Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kolam Ikan Koi







Sejak kebelakangan ini saya, Nana dan Aween tengah kemaruk menengok nengok dan membeli ikan koi Jepun. Sejak Disember lalu sedar tak sedar saya telah membeli 11 ekor ikan koi Jepun di Atarikoi dan Yamakhosi Mura di Tropicana. Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan sehingga saya mampu membelinya walaupun secara berdikit dikit. Walaupun saya setuju dengan cadangan kawan kami supaya membeli hanya local koi tapi setiap kali membeli, saya akan memilih ikan koi yang diimport terus dari Jepun. Kecantikan ikan koi Jepun memang tidak mampu untuk dipertikaikan.







Setiap pagi dan petang sejak bercuti pada hujung tahun lepas, saya akan memberi makan ikan ikan dan meluangkan masa untuk melihat ikan berenang renang di kolam. Terasa sangat tenang. Saya meminta hubby membersihkan water filter supaya air lebih jernih. Sistem penapisan di kolam kami sangat simple dan mudah untuk dibersihkan. Hanya ada 2 kompartmen iaitu air kotor dan air bersih sahaja. Bila melihat air kolam bersih, hati pun menjadi sangat senang. Terima kasih pada hubby yang sanggup melakukannya walaupun di tengah hujan.






Keesokan hari telah dapat dilihat yang air kolam telah menjadi sangat jernih walaupun tidaklah menjadi crystal clear macam kolam orang lain yang menggunakan sistem yang canggih.






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Kolam Ikan Koi "

  1. Assalamualaikum Kak Azie...
    nampak menarik kolam tu...kalau kolam ikan letak ikan koi mmg nampak cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Adda. Ikan koi adalah makhluk Allah yang tercantik di air

      Padam
  2. Salam kak beli mano ikan ni? sy KB tak dok pun hok se comel ni...koi malaysia adolah...tp hok Jepun tak dok!

    BalasPadam