Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Macaroon Lagi Step By Step



Macaroon Azie Kitchen


Ini adalah percubaan kedua kita membuat macaroon dan kedua duanya gagal untuk menghasilkan macaroon seperti mana macaroon yang dijual di kedai kedai. Jangan pulak salah faham, kerana kegagalan kita tak ada kena mengena dengan resepi tetapi kerana skil kita yang kurenng jer. Walaupun tak menjadi, namun dari segi rasa memang sedap dan menjadi. Apa apa pun kita seronok melihat kaki yang terbentuk pada macaroon kita tau...snap gambar asyik fokus kat kaki jer. 



Macaroon Azie Kitchen


Kita cepat cepat hantar WhatsApp kat kawan baik kita Raja Halida yang memang tidak lokek ilmu. Ya lah buat apa nak lokek lokek, bila mati kita akan menyesal kerana tidak cukup berbuat pahala dan kebaikan. Jangan risaulah rezeki masing masing. Kami dah kenal sejak di kampus lagi bila sama sama tinggal di kolej yang sama. 

Dari apa yang dijelaskan, memang sah yang adunan kita tak cukup dikaupbalik. Sebab adunan kita tidak meleleh. Kita jadi macam macam takut takut nak kaup balik. Ntah apa kena dengan kita hati ni, jadi takut pulak. Kata Kak Raja, adunan mesti turun tak putus putus. Kedua, adunan kita tak licin kerana serbuk adunan yang kita guna masih kasar walapun namanya ground almond. Kata Kak Raja lagi, kena kisar dalam food processor dalam seminit dua sebab serbuk almond yang dijual masih agak kasar. 



Macaroon Azie Kitchen

Walaupun tak menjadi, kita letak juga gambar step by step sebab kita suka tengok gambar. Nampak gaya kena cuba lagi buat kali ketiga. Kalau tak menjadi juga, tak payah lagi nak makan macaroon. Manis pun, nanti tak pasal pasal bacaan gula dalam darah naik. Haaa siapa susah, hubby kita juga yang susah. Nak kena tidur dalam ward temankan kita yang penakut ni... Ish macam mana tu....

Jom semak resepi yang diguna oleh ramai blogger ini....



Macaroon Azie Kitchen

Macaroon
Oleh: Azie Kitchen

Bahan:
80g putih telur
65g gula castor
80g serbuk almond} - mesti benar benar halus
140g gula icing      } diayak
Pewarna serbuk

Cara cara:
Siapkan non-stick baking paper. Lukis dengan duit syiling 50 sen. Ketepikan.



Macaroon Azie Kitchen

Dalam mangkuk yang bersih dan kering, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil memutar sehingga adunan kental dan bertanduk.



Macaroon Azie Kitchen


Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dengan cara kaup balik menggunakan spatula. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dengan kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna. 

Nota: 
adunan mestilah mengalir tak putus putus.
almond mesti halus barulah adunan akan nampak berkilat licin




Macaroon Azie Kitchen
   
Kemudian bolehlah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 6 bahagian. Masukkan adunan tadi ke dalam beg plastic atau piping beg.



Macaroon Azie Kitchen

Kemudian picitkan atas bulatan yang telah kita buat atas kertas tadi. Siapkan sampai habis. Ambil toothpick, pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jadi berlubang bila dibakar.
   


Macaroon Azie Kitchen


Rehatkan macarons lebih kurang 30-45 minit. Pastikan macaron benar benar kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
   


Macaroon Azie Kitchen


Panaskan oven 150C. Jangan panas sangat kerana nanti macaron pecah atau retak. Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven. Bakar selama 15-20 minit.
   
Setelah masak, letakkan macarons bersama kertas pembakar atas rack dan biarkan ia sejuk. Dah sejuk, bolehlah diletak apa apa ganache yang disukai.



Macaroon Azie Kitchen


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Macaroon Lagi Step By Step "

  1. Sy buat pon jd camni gak...tp dh ada tips baru..bole la cuba lg...tq k azie

    BalasPadam
  2. Sy buat pon jd camni gak...tp dh ada tips baru..bole la cuba lg...tq k azie

    BalasPadam
  3. rupa x ada tp mungkin rasa macaron tu ada...kira jadi la kak azie hehehe

    BalasPadam
  4. Wow absolutely lovely!

    BalasPadam
  5. wowww..okayla tu kak..saya pun pernah wat sekali jek macaron ni dulu..pastu dh ngeri nk buat lagi dah..hehe!!

    BalasPadam
  6. kena hentak macooroon ni sementara nak tunggu dia kering sebelum dibakar...hentak tu bagi angin2 dlm macaroon keluar...huhuhu...sy pi kelas masakaan rm300 belajar macaroon je...last2 takde pon buat macaroon...membazir...huhuhu

    BalasPadam