Iklan Nuffnang

Iklan

5 Jan 2014

Seronoknya Berkebun




Saya memang suka bercucuk tanam dan berkebun. Rasanya minat ini diwarisi dari arwah ayah yang memang terkenal dengan keserasian dalam menanam apa apa pokok sekali pun sehingga tanah yang kering berpasir pun boleh tumbuh pelbagai pokok dan tanaman. Teringat akan sepokok pokok durian Bangkok yang ditanam arwah ayah yang tak sempat dinikmati buahnya kerana kami telah berpindah selepas kerajaan membuat pengambilan balik tanah untuk projek universiti. Semoga arwah ayah mendapat pahala dari semua tanaman yang ditanam yang dimakan oleh manusia atau haiwan.  





Seperti yang kongsikan di dalam entri percutian kami ke Bali sebelum ini yang saya telah membeli mangga harum manis yang sangat manis dan sedap. Memang sangat sangat tak puas memakannya dan terasa seolah ingin ke sana lagi. Tapi mangga ini bermusim dan tidak sentiasa ada di sana. Sekembali dari Bali, saya telah ke Jaya Grocer untuk mencari mangga yang sedap dan setanding dengan mangga Bali itu. Saya beli sebiji mangga dengan harga lebih RM18 sebiji tapi sayang sekali kerana rasanya tidak semanis dan sesedap mangga harum manis Bali. Oleh kerana itu, saya telah menyimpan 7 biji mangga untuk disemai.






Hati seronok bukan kepalang bila melihat biji yang disemai mulai tumbuh. Memang satu kepuasan bila melihat pokok yang kita semai sendiri, hidup dan membesar. Malahan 2 pokok mangga yang ditanam di luar pagar rumah saya sekarang adalah juga yang disemai sendiri dari biji. Satu dari mangga Pakistan yang sangat manis dan satu lagi dari pokok mangga rumah kami di Subang Jaya dulu.
 
 




Saya diberitahu yang mangga yang ditanam dari biji agak mengambil masa yang lama untuk berbuah berbanding dengan mangga yang ditanam secara proses tut. Walau apa pun, itu tidak penting. Yang penting, saya berazam untuk menanam banyak pokok pokok buah di rumah dan di tanah kami di Sungai Buluh sebagai satu amalan dan sedekah juga. Bayangkan setiap makhluk yang berlindung atau mendapat rezeki dari nya, kita jua akan mendapat pahala yang berkekalan. Insya Allah, Ameen…..




Selain dari biji mangga, saya juga ada menyemai benih buah delima yang Izzad bawa balik dari Egypt.




  

4 ulasan:

  1. Selamat bercucuk tanam! Untuk semua harapan dan doa Kak Azie di atas, Ameen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tilah. Ameen atas segala doa

      Padam
  2. wahhh...bestnya kak Azie..sejuk tangan bercucuk tanam....

    BalasPadam
  3. sy jugak suka semai biji...tapi kadang2 tak sempat tanam.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.