Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Majlis Makan Makan Raya






Tahun ini kami memang tidak bercadang untuk mengadakan majlis rumah terbuka kerana agak susah untuk mendapatkan waktu di mana semua anak anak ada di rumah. Lagi pulak tahun lepas, rumah terbuka kami agak besar. Itu pun tahun lepas, Juita tidak dapat balik. Idea untuk mengadakan majlis makan kecil kecilan bermula apabila Ezzaty menghantar mesej memberitahu ingin datang beraya. Ezzaty adalah kakak kepada imam solat terawih di surau Ad Dhuha yang tinggal dalam satu kejiranan di Seksyen 8. Kami berkenalan ketika sama sama mengerjakan solat terawih di surau. Tertarik dengan Ezzaty yang nampak matang dsn cepat mesra. Ezzaty akan melanjutkan pengajian ke US tidak lama lagi. Saya meminta supaya Zaty membawa sekali ibubapa serta adik beradik beliau. Alang alang ingin memasak, saya mencadangkan Nana menjemput sekali rakan rakan untuk beraya di rumah. Walaupun jalanraya dikatakan sesak di sana sini, ramai juga kawan Nana yang berkunjung.




Kami hanya menyediakan Soto Ayam dan lemang yang dibeli dari Subang selain dari biskut biskut raya yang disediakan sendiri oleh Juita. Saya hanya membantu Nana menyediakan Soto Ayam dengan menolong apa yang patut. Nana yang bertugas untuk memasak sepenuhnya. Seronok melihat rakan rakan Nana menikmati Soto Ayam yang dihidangkan. Mereka telah berkawan lama, ada yang sejak di bangku sekolah dan ada ketika sama sama mengikuti pengajian perubatan di Alexandria University.




Kebetulan juga abang dan kakak serta adik ipar saya dari Perak juga datang berkunjung. Ianya menambahkan kermeriahan majlis kecil di rumah kami.  Jadi kiranya kami menpunyai tetamu sehingga ke malam juga. Majlis kecil kecilan seperti ini lebih santai dan kita juga dapat meluangkan lebih masa untuk bersembang dengan tetamu berbanding dengan majlis rumah terbuka. Nasib baik Aween sudi menolong apa yang patut seperti membancuh minuman, mengisi kuih muih dsb.





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Majlis Makan Makan Raya"

  1. nak tunggu Pn Azie update resepi...dah tak tahu nak masak apa..hehe...Selamat Hari Raya!

    BalasPadam
  2. Salam Puan, boleh saya tahu Puan menempah di mana utk rak di tv tu. Tq

    BalasPadam