Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Lawatan Ke Rumah Anak Yatim di Klang






Setelah mendapat tahu hubby dan geng geng dari ETHICA iaitu Persatuan Alumni Kolej Ketiga ingin membuat lawatan ke Rumah Anak Yatim dan Miskin di Klang, saya cepat cepat memberitahu yang saya mahu ikut serta. Hubby terpaksa mengambil saya dari rumah Kak Kamariah di mana saya mengaji setiap minggu, dan terus dibawa ke Shah Alam. Kami ke Casa Iman terlebih dahulu untuk mengambil Dato' Salehuddin dan keluarga yang ingin turut serta. 





Kedatangan kami telah disambut oleh Haji Bani yang merupakan Pengetua di Rumah ini yang lebih dikenali sebagai Abah di kalangan anak anak seramai 52 orang yang berumur antara 7 hingga 17 tahun di sini. Berada di sini memberikan saya keinsafan, betapa bersyukurnya saya kerana dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibubapa dan keluarga. Walaupun dibesarkan dalam serba sederhana, tetapi kasih sayang mereka adalah tidak ternilai harganya. Bimbingan dan tunjuk ajar kedua ibubapa sangat sangat saya hargai. Berkat didikan merekalah, saya berada seperti hari ini. Saya juga diajar mengaji oleh arwah bapa sendiri.





Di kala usia seperti ini, saya memang mencari peluang untuk mendekati golongan yang tidak bernasib baik seperti anak anak yatim dan anak anak orang miskin sebagai sebahagian dari sumbangan dan amal bakti. Bak kata Ustaz Ibrahim, perbanyakkan lah amalan soleh yang pahalanya berkekalan selepas mati di kala umur kita yang berbaki sedikit sahaja lagi ini. Insya Allah, ini adalah azam saya untuk meningkatkan amalan soleh dan sedekah jariah. 





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Lawatan Ke Rumah Anak Yatim di Klang"