Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bali Yang Mengujakan





Teruja... Itulah gambaran perasaan saya apabila dapat bercuti ke Bali lagi. Bali adalah antara destinasi percutian feveret kami dan anak anak. Telah 4-5 kali kami ke sana bercuti dan sekali saya menghadiri kursus di Ramada Bintang Bali Hotel. Di samping bercuti, kami ke sana untuk melihat lihat perabut untuk rumah kami. Malahan saya pernah berazam untuk bercuti ke Bali lagi selepas rumah kami disiapkan. Namun hasrat itu hanya tercapai setelah lebih dari 3 tahun kami berpindah masuk ke rumah baru. Saya harus mengakui bukan mudah untuk mengatur percutian keluarga apabila anak anak telah besar dan telah bekerja. Setiap kali bercuti, pasti ada anak yang tidak dapat turut serta kerana komitment tugas dan juga pelajaran. Kalau sebelum ini Boy tidak dapat turut serta percutian ke Singapura, kali ini Nana pula tidak dapat bercuti. Akhirnya hubby juga tidak dapat ikut sama bercuti kerana tak mahu Nana keseorangan pula di rumah.

Kebiasaannya setiap kali ke Bali, urusan perjalanan di sana akan di uruskan oleh Pak Komang yang juga bertindak sebagai local driver kami di sana. Kebiasaannya beliau akan membawa kami ke hotel untuk dilihat terlebih dahulu, jika suka boleh terus check in. Jika tak suka, akan dibawa pulak ke hotel yang lain. 

Tapi kali ini saya kena ikut cara anak anak kerana sekarang mereka telah besar dan punya cara tersendiri. Mereka telah memilih dan membuat tempahan serta bayaran bilik hotel secara online. Hubby pulak telah membuat pembelian tiket penerbangan MAS tidak seperti sebelumnya di mana kami hanya menaiki penerbangan Airasia. Kata hubby lebih mudah sebab tak perlu berjalan jauh dengan menarik bagasi  dsb.  

Seperti yang dicita citakan dulu, percutian saya kali ini adalah lebih kepada bersantai santai sahaja. Selain dari sedikit sightseeing, makan makan, juga massage, spa dan lulur berada dalam itineri kami. Dan tidak lupa juga ialah agenda mencuci mata dan bershopping. Banyak tempat tempat menarik di Bali telah kami lawati, jadi memang ianya bukan keutamaan pada lawatan ini. Saya bercadang untuk melawat Kintamani, tempat gunung berapi aktif. Itupun belum dipastikan, saya akan putuskan setelah kaki menjejak di bumi Bali yang dirindui.




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Bali Yang Mengujakan"

  1. Seronoknyaaaaaa. Nina dah lama teringin pegi Baliiiii. Hehehe. IAllah. Suatu hari nanti :)

    BalasPadam
  2. saya ni kak azie... menyimpan angan jugak nak ke bali..tapi asyik berangan aje... tak sesudah

    BalasPadam
  3. Selamat bercuti Azie... Kalau tak sempat ke kintamani pegi saja ke Bedugul. Sejuk. Ada tasik Beratan lagi. Leh dayung sampan di lake beratan dengan anak anak... Tenang jerrr

    BalasPadam
  4. Salam Kak Azie,
    Tak sabar tunggu entry Kak Azie cerita percutian ke Bali ; )

    BalasPadam
  5. Bali best....antara tempat terindah di Bali....

    BalasPadam
  6. best, tempat cantik, makanan sedap, shopping pun menarik :)

    BalasPadam
  7. asslmkm....
    Di doakan smoga percutian K.Azie menambah lagi keimanan dan kesyukuran pd ALLAH TAALA dgn melihat kebesaran dan keajaiban ciptaan NYA.

    BalasPadam
  8. Kak azie boleh tak dptkan contact number pak komang tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naz,
      Boleh email atau pm di Azie Kitchen fb. Nnt i bagikan ya.

      Padam