Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Red Velvet Cheese Brownies Cupcakes Untuk Anak Anak Yatim



Red Velvet Cheese Brownies Cupcakes


Sebelum kita masuk bab resepi, saya ingin menyentuh sedikit bab resepi. Sebenarnya ramai yang menghantar email kepada saya memohon untuk menyalin resepi. Saya memang mengalu alukan pembaca semuanya mencuba resepi resepi yang telah saya cuba. Saya ingin menekankan di sini yang saya tidak pernah mencipta resepi tapi semua resepi adalah dipelajari dari keluarga, dari kawan kawan dan diambil dari blog yang berkongsi resepi. Setelah dicuba, saya berkongsi pula dengan anda semua. Yang saya tegur adalah perbuatan mengambil gambar masakan saya tanpa kebenaran. Mengambil gambar pun tak ada masalah juga. Yang saya maksudkan ialah mengambil gambar dan dipublish dalam blog sendiri tanpa kebenaran. Kalau sekadar ambil resepi, tak perlulah minta kebenaran. Begitulah luahan blogger lain yang tidak senang dengan tindakan menciplak gambar masakan, bukan isu menyalin resepi. Apa guna ada blog berkongsi resepi jika tak mahu orang lain mengambil resepinya. Malahan itulah tujuan utama saya menpunyai blog sendiri supaya saya dapat berkongsi sedikit ilmu masakan yang saya pelajari dengan pembaca semua. 

Semalam saya ada menghadiri kuliah maghrib yang diadakan di Surau Ad Dhuha di mana Ustaz ada dikongsikan amalan yang sangat digalakkan untuk bulan Rejab dan Syaaban sebagai latihan dan persediaan menghadapi bulan Ramadhan. Walaupun tiada amalan tertentu dalam bulan Rejab, tetapi kita boleh berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, mantapkan untuk bersolat Tahajjud, perbanyakkan berzikir serta bersedekah. Akhir sekali dipesan supaya kita sentiasa mengucapkan kalimah yang baik dan berpesan pada benda yang baik baik. Bercakap atau menulis pada benda yang memberi kebaikan pada dunia dan akhirat. Hindarilah kalimah yang tidak baik yang tidak memberi sebarang manafaat.  





Red Velvet Cheese Brownies Cupcakes

Sekali lagi Juita menyediakan Red Velvet Cheese Brownies Cupcakes untuk dibawa ke Program Masih Ada Yang Sayang di Rumah Anak Anak Yatim dan Miskin di Sg Pinang Klang. Saya hanya membantu melorekkan sahaja. Entah kenapa sejak kebelakangan ini saya sangat kepenatan selepas balik dari pejabat. Di samping itu, disediakan juga Chocolate Cupcake kerana dikuatiri cupcake yang dibawa tidak mencukupi. Inilah kali pertama saya menggunakan resepi di SINI untuk membuat cupcake. Yang chocolate cupcake, terlupalah pulak nak snap gambarnya.

Jika ada yang berminat untuk mencuba sendiri atau mencari resepi untuk dibuat berniaga, memang saya galakkan mencuba resepi ini. Sangat sedap dan lembab kek nya....


Red Velvet Cheese Brownies Cupcakes

Red Velvet Cheese Brownies Cupcakes

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam 
2 sb cocoa powder 
1 1/3 cwn vegetable oil (atau 113gm mentega - dicairkan)
1 cwn buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cwn susu segar)
1 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik (saya guna 2 saiz B jer)
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda 

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

Satukan tepung gandum, serbuk koko dan garam sebelum diayak. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung.  

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang 4 persegi saiz 9x9 atau 10x10 inci yang telah diletakkan baking paper. Atau masukkan ke dalam paper cup untuk cupcake. Ketepikan lebih kurang 2-3 sudu besar adunan kek untuk dibuat corak atas lapisan cheese nanti. 

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 50 minit hingga 1 jam atau sehingga kek masak. Untuk cupcake, bakar dalam 20 minit atau sehingga masak. Sementara kek dibakar, boleh sediakan adunan cheese.





Setelah kek masak, boleh ditekan tekankan sedikit kek jika ianya agak meninggi. Kemudian tuangkan adunan cheese dengan tak perlu disejukkan. Ratakan lapisan cheese. 





Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi ke dalam piping bag dan paipkan secara melintang sehingga habis. Kemudian lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih atau corak mengikut kreativiti masing masing. 





Sambung membakar selama 30 minit lagi atau hingga masak. Untuk cupcake, dibakar dalam 10 minit. Biarkan betul betul sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk. Akhir sekali kek dipotong dengan pisau yang dicelup dengan air panas dan lap sebelum digunakan. 




Lapisan Cheese

Bahan bahan:
350 gm cream cheese
1 cawan gula ising
1 biji telur gred A (saya guna gred B)
1 sb jus Lemon

Cara cara:
Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan. 





Nota:
1. Buangkan baking paper dari brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.
2. Utk membakar selepas dimasukkan lapisan cheese, boleh lah menggunakan api bawah sahaja apabila permukaan cheese mula menampakkan warna keperangan.
3. Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko). Tepung kek boleh dibuat sendiri dengan mencampurkan bagi 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan selebihnya dengan tepung gandum.
4. Utk mendapakan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yang dipanaskan terlebih dahulu.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Red Velvet Cheese Brownies Cupcakes Untuk Anak Anak Yatim"

  1. Betul.. Saya setuju dengan pendapat Puan Azie.. Memang tujuan berblog adalah utk berkongsi resepi.. Memang tepat sekali.. Cuma ramai yg agak keciwa bila ada kalangan yg amat susah nak bagi backlink resepi asal hanya dgn menukar atau mengolah sikit dari resepi asal.. Bukan kami gila nama atau ingin pujian melambung melangit cuma apalaa salahnya jika kegembiraan itu dikongsi bersama..

    Saya juga bukanlah pandai sangat bab agama ni.. Sekadar tuk diri sendiri jer dan masih perlu belajar lagi.. Pada pendapat saya juga dari apa yg saya belajar, bab pahala atau kebaikan utk akhirat tak perlu utk didedahkan atau disebut seperti pahala berkongsi resepi.. Ikhlaskan jer.. Selebihnya biar Allah taala yg tentukan.. Sekadar pendapat dari saya hamba Allah yg hina.. assalamualaikum..

    BalasPadam
  2. Saya selalu cuba resepi akak azie dan share dgn kawan-kawan. Semoga dgn cara ini berlimpah keberkatan dan sedekah akak. Take care.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Daa Yana. Bukan sahaja utk saya, semua yang lain juga akan mendapat bahagian masing masing termasuk Daa Yana sendiri

      Padam
  3. boleh saya tahu kak azie guna serbuk koko yg tiada jenama (from bakery shop) atau yg ada jenama? tq -yannie

    BalasPadam
  4. Untuk satu adunan klu nk buat cupcake dpt brpa pcs?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung kpd cup size. Antara 28-30 cups

      Padam
  5. Kak azie..kalo nk rasa red velvet akak jual harga caner? Next time kalo akak buat boleh la buat lebih sikit ye. Saya nk order pun x byk 6pcs je pun..sebab saya sorg je yg makan...huhuhu

    BalasPadam
  6. White distilled vinegar tu kt mane jual?
    Xpernah jumpe lg...:-)

    BalasPadam
  7. salam kak azie.. nk tanya all-purpose flour tu mcm mne?? adakah tepung gandum biasa??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Tepung serba guna. Beli jer kat kedai bakeri. Pasti ada.

      Padam
  8. Untuk lapisan Cheese, kalau takde jus lemon, boleh tukar cuka juga ke?

    BalasPadam