Iklan Nuffnang

Iklan

1 Okt 2013

Terima Kasih Atas Keprihatinan






Saya menulis entri ini khas untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua saudara mara, kawan kawan, kawan kawan facebook dan kawan/pembaca blog saya yang sangat prihatin dengan keadaan kesihatan saya saat ini. Entri ini ditulis dari katil hospital di kala fikiran sangat kusut memikirkan apa punca sebenar penyakit yang sedang saya alami. Dari saya dimasukkan ke ward pagi semalam, doktor belum dapat memastikan puncanya walaupun pelbagai ujian darah telah dilakukan. Lihat bengkak bengkak yang baru muncul walaupun setelah segala ubat diberikan.




Apa yang saya ingat saya mula mengalami alergik yang serius selepas memakan steam crab di Fishermen Wharf, San Francisco. Dalam masa sejam selepas memakannya, saya terus mengalami kembung perut dan cirit birit diikuti dengan bengkak gegata di seluruh tubuh yang sangat gatal dan miang. Semalaman saya terpaksa menanggung derita sehingga menunggu farmasi dibuka pukul 8.00 pagi keesokannya.

Sebulan sekembali dari States, saya mengalaminya sekali lagi selepas memakan mee udang di Pulau Pinang. Sejak itu ianya mula menjadi perkara yang amat saya takuti. Saya akan membawa pil alergik ke mana mana saya pergi. Selepas mengambilnya, ia akan kembali ok. Jika keadaan bengkak banyak, doktor akan memberi injection yang membuatkan saya tidur seharian. Selepas bangkit dari tidur, bengkak akan hilang.





Namun kini, selepas saya menjalani prosedure pembuangan batu karang dalam buah pinggang pada pertengahan bulan Ogos yang lalu, bengkak mula kelihatan di belakang telinga, tengkuk yang merupakan sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Sejak awal September saya mengalami masalah bengkak gegata terutama selepas digaru. Keadaannya bertambah teruk pada minggu akhir bulan September sehingga steroid injection yang diberikan oleh doktor juga tidak memberi kesan, sebaliknya bengkak baru akan muncul satu persatu. Ianya menjadikan saya sangat keliru dan stress. Hospital menyediakan saya menu khas kerana mereka menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan diet untuk saya.





Di saat ini, saya hanya berdoa semoga saya kembali sihat. Di saat begini juga, barulah kita mengenali siapa sebenarnya kawan sejati yang ingin melihat kita sihat seperti biasa. Keikhlasan tanpa syarat giteww. Sahabat saya, Datin Hajah Wanros siap menghantar video nyanyian beliau sebagai satu cara untuk menghiburkan saya. Keperihatinan yang ditunjukkan kawan kawan semua membantu menguatkan semangat saya untuk terus berjuang. Hanya pada Allah saya berserah kerana tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah. Allah jualah yang akan menentukan segalanya.  





3 kuntum bunga dahlia berwarna kuning di dalam bekas comel yang membuatkan hati saya berbunga setiap kali memandangnya... 



32 ulasan:

  1. saya doakan akak cepat sembuh...banyak2kan bersabar ya kak...insyaAllah..

    BalasPadam
  2. Mmg x selesa dan miang rasanya klau kena gegata tu kak...harapnya x de yg serius ye..

    BalasPadam
  3. salam kak zie..semoga cepat semboh yaer!..nampaknya allergik ni menjadi-jadi semoga allah permudahkan urusan kak zie....makan makanan simple sahaja seperti bubur nasi kosong bersama sayuran hijau..or any soft diet kak!

    BalasPadam
  4. Mudah2an kak Azie cepat sembuh..

    BalasPadam
  5. Kak Azie.... Moga cepat sembuh

    BalasPadam
  6. mudahan kak azie cepat sembuh..kak azie makan bubur kosong dgn sayur mcm yg Nikee sarankan..

    BalasPadam
  7. sy follower blog akak.semoga cpt sembuh kak

    BalasPadam
  8. salam kak,semoga cepat sembuh yer. saya tetap doakan yg terbaik utk akak.
    akak kt hosp mana? saya pun rasa akak sesuai mkn bubur kosong+sayur.

    BalasPadam
  9. didoakan semoga akak cepat sembuh... sy peminat setia blog akak nih. cepat2 sihat so that boleh masak yang sedap2 lagi k? :-)

    BalasPadam
  10. Semoga akak cepat sembuh seperti sedia kala. :(

    BalasPadam
  11. saya follower blog akak walaupun saya tak ada blog tapi saya mmng rajin baca akak punya entry.
    luqman anak saya dulu ada mengalami bengkak2 macam ni jugak puas saya cari cause n cure rupa rupanya dia allegik ngn antibiotik dia.anything yg ada penicillin semua tak boleh kesian dia...tapi alhamdulillah now dah tahu kena berjaga2 n the worst is bila penicilin family ni reaction with seafood lagi menjadi2 huhuuhu ...
    apa2 pun saya doakan akak sembuh cepat yer.

