Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Korea Day 4 Part 2 Shopping Di Dongdaemun

Holiday Korea

Kami berjalan masuk ke Sinchon subway station untuk ke Dongdaemun Culture Station exit 14. Keluar jer dari situ, dapat dilihat ramai orang berjualan di depan Good Morning City Mall. 

Kami masuk ke Migliore sebelum ke Doota Mall. Tak tahu kenapa ramai blogger Malaysia yang tulis berkenaan Doota Mall yang pada saya harganya sangat mahal. Kalau nak beli barang semahal ini, saya prefer shopping di negara sendiri. International brand. 

Holiday Korea

Kalau ke tempat bercuti, saya akan cari local brand dengan harga yang berbaloi di beli. Dari Doota Mall kami berjalan untuk ke Migliore. Aween beli 2 helai seluar dengan 60,000 won selepas puas menawar di Migliore Dongdaemun. 

Harga ditawar pada Aween yang asal adalah 70,000 won sehelai. Saya juga beli baju winter yang ada furr untuk Juita dengan 35,000 won. Hanya artificial furr kerana sukar mencari down jacket dengan furr untuk badan saya. Hahaha sebab terlebih slim. 

Sebelum balik, kami beli satu pek buah strawberry yang sangat besar dengan harga 10,000 won untuk dibawa balik. Saya dari dulu memang tak suka buah strawberry kerana rasanya yang masam. Inilah kali pertama makan strawberry yang tidak rasa masam.

Holiday Korea

Setelah puas berjalan jalan di Dongdaemun, kami mengambil teksi menuju ke Eid Restaurant, satu lagi Halal Restaurant di Itaewon. Tapi pemandu teksi ni tak tahu Lokasinya walaupun ditunjukkan gambaf. Terpaksalah kami turun dan mencari sendiri. Dalam tercari cari, akhirnya jumpa Masjid Seoul. Hati melonjak kegembiraan tapi sebab hari dah malam, hanya dapat melihat masjid dari luar sahaja. 

Bila akhirnya berjumpa Eid Restaurant, malanglah pulak kerana ianya full house dan terpaksa menunggu selama 30 minit. Lagi pulak, makanan yang ada hanya Bulgogi dan Chicken Soup. Sedang saya mahu makan grilled fish dan spicy sotong. 

Holiday Korea

Jadi kami berjalan menuruni jalan berbukit untuk mencari tempat makan yang lain. Akhirnya, kami singgah makan di kedai masakan Melayu dan Egypt Siti Sarah. Kos untuk 2 set nasi dengan rendang dan separuh ayam adalah 20,000 won.  

Dalam perjalanan balik, kami singgah untuk membeli Baklava yang dikatakan sebagai sangat sedap untuk di bawa balik. Kami juga singgah di G25 untuk membeli Banana Milk untuk dibawa balik.  

Holiday Korea

Holiday Korea

Holiday Korea

Kami balik ke bilik untuk menghantar barang barang sebelum keluar semula untuk berjalan jalan sekitar Itaewon. Aween dan Juita membeli lagi barang barang penjagaan muka untuk diberikan kepada kawan kawan sebagai buah tangan.

Holiday Korea

Holiday Korea


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Korea Day 4 Part 2 Shopping Di Dongdaemun"

  1. lieya nak pergi korea bulan 9 ni kak.... seronok bace kisah2 akak di sana...dpt gak lieya tambah2 info nak pi sane nanti...tq kak...

    BalasPadam