Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Daging Korban Sedap Yang Mendapat Pujian Suami



Kari Daging Korban Sedap

Sempena cuti hujung minggu yang panjang serta sambutan Hari Malaysia, Encik Hubby menolong saya di dapur. Maklum yang ada di rumah, hanyalah 2 orang anak bujang sahaja. Hubby tolong menghiris daging yang masih separuh beku selepas dikeluarkan dari peti ais dan membasuh kuali besar di sink belakang rumah. Kami menghabiskan masa dengan bersarapan bersama sama, berkebun bersama sama, menonton televisyen bersama sama dan bersolat di surau bersama sama. Inilah masa yang betul betul berkualiti. Lama betul kami tidak meluangkan masa sebegini, apalagi untuk berduaan di gazebo di bawah cahaya bulan purnama yang sedang mengambang. Terasa seperti pasangan kekasih yang sedang bercinta. 



Kari Daging Korban Sedap

Telah lama kami tidak bersembang dan berbicara santai. Selama ini, masing masing sibuk dengan urusan sendiri. Memang lah patut suami isteri pergi bercuti berduaan. Kembali mengeratkan kasih sayang supaya tak ada pihak ketiga yang cuba menumpang dalam perkahwinan yang dibina. Nasihat saya setiap orang perlu menjaga batas pergaulan di pejabat supaya urusan kerja tidak terbawa bawa ke urusan ber WhatsApp personal pulak. Memang ramai yang saya lihat di depan mata, hatta kepada mereka yang sama sama telah berkahwin sekali pun boleh bercerai berai bila tidak tahu menjaga batasan pergaulan. Awaass saya lihat dan saya perhati... Cukup di sini dahulu.

Semasa dalam perjalanan balik dari bersarapan lontong kegemaran saya di Kundang, Hubby mencadangkan agar saya memasak hidangan tengahari untuk anak anak. Kali ini saya memasak Kari Daging Korban yang dibuat ala ala Gulai Daging Kelantan yang tidak berminyak seperti kari biasa. Daging jangan dihiris terlalu nipis nanti tak rasa seperti daging yang bertekstur berurat. Kalau boleh, guna sedikit bahagian yang ada lemak. Masak daging korban ni, memang sedap. Dagingnya terasa manis. 

Selain kari daging, saya juga menyediakan Ikan Cencaru Sumbat Sambal, sayur kacang bendi goreng serta daging goreng garam kunyit. Masalah bila memasak pelbagai lauk pauk adalah kerana dapur hanya ada dua sahaja. Terpaksa menunggu lepas satu masak, baru dijerang lauk lain. Berpeluh juga bila lama lama di dapur. Kipas siling di dapur yang berpusing laju juga tidak mengurangkan suhu badan yang panas. Hari ni terasa nak masuk bakul, angkat sendiri kerana kari ini sangat sedap. Secukup rasa dan lemaknya. Hubby juga memuji muji. Kembang kempis hidung saya. 

Jom layan resepi mudah yang biasa saya gunakan. Kalau cara kakak saya lagi mudah, semua bahan dikisar sahaja. Lebih menjimatkan masa tanpa merubah keenakannya pun.. 

  
Kari Daging Korban Sedap

Kari Daging Korban

Bahan bahan:
1 kg daging
1 biji bawang besar - cincang
4-5 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1/2 sudu besar cili kisar - opsyenal
3 sudu besar rempah kari daging 
Rempah - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 kotak santan kotak
1 sudu besar kerisik
Gula Melaka
Garam
Sedikit pes asam jawa
2 biji kentang - potong 4

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis serta bawang bawang dan halia. Tumis sehingga layu dan wangi. Masukkan cili kisar, jika suka. 

Tumis sehingga cili garing. Tuangkan serbuk kari yang tidak dibancuh dengan air. Kacau laju laju dalam 1-2 minit sebelum dimasukkan air. Kacau lagi sehingga rempah kari masak. 

Masukkan daging dan digaul rata bersama rempah sehingga agak agak air daging kering dan rempah terbit minyak.

Masukkan santan dan air secukupnya. Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk. Masukkan sekali ubi kentang. 

Setelah mendidih dan hampir pecah minyak, baru dimasukkan kerisik, garam, asam jawa dan gula Melaka.


Kari Daging Korban Sedap
Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah air panas sedikit demi sedikit. Setelah daging empuk, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. 

Sedap dimakan dengan nasi putih dan juga roti.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

15 ulasan for "Kari Daging Korban Sedap Yang Mendapat Pujian Suami"

  1. assalamualaikum.
    memang nampak menyelerakan sangat kari tu!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum k.Azie..dah setahun lebih sy try resepi2 akak..mmg sedapp.byk ilmu dunia akhirat sy dpt di sini.terima kasih k.azie n moga sukses selalu

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kak azie.. saya selalu rujuk blog akak untuk ambil resepi2.. minta halalkan ya.. resepi di blog akak memang terbaik sebab akak ikhlas share dengan semua.. sebab tu resepi ni kebanyakan org cuba buat mesti menjadi.. terima kasih banyak2 kak azie.... semoga kak azie sentiasa di muewahkan rezeki dan dilimpahkan kebahagian berpanjangan.amin...

    BalasPadam
  4. Terima kasih Puan Azie atas resipi-resipi. Saya refer banyak resipi di blog puan. Semua memang sedap. Kalau cari resipi memang blog puan akan jadi sumber utama.Maklum la bukan pandai masak pun. Harap dihalalkan ilmu masakan.

    BalasPadam
  5. Tq kak, Sy baru nk blajar masak.. Blog akk la, jd tmpt rujukan.. Sng faham.. Thanks again kak azie

    BalasPadam
  6. Salam sis azie... saya ni xpandai masak, setiap kali mencube utk masak sy mesti amik resepi dari blog sis..minta halal kan ea hihihi resepi sis semua simple dan sedap2.. setiap kali mencube menjadi �� Terima kasih

    BalasPadam
  7. Terbaik puan azie...bnyak yg sy refer pd rsepi puan azie..truskn lg dgn upadate resepi2 yg baru

    BalasPadam
  8. assalamualaikum...terima kasih kak azie...resepi kak azie byk membantu sy uruskan masakan seharian..anak2 suka suami pn x komen apa2.. 😄😄😄

    BalasPadam
  9. Nmpk sdap sb gule melaka d kerisik

    BalasPadam
  10. Yes. I look for azie for my recipes. Hari ni nak masak kari ayam dan roti kirai.

    BalasPadam
  11. hi kak, saya nak tanya.. daging kambing tak perlu di rebus terlebih dahulu tak? saya menggunakan daging "Lamb Shank"

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah n T. Kasih pn azie ats segala resepi yang dshare.. Suami suka terutama resepi kari ikan.. Saya pun nak mintak halal segala resepi n ilmu masak puan.. T. Kasih

    BalasPadam
  13. Assalamu'alaikum puan azie.. jazakallah u khairan kathira atas resepi yang sedap ini..saya silent reader dan memang peminat setia blog puan.. semoga Allah merahmati puan sentiasa atas ilmu yang bermanfaat ini.. saya banyak kali dah masak daging dengan resepi ni memang sedap dan family puji dan sentiasa request menu ni bila ada daging.. esok nak raya saya masak menu ni atas permintaan family hihihi.. selamat hari raya puan & semua pembaca blog puan azie..☺️☺️☺️

    BalasPadam
  14. Tq Pn.Azie atas perkongsian resepi yg selalu ' menjadi' bila saya masak.
    Tq again.

    BalasPadam