Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Siakap Kukus Chinese Style



Ikan Siakap Kukus Chinese Style


Tanpa dirancang, hubby mengajak saya ke Darul Syifa, Bangi untuk mencuba perubatan secara Islam pula. Mungkin juga setelah mendengar pandangan Dato' Saleh dan kawan kawan yang lain semasa mesyuarat ETHICA baru baru ini lah agaknya. Memang ramai orang yang mendapatkan rawatan di sana. Berjam jam juga saya menunggu. Nasib baik dapat duduk atas leather sofa yang sangat selesa. Tak lah terasa penat, sakit pinggang, kebas kaki dsb. 

Sempat ber whatsApp dengan sahabat saya, Ismati yang kebetulan ada di KB untuk menghadiri majlis perkahwinan. Memang tak sempat singgah di rumah mereka walaupun Encik Rahim meminta kami singgah kerana hubby membawa kereta Nana dan Nana pula bekerja malam. Tergesa gesa kami balik. Namun masih lagi sempat singgah di Furniture World, tepi jalan di Sungai Besi. Berlakulah kejadian di sini sebab hubby dah berkenan dengan satu sideboard with mirror. Kalau ikutkan, saya masih nak survey tempat tempat lain dulu. Hmm bukan mudah untuk saya membeli sesuatu barang sehingga saya betul betul berpuashati.



Ikan Siakap Kukus Chinese Style

Dalam perjalanan balik, saya meminta hubby singgah di kedai runcit untuk membeli ikan siakap dan bahan bahan untuk dimasak Ikan Siakap Kukus Chinese Style. Masakan stail Chinese ni memang semua simple tapi sangat sedap dengan penggunaan bawang putih dan halia yang banyak. Pendek kata, chinese cooking style memang menyihatkan. Saya sebenarnya kurang menggemari ikan kukus sebab tak suka rasa isi ikannya. Tapi sejak kebelakangan ini, selera saya mula berubah selepas menikmati ikan Kukus yang sangat sedap masa berbuka puasa bulan Ramadhan yang lalu. Memang sedap dengan rasa bawang putih jeruk yang memang feveret sejak kecil lagi. Selain bawang jeruk, diletakkan juga cendawan. Tapi hari ini, saya tak letak semua itu walaupun mempunyai stok bawang putih jeruk. Bukan apa lah pun. Tapi rashes saya dah berkurangan, jadi tak mahulah makan makanan berasid buat sementara ini. 



Ikan Siakap Kukus Chinese Style

OK apa kata kita tengok dulu resepi ringkas ini yang saya lupa dari sumber mana yang saya salin dulu. Selain ikan siakap, boleh juga guna ikan bawal putih ataupun ikan kerapu. 



Ikan Siakap Kukus Chinese Style

Ikan Kukus Chinese Style

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
2 inci halia muda - potong memanjang
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 tangkai daun bawang - potong memanjang
Sedikit daun ketumbar
Sedikit cili padi
2 sb minyak masak

Bahan sos:
4 sb kicap cair
5 sb stok ayam
1/4 sk minyak bijan
3 titis lada sulah

Cara cara:
Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur lada sulah dan garam di luar dan dalam ikan.

Letakkan halia dan bawang putih yang dihiris halus. Panaskan kukusan dan kukus ikan selama 8 minit.





Panaskan kuali dan masak minyak masak sehingga minyak panas. Curah minyak panas ke atas ikan. Tutup pengukus seketika.





Setelah ikan masak, curahkan sos tadi. Akhir sekali tabur dengan daun bawang dan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan





Ikan Siakap Kukus Chinese Style



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

29 ulasan for "Ikan Siakap Kukus Chinese Style"

  1. salam..
    simple nye...dah lama saya cari style masak yg mcm ni...ni baru jumpe..
    must try!
    Thanks for the recipe..

    BalasPadam
  2. Kak, kicap cair jenis apa yg diguna. Satu lagi, darul shifa di sek 11 shah alam pun ada. kat area dekat stesyen CALTEX. rumah banglo. rawatan hari ahad aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh tak tahu pulak, ada juga di Shah Alam. Kami guna kicap cap Tamin rasanya lah.

      Padam
  3. kenapa selepas kukus ikan tue perlu direndamkan dgn minyak panas plak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terdapat pelbagai cara mengukus ikan. Ada yg diletak sedikit minyak sebelum dikukus. Ada yg dituang minyak panas dsb. Dalam istilah masakan tak ada yg pelik, semua ikut kreativiti masing masing.

      Padam
  4. Salam kak, terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu... saya baru cuba resepi ni... memang simpel tapi sedap sangat... suami dan anak-anak pun suka... anak saya siap cakap... mmm... sedapnyer mama masak... mama bubuh apa? Terima kasih sekali lagi...

    BalasPadam
  5. Thanks Kak Azie. Saya dah cuba. Sedap. Terbaiklah akak. Update more ya.

    BalasPadam
  6. Terima kasih...dah cuba sangat sedap

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum...terima kasih atas recipe...dh cuba masak...

    BalasPadam
  8. Nak cubaa.. bahan pun simple jaa.. tq kak azie

    BalasPadam
  9. 1st time try.mmg sdp.anak2 memuji.tdk rugi mencuba.trmksh Azie...

    BalasPadam
  10. allhamdulilah mama saya cuma,
    rasanya enak sangat....
    thanks kak azie

    BalasPadam
  11. Salam kenal..saya penah cuba resepi ni..tp xsempat nk ucap terima kasih...arini teringin nk mkn lg..cari resepi ni semula n ambik kesempatan utk ucap terima kasih sudi share resepi yg ringkas n sedap..sedap sgt2 ;)

    BalasPadam
  12. Emang terbaik...sedap sngat..suami puas ati..tq.k.zie

    BalasPadam
  13. Terbaekk lah kak...tq sudi kongsii...hehehe

    BalasPadam
  14. oo..yg ni letak kicap ye.
    saya pun suka chinese food.
    boleh cuba..

    Tips Elak Anak-Anak Bergaduh Supaya Tenteram Rumahtangga

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum warahmatullah

    Boleh mintak resepi ikan ni memang menarik dan simple. T.kasih ye

    BalasPadam
  16. Mohon copy dlm blog zie just tuk senangkan nk crk balik bila nk msk...jgn risau mesti creditkan blog nie...& mohon mencuba resepi nie..tq ya..

    BalasPadam
  17. Salam pn azie... br td cuba resepi ikan siakap ni. Mmg sedap n menyelerakan, wlupun x cukup bahan... terima kasih kerana sudi share resepi. Mmg sy akan refer blog pn azie bl cari apa2 jua resepi...

    BalasPadam
  18. Unik bila letak minyak panas tu.

    BalasPadam
  19. kak... kalau x guna bawang putih boleh ke? nak ganti bawang pe ye?

    BalasPadam
  20. Stok ayam yg mana ye? Betul ke 5 sudu besar?

    BalasPadam
  21. boleh jadi resepi bulan puasa

    BalasPadam