Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Meraikan Majlis Pertunangan Kak Teh






Kami balik kampung sekeluarga kecuali Nana dengan penerbangan awal pagi untuk meraikan majlis pertunangan anak saudara saya, Zetty yang kami panggil sebagai Kak Teh dengan Faiz. Majlis kali ini lebih ringkas di mana semua lauk pauk ditempah sahaja berbanding dengan kebiasaannya yang dimasak secara bergotong royong sesama ahli keluarga dan jiran tetangga.

Lauk pauk yang disediakan pada hari itu, semua sedap sedap sehingga saya boleh makan meratah kari kambing dan mumban nyior. Selain itu, ada juga Kerutuk Daging dan Ayam Bakar Madu serta Acar Timun. Kuih lompat tikam yang ditempah oleh kakak saya juga sangat sedap. Telah lama rasanya saya tidak makan lompat tikam yang sedap seperti ini. Kuih hijau nya lembut secukup rasa, santannya cukup berlemak dan air gulanya pekat melikat. Saya terpaksa menahan selera makan dengan hanya menjamah sedikit  sahaja setiap kali makan. Balik ke bilik hotel, tiba tiba teringat lompat tikam, cepat cepat ajak hubby ke rumah kakak lagi. Risau kot habis. Yang pasti, ianya telah merosakkan diet saya selama beberapa hari. 






Majlis pertunangan bermula sebelah pagi dengan ringkas sekali tetapi cukup meriah kerana berkumpulnya seluruh keluarga. Bonda saya juga ada bersama walaupun tidak dapat bergerak seperti biasa. Anak anak gadis lah yang paling gembira bila ada majlis seumpama ini. Seperti biasa, saya akan bertindak sebagai jurugambar walaupun pada mulanya tidak bercadang untuk berbuat begitu. Saya gembira walaupun di dalam duka....





Sementara balik Kelantan, agenda mencari makan adalah agenda utama. Kami ke Cherang mencari nasi dagang dan juga sempat ke Kuala Besut mencari keropok lekor dan satar. Hari terakhir di sana, kami ke Jelawat untuk bersarapan dan membeli sayuran, gula Melaka dan rempah gulai kerutuk. Selepas itu, kami ke Binjai mencari tukang kayu yang boleh membuat rehal. 






Aween tak ikut kerana dia mahu berenang di kolam renang resort yang tak sempat saya singgah pun. Lemas berada di sini kerana line telefon yang lemah menyebabkan saya seolah terputus dari dunia luar. Tiada whatsApp, tiada facebook dan tiada blog.





Sebelum berangkat balik, kami singgah rumah Cik Su dan dihidangkan dengan nasi ayam yang sangat sedap. Melihat caranya yang berbeza dari nasi ayam yang pernah saya buat, saya pun terus snap gambar penyediaannya. Insya Allah, akan saya kongsikan resepinya di dalam entri akan datang. 





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Meraikan Majlis Pertunangan Kak Teh"

  1. kelantan area mana? oghe kelate ni..

    Assalamualaikum. Jemput singgah di blog http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info supplement produk keluaran Shaklee

    BalasPadam