Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Cili Padi Ketam






Selain ketam untuk dibuat Sup Ketam untuk Datin Nursinah di SINI, hubby juga membeli beberapa ekor ketam untuk dimasak Masak Lemak Cili Padi sebagai hidangan makan malam untuk anak anak. Jadi saya memasak 2 lauk serentak. Di samping menyediakan sup, saya juga menyediakan masak lemak. Inilah lauk yang paling saya suka kerana terlalu mudah menyediakannya dan sedap pulak terutama kalau menggunakan udang atau ketam.





Saya sekarang ni, kalau memasak apa apa pun suka menggunakan kuali dari periuk. Senang nak mengacaunya. Bila dah masak, barulah dipindahkan ke dalam periuk. Kuah masak lemak saya hari ini agak cair kerana menggunakan santan yang dibeli di kedai. Saya lebih suka kuah yang agak sedikit pekat.

Jom kita tengok resepi Masak Lemak Cili Padi asli Nogori. Kalau guna makanan laut, cuma perlu masukkan garam sahaja. Tak perlu asam keping dsb. Kalau suka, boleh juga dimasukkan sedikit daun kunyit. Tapi saya tak ada stok, jadi tak lah memasukkan daun kunyit. 



Masak Lemak Cili Padi Ketam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 ekor ketam
1 pek santan
4 -6 biji cili api kampung
1 inci kunyit hidup
Garam

Cara cara:
Kisar cili padi dan kunyit bersama sedikit santan sehingga halus. Satukan semua bahan kisar bersama santan dan masak dengan api perlahan sambil sentiasa dikacau. Kemudian masukkan ketam.






Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.





Selamat mencuba....


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

24 ulasan for "Masak Lemak Cili Padi Ketam"

  1. peberet anak2 Liza ni..

    BalasPadam
  2. Azie, this looks delicious! I would prefer to use other seafood because I am too lazy to peel the crabs :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agree. My children dont know how to peel the crab too. So many wastage. Nnt i lah yang akan korek isi nya.

      Padam
  3. erm..yummy...
    mesti cuba ni...thanx for the recepi...

    BalasPadam
  4. Sedap..meleleh air liur mak buyung...nak buat jap lg.. tq atas resipi.. :)

    BalasPadam
  5. Salam...blog yang menarik...jom follow blog saya http://wanynornid.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Wahh sedapnya masak lemak cili api ketam ni ...

    www.hasrulhassan.com

    BalasPadam
  7. Omg looks coming looks so simple. K nak masak skrg...

    BalasPadam
  8. Kak azie, knape sy msk kuah ni rase pahit ye? Sbb serai ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xde tulis serai pun dlm tu. Kan ke cili padi, santan ngn kunyit hidup je. Heheh

      Padam
  9. Ptg ni nk wat utk menu berbuka.simple ja resepi k.azie.thnxs

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum.
    Saya selalu gunakan resipi kak Azie untuk cuba pelbagai masakan. Alhamdulillah semua menjadi.

    Today baru first time nak cuba masak lemak ketam. Nak saji untuk semua families sempena gathering. Hope it turns out to be as good as yours inshaAllah

    BalasPadam
  11. ya allah xtahu nk ckp mcm mana..
    just boleh ucap terima kasih pada kak azie..sy baru j kawen 3bulan memnag x pandai masak...banyak kali sy search resepi kat google kebanyakan buat x menjadi..tapi bila sy ikut resepi kak azie x penah lagi x menjadi..mesty semua menjadi..husband pun ckp manja masak sedap lah macam x percaya j padahal sebelum ni x seberapa.haaaa nampak x kak azie husband pun puji..sejak husband cakap mcm tu apa lagi memang sy set dlm otak nama kak azie hehe..ppe j sy nk masak msty sy search google..kalu nama kak azie keluar tenang lah sy nak masak..tapi kalu nama kak azie x keluar memang pening lah nk masaka haha..terima kasih sangat2 kak azie sbb share resepi yg sangat ringkas..love kak azie..semuga di murah kan rezeki di beri kesehatan n kebahagian..amkin

    BalasPadam
  12. As salam sis, bahan kisar seperti bawang tak de ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. resepi asli nogori hny guna kunyit dna cili padi sahaja. sedap

      Padam
  13. Wah best sempoi.. Nak try la. Huhu

    BalasPadam
  14. Wah senang nya nak buat . Hari ni nak try masaklah

    BalasPadam
  15. meleleh air liur tengok.. aih kena cuba ni. hehehe

    BalasPadam
  16. Salam kak.. resepi ni boleh tak kalau gantikan dgn ayam..

    BalasPadam