Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jom Bersarapan Dengan Pisang Rebus


Bersarapan Dengan Pisang Rebus


Entah kenapa fikiran saya bercelaru kebelakangan ini. Tidak mudah untuk mengubah diri kerana banyaknya virus di sekeliling yang berupa syaitan, manusia, harta dan ilmu. Syaitan memang telah diberi tempoh oleh Allah dan berjanji akan memperdayakan anak Adam sehingga ke hari kiamat. Manusia terpedaya dengan tipu daya syaitan, tersalah perkiraan bila harta dan pangkat seolah menaikkan martabat diri. Memisahkan dan melebarkan jurang dengan si miskin dan golongan bawahan. 

Kita juga perlu berhadapan dengan ramai manusia terutama di tempat kerja. Pasti ada yang membuatkan kita rasa sakit dan terluka, namun kita sepatutnya cepat cepat mengembalikannya pada Allah Taala. Perbanyakkan bersahabat dengan mereka yang boleh mendekatkan diri pada Allah. Allah memberi ujian manusia di sekeliling kerana Allah sayang dengan kita. Sebagai manusia biasa, saya juga terpesona dengan keindahan harta dan majlis majlis keraian. Namun saya terpaksa mengekang ianya dari menguasai diri. Bila ini terjadi, saya akan menjadi sedih bila apa apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. 

Berkenaan ilmu, mungkin ianya perlu dicari dan digali lebih banyak lagi tahun ini di baki usia yang semakin kritikal. Saya berazam ingin melakukan semuanya kerana Allah Taala dan ingin bergantung sepenuh penuhnya pada Allah Taala. Bukan bermakna selama ini tidak bergantung pada Allah, tapi hati tidak sentiasa ingat dan kata kata yang tidak berhati hati yang memungkinkan berlakunya syirik yang tidak disengajakan. Contoh, nasib baik makan panadol, dah baik demam. Ini adalah antara perkara biasa diucapkan tanpa kita sedari. Hakikatnya semua yang berlaku adalah di dalam kuasa Allah semata, bukan ubat yang menyembuhkan. Yang penting, saya ingin menjadi seorang insan yang selalu bersyukur. Semoga segala azam saya dipermudahkan. 

Bersarapan Dengan Pisang Rebus

Pisang rebus cukup terkenal sebagai makanan yang dijual untuk sarapan di kedai kedai kopi di Kelantan. Menggunakan pisang Kebatu. Saya sangat bangga menjadi anak kampung yang menyebabkan saya merasai semua pengalaman kehidupan. Melihat sendiri kepayahan yang dialami oleh ramai orang miskin. Malahan saya sendiri pernah melalui kepayahan hidup sebagai anak kampung yang mandi air telaga, memasak menggunakan kayu api, bertemankan cahaya pelita minyak tanah. 

Yang pasti kepayahan itu, tidak menjadikan saya seorang anak yang kurang gembira. Tidak sekali kali, hiburan pada saya ketika itu ialah hutan, paya paya dan anak anak sungai di mana berbagai aktiviti dilakukan. Namun pengalaman inilah yang menghasilkan diri saya pada hari ini. Didikan kedua ibubapa menjadikan saya seorang yang sentiasa mengingati destinasi yang dituju. 

Sejak kecil, arwah Bonda sentiasa bercerita, cerita tentang keazaban neraka, keindahan syurga dan arwah Ayah pula menunjukkan contoh teladan. Sebelum Subuh, rumah saya akan diisi dengan zikir dan bacaan ayat ayat suci dari mereka. Menjadi rutin untuk Bonda mengetuk setiap pintu bilik anak anak supaya bangun bersolat Subuh. Sejak kecil dilatih untuk bersolat secara berjemaah. Saya tidak pasti jika nilai seperti ini masih kuat dan menebal diamalkan oleh ibubapa hari ini.


Bersarapan Dengan Pisang Rebus

Pisang rebus ini cukup senang disediakan. Hanya rebus dengan air dan sedikit garam sehingga pisangnya lembut. Boleh angkat dan tos sehingga benar benar kering. Selamat mencuba...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Jom Bersarapan Dengan Pisang Rebus"

  1. Ya Allah..dah lamanya PC tak makan pisang rebus..

    BalasPadam
  2. sedap sedap =)
    nenek pernah buat ada kelapa sikit..
    ada yang makan dgn gula merah..

    BalasPadam
  3. akak, saya nak tanya sikit. pisang tu kena guna pisang yg memang betul betul ranum dah ke, guna pisang yg isinya keras keras lagi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka pisang masak. Tapi jangan lah smp terlebih masak atau lembik.

      Padam
  4. Yummy. Teringat zaman dulu dulu. Salam kenal sis.

    BalasPadam