Iklan Nuffnang

Iklan

24 Jan 2014

Masak Asam Pedas Ikan Patin Temerloh




Sebelum kita tengok resepi, jom saya nak kongsikan sedikit berkenaan intipati Kuliah Zohor Ustaz Syed Norhisyam berkenaan tajuk "Benarkah Cinta?". Jika benar, apa tandanya? Adakah cukup dengan menyambut Maulidur Rasul sahaja. Tapi sunnah Rasulullah tidak kita ikuti. Pesanan dan peringatan Nabi Muhamad SAW dipandang ringan. Kita diingatkan supaya jangan menjadi seperti Abu Lahab, bapa saudara Nabi yang begitu gembira menyambut kelahiran Nabi dengan menyembelih unta dan membebaskan hambanya, Suwaibah. Suwaibah juga adalah ibu susuan kepada Nabi Muhamad SAW dan Saidina Hamzah. Tapi akhirnya, Abu Lahab juga menjadi penentang Nabi yang kuat 43 tahun kemudiannya apabila Nabi mula berdakwah secara terang terangan. Jadi kita pun sama, jangan menyambut Maulidur Rasul tapi yang Nabi syariatkan tidak kita ikut. Kata Ustaz Syed Norhisyam, kalau macam tu, tandanya kita ada mempunyai DNA Abu Lahab. Kerana penentangan terhadap Nabi Muhamad sehingga mengeluarkan perkataan celaka kepada baginda di dalam satu majlis, Allah telah menurunkan ayat Al Quran surah Al Lahab, ayat 1-5 yang antaranya menyebut binasalah kedua tangan Abu Lahab. Bayangkan ketika Abu Lahab masih hidup, ayat Al Quran telah diturunkan berkenaan kecelakaan beliau. Abu Lahab juga ditimpa azab yang hina sehingga membawa kematian. Kepala Abu Lahab berdarah sehingga bernanah akibat dipukul dengan batu oleh Ummu Fadhal, isteri Abbas bin Abdul Mutalib setelah Abu Lahab memukul budaknya yang bersorak kegembiraan di atas kemenangan tentera Islam dalam  Perang Badar. Keadaan Abu Lahab yang busuk menyebabkan semua anak anak dan isteri meninggalkan beliau. Akhirnya beliau mati keseorangan dan mayat nya terbiar selama beberapa hari dengan memberi bau yang busuk kepada kawasan sekitar. Atas nasihat penduduk sekitar, anak anak menguruskan mayat Abu Lahab dengan ditolak tolak dengan kayu sehingga dicampak di padang pasir dan dibaling baling dengan batu untuk menimbusnya. 

Itu baru azab di dunia, bagaimana pulak di akhirat? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui balasan penentangan kepada Kekasih Allah. Berbalik kepada cintakan baginda Rasulullah, apa yang harus kita buat sebagai menunjukkan kita cinta ialah dengan perbuatan. Tidak cukup dengan ucapan sebaliknya kita kena bersungguh sungguh meniru sunnah baginda dan menegakkan syariat Allah yang dibawa oleh baginda. Kita kena percaya bahawa mengikuti sunnah baginda akan memberikan pahala. Jadi sama sama lah kita ikuti apa sahaja perbuatan Nabi Muhamad yang termampu dalam kehidupan kerana pada baginda, adanya contoh teladan. Akhlak baginda adalah Al Quran menunjukkan bagaimana baginda memerintah, bagaimana pula baginda menguruskan rumahtangga, bagaimana baginda melayan isteri, anak anak dan kanak kanak. Apa dan bagaimana cara baginda makan dsb. Islam adalah cara kehidupan yang menyeluruh sehingga kehidupan selepas kematian. Setiap hari baki umur kita bukan bertambah sebaliknya menjadi berkurangan. Sebaiknya kita menambah ilmu dan memperbanyakkan amalan soleh. Jauhi sama sekali membuat penganiayaan sesama manusia. Sesungguhnya seorang ketua yang tidak berlaku adil, akan dibalas dengan seksaan yang pedih. Jangan lah terleka dengan pangkat dan harta yang tak seberapa kerana ianya adalah tipu daya semata mata. Dosa sesama manusia, mesti diselesaikan dengan manusia juga. Kita tak boleh menggunakan alasan kerja untuk menghalalkan perbuatan menganiayai, mengumpat dsb. Dosa tetap dosa, ianya tidak selesai begitu sahaja tanpa ada balasan setimpal. Jangan cuba memperlekehkan larangan Allah kerana perbezaan antara hidup dan mati hanya seumpama mata yang berkelip sahaja. Hari pembalasan pasti tiba.






