Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

adsense

mobile adsense ads

25 Dis 2013

Aktiviti Mengemas Laman Rumah




Telah lama kami tidak sama sama bergotong royong membersihkan halaman rumah. Baru baru ini selepas kejadian terjumpa anak ular sebesar wire di ruang menonton, Nelly mula meminta hubby mengemaskan halaman rumah. Mereka bersama sama menyusun semula atap dan barang barang lebihan pembinaan rumah. Maklumlah rumah ini dibina sendiri, jadi banyaklah peralatan pembinaan rumah yang tersimpan di belakang rumah. 



Saya pun sekali lah mengambil peluang untuk trim pokok pokok di laman dapur supaya lebih kemas. Sambil sambil itu, saya menyemai benih biji delima yang Izzad bawa balik dari Egypt. Saya memang suka berkebun tetapi sejak mengalami masalah sakit belakang, saya terpaksa mengurangkan aktiviti yang memerlukan alih mengalih barang barang berat seperti pasu. 

Juita dan Aween pun mengambil kesempatan untuk berjalan jalan dan bersiar di laman terutama di pintu pagar belakang yang jarang sekali dibuka. Wah dah besar rupanya pokok pokok mangga kami yang ditanam di luar pagar rumah. Kedua dua pokok ini disemai dari biji mangga Pakistan yang sangat manis dan biji mangga dari pokok di rumah lama kami di Subang. 






1 ulasan:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.

Geniee mobile ads