Iklan Nuffnang

Iklan

17 Okt 2013

Pekan Jelawat Sehari Sebelum Raya Aidil Adha








Sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha, kami ke pekan Jelawat yang dikunjungi oleh ramai orang yang mencari barang keperluan untuk persiapan menyambutnya. Memang orang sangat ramai dan bersesak di sana sini. Seperti biasa, saya ke sini untuk membeli makanan dan kuih muih. Saya membeli nasi berlauk dengan pelbagai lauk pauk untuk juadah berbuka puasa. Gerai ini menjual lauk pauk yang semuanya sedap antaranya Gulai Kerutuk Itik Serati, Gulai Daging, Gulai Ayam, Gulai Ikan Rebus dan juga Sambal Telur. Kalau ikutkan hati, memang saya mahukan kesemua lauk yang dijual tapi apakan daya, kerana mereka tidak menjual lauk sahaja. Mereka menjual nasi berlauk yang mesti dibeli bersama nasi. 





Selepas itu, kami beredar ke dalam pasar menjual kuih muih. Memang rambang mata melihat kuih muih yang dijual di sini.  Yang pasti, anak anak dan suami juga mula menyukai mee goreng yang saya gemari ini. Seingat saya, sejak dibangku sekolah rendah lagi, saya sudah menggemari mee goreng ini. Seolah makanan yang wajib dibeli setiap kali ke sini. Oleh kerana musim perayaan, kita hanya boleh membeli dalam bungkusan RM2 sahaja. Kalau dulu, 50 sen pun boleh. Maklumlah sebaik, mak cik mula berniaga, orang ramai telah mula menunggu tanpa putus. Lama juga menunggu giliran untuk membelinya. Saya mendengar masing masing membeli ikut kilo, samada sekilo atau 2 kilo. 





Hahaha balik jer ke bilik chalet Nelly terus makan mee goreng. Aduhaai kita yang sedang berpuasa dapat menelan air liur jer. Lepas setengah jam. Nelly makan mee hoon pulak yang juga dikatakan sedap. Saya memang jarang makan mee hoon kerana lebih menyukai mee sahaja. Tapi mendengar apa yang dikatakan Nelly, saya pun menjamah jugalah mee hoon. Hmm memang boleh tahan juga rasanya. Pendek kata kalau di sini, semuanya rasa sedap. Harga pun sangat murah berbanding tempat lain.






Aween pula selepas naik dari swimming, terus bersarapan dengan nasi berlauk dengan lauk itik serati kerutuk. Bukan sebungkus tapi 2 bungkus sekali. Hahaha best ya makan berlatarbelakangkan laut yang luas terbentang.







Kali ini juga, saya bernasib baik kerana berjaya menemui Nnise cair untuk dicicah dengan ketupat lemak. Saya pun terus membelinya sebotol dengan harga RM7. Nnise cair yang diperbuat dari air tuak atau nira kelapa adalah antara makanan yang wajib dibeli oleh arwah Ayah setiap kali raya menjelang. Pada masa itu, ketupat akan dimakan dengan nnise cair umpama lemang dimakan dengan rendang.





Ini pulak kuih sekaya yang dibeli oleh Nelly yang sangat sedap. Berulang kali Nelly memuji keenakan kuih Sekaya. Selain itu, mereka juga membeli Karipap dan Chek Mek Molek. 





Saya pula membeli Kuih Tepung Boko Ubi dan juga Tepung Boko Beras di samping Tepung Bungkus. Kuih pilihan saya ialah kuih yang menggunakan selain dari tepung gandum. Memang banyak pilihan kuih muih yang boleh saya nikmati di sini. Teringat kuih Tepung Bungkus yang dimasak oleh Wak Siti adalah tepung bungkus yang paling sedap. Zaman dulu, saya rajin juga mengambil upah mengisar tepung beras di rumah Wak Siti dengan bayaran upah sebanyak 20 sen. Terjumpa daun palas yang memang dah lama tak ditemui, saya snap gambar untuk kenangan terutama bagi mereka yang tidak pernah mengenali daun palas...






6 ulasan:

  1. Rumah mertua saya dekat dgn pekan jelawat ni..pekan jelawat tak tahu la apa yg busy sangat..setiap kali pergi mesti jem jalan.huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm2 ada di Jelawat. Tempat yang wajib dikunjungi setiap kali balik kampung

      Padam
  2. Salam Azie,

    Lamanya tak jumpa nnise cair buat cicah ketupat lemak!

    BalasPadam
  3. buatkan hati ini rindukn kampung..^_^

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.