Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Roti Jala Lembut Versi Dr Nana


Roti Jala Lembut


Pernah dengar tak, ada yang berkata, ramai ustaz tak bertauliah yang ditujukan kepada mereka yang cuba berkongsi ilmu yang dipelajari? Terpulang kalau kita mahu bersetuju yang hanya ustaz sahaja yang boleh menyebarkan atau berkongsi ilmu. Namun apa yang saya dengar dari kuliah kuliah agama, kita wajib menuntut ilmu, selepas itu amalkan ilmu yang dipelajari dan menyampaikannya. Jadi kalau kita yang tak bertauliah ini tak boleh menyebarkan ilmu, jadi macam mana tu? Sedangkan Rasulullah SAW bersabda "sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat". Sekadar renungan. Apa yang saya kongsikan adalah apa yang saya sendiri dengar dari kuliah kuliah yang diajarkan oleh ustaz bertauliah. 

Sementara masih dalam musim perayaan Aidil Fitri di mana kita kembali pada fitrah iaitu kejadian asal kita yang tanpa dosa. Saya ingin kongsikan antara beberapa kesilapan yang dibuat semasa meraikan Aidil Fitri. Antaranya yang ingin saya sentuh ialah amalan menziarah kubur yang dianggap seolah satu perkara yang wajib dilakukan di pagi raya. Seolah itulah waktu yang relevan untuk ziarah kubur. Sedangkan kita patut bergembira di pagi raya sebagai tanda kemenangan. Kalau di kubur, pastinya tiada orang yang akan bergembira. Jadi menziarah kubur bukan dikhususkan pada pagi hari raya. Selain itu, jaga juga amalan bersalaman dengan bukan mahram. Asalnya menyambut Aidil Fitri adalah ibadah iaitu untuk mendapat pahala tapi dah dapat dosa kerana melakukan kesilapan dalam amalan menyambutnya. 

OK hari ini saya ingin kongsikan resepi roti jala versi Nana. Nana mempunyai resepi sendiri yang dia telah gunakan bertahun tahun terutama semasa masih belajar di Egypt. Oleh kerana Nana yang akan memasak, saya ikut sahaja resepi mana yang mahu disediakan. Lebih lebih lagi, ianya resepi yang proven and tested oleh Nana sendiri. Boleh klik di SINI untuk melihat resepi roti Jala yang telah saya dan Juita sediakan sebelum ini. Malahan ramai pembaca blog Azie Kitchen yang telah mencubanya. Roti jalanya lembut dan kekal lembut sehingga ke petang giteww..

Saya sebenarnya tak berapa pandai bab menyediakan kuah Kari Ayam yang pekat untuk dicicah dengan roti jala seperti yang biasa disediakan oleh kakak saya. Jadi saya minta Nana yang sediakan karinya. Tapi saya terpaksa didihkan sehingga kuahnya pekat dan terbit minyak dengan cantik. Hahaha Ya Ampuun,  sedar tak sedar sehingga terhancur sedikit ayamnya. Bau pun sangat wangi kerana saya masukkan sehelai daun pandan ke dalam kuah kari. Petua untuk hasilkan kari ayam yang sedap ialah dengan menumis rempah kari dengan api perlahan sehingga betul betul garing, guna banyak bawang merah dan rempah dan garam diletak di akhir sekali kerana kentang akan menyerap air dan garam. Kalau terlebih pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.

Jom layan resepi roti jala versi Dr Nana pula. Selamat mencuba...

Roti Jala Lembut

Roti Jala Lembut Versi Dr Nana
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
400 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
450 ml susu segar
450 ml air
1 sudu kecil garam
3 biji telur
2 sudu besar mentega cair

Cara-cara:
Kisar semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah kari ayam yang dimasak sedikit pekat. 


Roti Jala Lembut



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Roti Jala Lembut Versi Dr Nana"

  1. salam..sya nora..dh lma jd silent reader blog kak azie

    BalasPadam