Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Cencaru Bakar Bersumbat Sambal


Ikan Cencaru Bakar Bersumbat Sambal


Resepi ini saya pelajari dari Linda kawan sepejabat saya selepas melihat resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal saya di SINI. Linda selalu mengikuti blog saya dan akan memberi komen atau pandangan beliau melalui email. Saya telah membuat sedikit pengubahsuaian dari resepi asal Linda dengan memasukkan sedikit belacan. 

Kata Linda, lebih sedap kalau dimakan bersama sayur tumis air dan nasi putih panas panas. Atau jika suka boleh juga dimasukkan sedikit santan dan masak sehingga sambal pecah minyak. Mana mana pun boleh. Ikutlah selera dan citarasa masing masing. Saya membakar menggunakan kuali ajaib. Bila dibakar menggunakan kuali ajaib ni dah macam goreng juga sebab minyak dari sambal akan keluar sedikit. Bezanya ia tidak digoreng dalam minyak yang banyak seperti biasa. 

Memang sedap sangat ikan bakar bersumbat sambal ni. Saya cuma menyediakan Sotong Masak Kicap untuk dihidangkan bersama Ikan Bakar Sumbat Sambal ini. Hidangan ringkas ringkas sahaja. Yang penting ianya disukai oleh anak anak.

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini.


Ikan Cencaru Bakar Bersumbat Sambal

Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal

Bahan bahan:
4-5 ekor ikan cencaru - belah belakang
1 senduk (5-6 sb) cili kisar
1 biji bawang besar
3-4 bawang putih
2 batang serai - potong-potong
1 inci halia
Sedikit belacan bakar - jika suka
Beberapa tangkai daun kesum - jika suka
Asam keping
Gula
Garam

Cara cara:
Tumbuk serai, halia, bawang putih dan bawang besar dan tumiskan sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Goreng sehingga cili betul betul masak. Bila dah pecah minyak masukkan gula dan garam secukup rasa.  



Masukkan daun kesum dan sedikit asam keping atau air asam jawa. Masak sehingga kering dan garing.

Bila sambal dah masak sumbatkan dalam ikan dan bakar dalam pemanggang ikan ajaib/kuali leper. Kalau nak sedap lagi bungkus ikan dengan daun pisang/daun kunyit.


Ikan Cencaru Bakar Bersumbat Sambal

Ikan Cencaru Bakar Bersumbat Sambal

Sedap jer dimakan dengan nasi panas dan bak kata Linda, makan dengan sayur tumis air.... memang laju jer makan....

Nota:
Ikut kesesuaian banyak mana sambal yang hendak dibuat..... kalau mahu banyak sambal gandakan bahan bahan.

Boleh juga diletakkan sedikit santan jika suka. 

Selain disumbat, boleh juga separuh dari sambal dilumur pada ikan dan setelah dibakar, tuang separuh lagi sambal ke atas ikan dan dihidangkan.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

21 ulasan for "Ikan Cencaru Bakar Bersumbat Sambal "

  1. Ooo. Masak dulu eh sambal tuuu. Hehe. Biasa mama biay lepas tumbuk sumbat terus. Yg resepi ni nmpak lg menarik!!! ♥

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nina,
      Resepi yang biasa saya guna pun macam tu gak. Lepas tumbuk macam sambal belacan, terus sumbat. Tapi yang ni lain sikit. Sambal ditumis garing dan ikan hanya dibakar. Bolehlah cuba versi ni pulak utk pelbagaikan masakan kita

      Padam
  2. fuhh nampak sedap bole try ni

    BalasPadam
  3. sedap nye...salah satu makanan kesukaan tp selalu yg mak masak. Mak sya selalunya x masakkan dulu sambal..Terus sumbat dalam ikan. Selalunya ringkas je bahan sumbat spt cili kering, bawang, serai, garam..terus bakar

    BalasPadam
  4. Hmmm...nampak macam sedap....

    BalasPadam
  5. cli kisar ni..cli kring or cli hdup?

    BalasPadam
  6. I need to try this recipe. ..to azura Ibrahim-guna kan Cilibo...

    BalasPadam
  7. Wah..sedapnya akak..nak cuba la..Hihihi
    Salam perkenalan dari saya nisak..
    Jemput singgah blog saya juga ye.

    Www.wanisak.blogspot.com

    BalasPadam
  8. sy dah cuba.sedap. umi sy pn ckp sedap..
    sy emg ore klate & ska masakan kelate.
    thanks akk for the recipe..

    BalasPadam
  9. Bakal dicuba hari ni! Harap menjadi. Tapi kuali ajaib saya dah tak berapa ajaib. Asyik hangit ja. Kena letak minyak juga.

    BalasPadam
  10. Sedang Cuba kak...baunya sangat wangi..

    BalasPadam
  11. Dah tryyyyyyyy sgt sedappp

    BalasPadam
  12. Isteri saya kalau nk masak mesti jengah blok azie..patutlah mmg ada mcm2 resepi..dr tak tahu masak sampai dh pandai masak.tq

    BalasPadam
  13. dah try resipi kak azie ni.. mmg sedapppp! tenkiu for sharing

    BalasPadam
  14. dah cuba dah tadi.. mmg sedapppp.. wangi baunye.. hehe.. famili mkn tambah² hihi.. thanks for sharing kak azie

    BalasPadam
  15. Dah 3 Kali buat..Mmg terbaik Dan sedap..Xpuas makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nie gerenti tak baca bismillah

      Padam
  16. hari ni dah 2 kali guna resepi ni. mmg terbaik. isteri pun suka.

    BalasPadam
  17. Saya dah cuba resepi ni, memang sedap. Ank² smua suka

    BalasPadam
  18. Dah cuba,, sedap sgt 😘

    BalasPadam