Sekarang kita beralih pada bab masakan pula. Kalau sebelum ini saya menyediakan Masak Tempoyak Resepi Asli Temerloh di SINI, kali ini saya memasak baki ikan patin yang ada dengan Masak Asam Pedas pula. Tak mau citer panjang pasal masakan, jom kita terus tengok resepi Asam Pedas yang selalu saya gunakan....





Masak Asam Pedas Ikan Patin

1 ekor ikan patin saiz sederhana
1 bunga kantan - belah 4 (saya tak letak)
1 ikat daun kesum
1 sb pes asam jawa adabi - guna air asam jawa
Garam dan serbuk perasa
Kacang bendi secukupnya

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar - saiz sederhana
1 inci halia
1 senduk cili giling - saya guna 20 biji cili kering
1 ibu jari belacan

Cara cara:
Kisar bawang bawang, halia dan belacan. Tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan cili giling.  Masak sehingga cili benar benar masak. Bila naik minyak, masukkan bunga kantan, jika guna bunga kantan.

Masukkan setengah blender air (agak agak). Masak dengan api perlahan sehingga mendidih, baru dimasukkan ikan dan asam jawa.  

Renih atas dapur dan masuk daun kesum, kacang bendi, garam dan serbuk perasa. Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.


 




Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Nota:
Jika terlebih masam, tambah air.  Mesti kena ada rasa masam dan pedas, baru sedap.


18 ulasan:

  1. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw...

    BalasPadam
  2. salam akak....ct suka asam pedas cuma xpenah buat guna ikan patin..nk beli ikan patin pun xberani sbb takut xpandai nk hilangkan bau hanyir ikan tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lumurkn tepung gandum pada ikan patin...insyaallah bau hanyir pd ikan patin akn hilng..
      Selain itu asam jawa juga bleh menhilangkn bau hanyir pd ikan

      Padam
  3. Terima kasih utk resipinya..^^ nak masak guna ikan baung.

    BalasPadam
  4. Tak pernah guna ikan patin utk buat asam pedas. Tp nampak sedappp

    BalasPadam
  5. Nak try buat ptg ni...hehe bese gulai tmpoyak..ary ni tkar citer rase...huhu tq utk resepi

    BalasPadam
  6. Terima kasih byk2 atas resipi ni kak..

    BalasPadam
  7. Sy dah try bt, jadi kak..trm ksih utk resepi

    BalasPadam
  8. Saya dah cuba.. Mmg sedap.. Cuma sy tambah halba.. 😃.. Selamat mencuba

    BalasPadam
  9. Sy ada menjual ikan patin dan talipia jika berminal blm hubungi sy 064691202 / 0143935783 (Zul Ikan) location Kampung Felda Lui Muda Jempol Negeri Sembilan.Tq

    BalasPadam
  10. dah lama tk masak asam pedas, hehehe lupa dh cara nak masak.. pastu tanya pakcik google ni.. slalunya mesti akan cari resepi dekat kak azie ni..hehehe alhamdulillah jumpa, dan selamat la menu tgahri saya hari ni.. heheh terima kasih untuk resepi ni kak azie..

    BalasPadam
  11. Favourite blog saya ni kak azie tq ao much

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.