangguan. Ada tilam saya yang lepas lepas, apabila pasangan kita bergerak, ianya akan sekali memberi pergerakan yang boleh mengganggu keselesaan tidur kita.




Tips yang mesti diperhatikan sebelum membeli tilam adalah dengan kita harus berbaring di atas tilam tersebut selama beberapa minit untuk kita menilai sendiri kelembutan serta keselesaan tilam tersebut berbanding tilam biasa.

Haa apa lagi jom singgah di mana mana kedai Dreamland yang berdekatan. Tidak rugi untuk melabur sedikit wang untuk membeli tilam yang selesa dan berkualiti serta mampu memberi keselesaan tulang belakang semasa tidur kerana sebahagian masa dihabiskan waktu kita tidur di atasnya. Untuk maklumat lanjut, boleh layari facebook Dreamland Malaysia di https://www.facebook.com/DreamlandMalaysia  Anda juga boleh layari laman web Dreamland Malaysia di http://www.dreamland.com.my/ dan You Tube channel Dreamland Malaysia di SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang Miracoil Spring System mereka.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Tidur Selesa Dengan Tilam Dreamland "

  1. Boleh baring ye, nanti ada siap-siap tulis, jangan baring disini... :-) Tapi tilam ni memang selesa...

    BalasPadam
  2. salam...
    leh cuba beli ni ....nampak meyakinkan

    BalasPadam