    BalasPadam
  12. semoga akak cepat sembuh yer. saya ni follower akak walaupun saya tak ada blog, n kita pernah gak terjumpa saya tegur akak di bangsar village , grocerry.
    simpton akak ni sama ngn anak laki , dia allergik ngn family of penicilin , even worst when he eating seafood. soo now dah tahu apa yg dia allergik mmng tak ambik laa anything steroid from penicilin group.

    BalasPadam
  13. Salam Kak Azie,

    semoga doktor dapat mengesan punca sebenar dan semoga cepat sembuh, insyallah.
    take care.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum puan azie,

    Tersentuh membaca nukilan puan, semoga puan cepat sembuh/baik dari penyakit ini. Ameen.

    BalasPadam
  15. As salam dear. Terkejut buka blog je tengok azie warded. Su doakan muga azie tabah dan kuat atas ujian ini, cepat sembuh ya.
    Love
    suhaila

    BalasPadam
  16. Salam, semoga Kak Azie cepat sembuh. Saya faham macamana rasanya bila kita kena alahan yg teruk sbb saya pernah kena eczema yg teruk hinggakan kena ambil suntikan steroid on off selama 2 tahun.

    BalasPadam
  17. Salam..semoga kak azie cepat sembuh..

    BalasPadam
  18. Aslmkm Azie. Moga bersabar atas ujian ini. Setiap penyakit itu ada penyebab dan penyembuhnya. Cuba2lah buat solat hajat mohon Allah memberi petunjuk dan jalan terbaik untuk kesembuhan penyakit Azie itu.

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum Azie...ya Allah, saya baru melihat entry Azie dan baru tahu duduk perkara yang sedang dialami Azie. Nak jenguk FB mmg x dapat Wifi dah kat ofis ni semenjak di-block oleh Admin ofis sejak mei dulu dan saya tidak melanggan internet ke hp...huhu. Balik rumah pun mana2 yg sempat je la saya layan di Wall saya....namun notifications Azie jika ada keluarpun x melintas di depan mata saya kot...

    Apa jua, saya doakan Azie kembali sembuh seperti sediakala dan boleh berkongsi lagi. Bersolat dan bersabar banyak2 ya Azie...jangan berhenti beristighfar dan mengingatiNya..Maha Suci Allah, setiap penyakit ada ubatnya, insyaAllah. Innalillahi wainnailaihi rojiun...

    BalasPadam
  20. Pn Azie, saya doakan semoga Pn Azie cepat sembuh ya...amin amin

    BalasPadam
  21. Simpati sy pd k azie...mmg setiap org akan menempuh ujian sakit,susah dsb...disamping ubat yg dokter beri,berbyklah bersabar,redho n jgn putus asa. Sudah pasti ujian dtg tanpa dipinta,tp semoga disebaliknya ada saham utk kita di'sana'.

    BalasPadam
  22. Oh dear, Azie you poor thing! I am terribly sorry that you are so unwell. I wish you a speedy recovery, my friend!

    BalasPadam
  23. Kak Azie..semoga cepat sembuh...nanti boleh post gambar masakan especially kek yang cantik cantik...sabra ya...

    BalasPadam
  24. Salam Azie, kalau gegata cuba g ke klinik pakar kulit Ranjit kat subang tu.... mana tau, sesuai untuk Azie. Kak rose pernah kena gegata yg teruk dan Alhamdullilah, hilang terus setelah amik ubat tu...katanya allergic to food coloring..

    BalasPadam
  25. In shaa allah dlm hosp tu smua ada cuma x jumpa ubat yg serasi lg, sabar ye azie moga cepat sembuh

    BalasPadam
  26. semoga doktor dapat temui punca penyakit Azie ini.Cm doakan agar Azie cepat sembuh.

    BalasPadam
  27. semoga k.azie cepat sembuh & kembali sihat seperti sedia kala,,inshaAllah setiap penyakit ada ubat nya..

    BalasPadam
  28. Semuga Azie cepat sembuh. Rindu nak baca entri Azie setiap hari. Nak tengok apa Azie masak, semestinya saya akan teruja nak mencubanya. Pasti menjadi. Semuga cepat sembuh. Hanya Allah maha berkuasa dan memudahkan segala urusan..

    BalasPadam
  29. Semoga cepat sembuh kak...banyakkan bersabar ye...

    BalasPadam
  30. semoga cepat sembuh...dulu masa saya kecil pernah jadi cam ni sbb mkn ketam terlampau byk...habis naik 1 badan..pas2 bapa saudara saya tonyoh badan saya dengan pukat yang dipakai menjala tu...alhamdulillah hilang..mungkin sbb pukat tu ada masin air laut kot...heheh

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.