Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nana Yang Menceriakan






Telah lama saya tidak mendengar cerita Nana kerana telah lama juga tidak berkesempatan keluar bersama sama. Semasa balik kampung semasa Hari Raya Korban pun dia tak dapat bercuti. Pada hari minggu yang lepas Nana off, jadi saya mengajak Nana ke OU untuk makan makan sambil window shopping. Selepas itu, kami ke The Curve setelah mendapat tahu ada promosi Pandora di sana. Hajat nak berjalan ke street market terpaksa dilupakan apabila hujan mulai turun renyai renyai. Dari sana kami ke Ariani untuk mencari tudung bagi disesuaikan dengan baju kerja Nana. Sebelah malam pula, kami keluar makan di Restoran Original Kayu Kandar, tempat kegemaran anak anak. Boleh dikatakan sehari suntuk juga Nana meluangkan masa bersama saya. Macam macam cerita yang sempat dikongsikan.

Sehingga pagi ini, saya ketawa sendirian mengingatkan Nana yang secara spontan mereka skrip perbualan soal jawab antara Nelly dan Juita berkenaan iphone 5 yang ingin dibeli oleh Juita. Memang skripnya sangat "real" dan berjaya meniru intonasi kedua adik dia. Juita yang ada bersama pun terdiam tak terkata dengan usikan Nana. Kami yang dalam perjalanan balik dari makan malam ketawa terbahak bahak. Nana memang seorang anak yang ceria dan sentiasa menceriakan kami dengan sikapnya yang bersahaja. Dah lama saya tak mendengar cerita lawak spontan begini sejak dia sibuk dengan kerjanya.

Semalam pun saya ketawa terbahak bahak bila Nana menceritakan insiden cemas bila pesakit yang kakinya patah dan tulang hancur tiba tiba mengangkat kakinya. Saya bukan ketawa kerana pesakit itu tetapi mendengar cerita Nana yang terkejut dan panik kerana terpaksa memegang kaki yang terkulai. Mendengar cerita Nana memang boleh menghilangkan stress dan tekanan. Tidak dinafikan, tugas Nana mendedahkan dia kepada pelbagai ragam pesakit. Cara Nana mengendalikan pesakit yang membuatkan kami ketawa, terutama tentang seorang pesakit yang cuba berbohong bila ditanya tentang dirinya. Bila ditanya, ada ambil dadah tak? Bila pesakit tak mengaku, Nana memberitahu pesakit itu yang dia boleh check dan tahu jika dia ada mengambil dadah. Akhirnya si pesakit mengaku. Ditanya lagi, ada minum tak? Bila lagi sekali tak mengaku, Nana kata dia boleh check dan tahu. Akhirnya si pesakit mengaku. Haaa gitu lah doktor, kena pandai psyko sikit pesakit tu....




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Nana Yang Menceriakan"

  1. Azie, your daughter has a good sense of humour. People like her always are nice to have around because they really cheer you up :) I bet she is popular among her patients.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Also known amongst staff yg dtg menegur selepas membaca blog Azie Kitchen

      Padam
  2. Sebenarnya bila bersama dengan anak-anak dan mendengar cerita mereka memang menyeronokkan Azie. Tak kiralah berapa usia mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sweetie. Kalau Nana tak ada, mmg sunyi lah rumah ni.

      Padam
  3. Kak Azie, mana dialog lawak cete pasal iphone 5 tu... teringin gak nak ketawa sekali, hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. SKTJ,
      Bukan cerita lawak tapi skrip seolah perbualan antara Adik dan Juita.

      Adik: juita nak beli iphone 5 ya.
      Juita : siapa cakap.
      Adik: papa bagi duit ke
      Juita: juita tak minta, tapi papa yang nak bagi

      Kami semua ketawa sebab perbualan itu adalah seolah real. Nana menjangkakan adik akan bertanya dan juita akan memberi jawapan. Itu adalah antara skripnya jer...

      Padam
  4. K.Azie, seronokkan bila tgk anak2 baik sesama mereka...bila dah besar lg la seronok buat teman gurau senda :-) K.Azie, nak tanya la, klu kek RV tu k.azie pakai pewarna yg serbuk ke or liquid? - Azlina

    BalasPadam
  5. seronok ada anak yg kelakar, anak tunggal lelaki sy pun pndai buat kelakar spontan dgn wajah besahaja.Bila sy ketawa suami akan perli...gelak anak dia buat lawak...

    BalasPadam