Iklan Nuffnang

Iklan

7 Okt 2013

Ikan Masak 3 Rasa






Ini pula adalah masakan ikan saya yang seterusnya dalam usaha mempelbagaikan masakan ikan. Memang sedap masakan ini, bukan lagi 3 rasa tapi ada pelbagai rasa di dalamnya. Ada sedikit rasa masakan ala Thailand apabila saya menggunakan sedikit sos ikan di dalamnya. Saya memang sukakan rasa dan bau bunga kantan dan daun limau purut, yang menambahkan lagi keenakan rasa isi ikan. Tapi, syarat utama untuk menyediakan lauk ikan yang sedap ialah dengan menggunakan ikan segar kerana isi ikannya masih manis.




Kalau nak tahu bagaimana sedap nyer rencah ikan hari ini, sehingga Aween semasa makan asyik menyebut, "Esok Mama masak ayam macam ni juga tau". Maknanya bukanlah ikan yang sedap pada Aween tapi rencah yang menyaluti ikan tu lah yang sangat sedap. Berkali kali dia berpesan supaya memasak lauk ini lagi esok tetapi menggunakan ayam pula. Sekembali dari surau, Aween meminta saya memasak nasi lagi kerana ingin menghabiskan ikan yang sebelumnya saya minta disimpankan sedikit untuk Juita. Aduhaai kalau sekadar nak memasak 1 pot beras, tak ada lah saya nak guna rice cooker. Jadinya saya pun tanak sahaja beras tu. 

Memang lama betul rasanya saya tak menanak nasi seperti ini. Semasa kecil dulu, nasi dimasak dengan cara ditanak atas dapur kayur api. Memang kena pandai mengagak bara yang akhir supaya nasi tidak berkerak. Dulu petang petang, kena ke hutan belakang rumah mencari kayu api dan tempurung serta sabut kelapa untuk memasak. Kalau musim tengkujuh, kenalah banyak menyimpan stok kayu api. Setelah berpindah ke rumah baru, barulah kami menggunakan dapur gas untuk memasak. Masa tu, baru lah belakang periuk tidak lagi hitam melegam tebal diselaputi asap jelaga. 

Haa kalau dengar cerita anak saya di atas, pastinya lauk ini sangat sangat patut dicuba. Lepas ini, saya nak cuba lagi resepi ini tetapi menggunakan ikan yang digoreng pula. Jika ada yang ingin mencubanya, saya sertakan di bawah ini resepi Ikan 3 Rasa...... 




Ikan Masak 3 Rasa

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng garam kunyit)
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak - untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum - guna sos ikan
1 sk kicap manis
1 sb jus limau nipis/lemon
2 sb gula pasir


Cara Cara:
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak.




Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.




Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata. 





Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah pekat sedikit.   






Tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.




Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.





Selamat mencuba...


52 ulasan:

  1. rasa nak buatlah...insyallah esok kut,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noor,
      Buat jangan tak buat sebab sangat sedap

      Padam
  2. Aduhhh sedapnya tgk ikan tu kak... ratah pun seda.saya pun sama cam akak..setakat nk masak nasi 1 @1/2 pot..guna claypot aje.masak atas dapur stimbot.kalau gn rice cooker alamatnya buat membazir elektrik saja...

    BalasPadam
  3. baju murah2
    https://www.facebook.com/butiknur.zaara

    BalasPadam
  4. dah cuba semalam.. tp tkr ketam.. mmg best.. tq kak azie for sharing resepi..

    BalasPadam
  5. Hari ini saya masak resipi ni tapi guna ayam goreng garam kunyit seperti yang Aween suruh. Sedap, sambil makan sambil kata sedap. Terima kasih Azie kerana sudi berkongsi resepi.

    BalasPadam
  6. sedapnya..ada ikan bawal je..blh lah.. singgah blog >>
    kasihmamaaqil4.blogspot.com

    BalasPadam
  7. klu google masakan apa2, msti saya pilih dari azie kitchen.. sgt menyelerakan dan sgtlah byk menu nye.. tq azie kitchen..

    BalasPadam
  8. sedapnyer..terima kasih sudi berkongsi

    BalasPadam
  9. sedappppp! thank u kak. kalau xda akak mmg susah cari recipe yang sedap dan simple.

    BalasPadam
  10. Terliurnye kak...nk cube lepas ni

    BalasPadam
  11. Salam...minta izin guna guna resepi di atas kak...memang mantap resepi ni...perlu dicuba!!!!

    BalasPadam
  12. Wah, sedap nampaknya..saya nk cuba masak mlm ni :) tq for the resipi yer kak :)

    BalasPadam
  13. Jazakallahu khair kak..sudi kongsikan resepi nie...
    nak buat dah nie....cari resepi kat internet...

    BalasPadam
  14. mcm sedap je!nak try jugak la..tapi bergoreng kot.

    BalasPadam
  15. Terliur tgk resepi akak ni...skrg ni tgh try resepi akak ni..hrap mnjadi...

    BalasPadam
  16. hari tu tak menjadi nasi briyani ..sedih la kak ;(

    apapun nak buat ikan masak 3 rasa ni pulak..

    mudahan2 kali ni menjadi

    BalasPadam
  17. tq sharing.. nak try tuk buka posa :)

    BalasPadam
  18. Sedap.. dah try. And this is one of my fav. Recipe.

    BalasPadam
  19. Nommm nommmm.... yummehhh... makasih doang atas respinya... 😄

    BalasPadam
  20. Looks yummy gotta try tonite for dinner hehe
    Thank you for sharing n btw eid Mubarak ye

    BalasPadam
  21. First time masak spenuhnya. Alhamdulillah menjadi sgt2 sedap diatas panduan Puan Azie kite nih. Makasih ya^^

    BalasPadam
  22. Sedap sgt2 alhamdulillah menjadi hehe ank2 n somi ske, tkg masak pon hepi hehe. T.ksh sis for sharing

    BalasPadam
  23. Salam kak azie..cili kisar tu cili kering kisar kan..

    BalasPadam
  24. Halo Kak Azie, saya sudah mencoba resep ikan 3 rasanya. Sedap sekali! Saya ijin sharing masakan yang telah saya recook di blog saya, Just Try & Taste ya, dan tentu saja saya cantumkan sumber dan link back ke blog Kakak. Terima kasih. Selamat menunaikan ibadah pusa. ^_^

    BalasPadam
  25. Sedap sangat...thanks resepinya kak Azie...

    BalasPadam
  26. Kalau xde bunga kantan..boleh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga tapi rasa bunga kantan tak ada lah dalam tu

      Padam
  27. Tq.. Saya nak cuba esok.. Anak2 memang suka ikan 3 rasa

    BalasPadam
  28. I try the recipe verry tested
    I love it tq soooo much yummmyyy....yummmyyy....

    BalasPadam
  29. Harap2 menjadi! Akan cuba hari ni

    BalasPadam
  30. terima kasih kak azie atas perkongsian resepi ini...

    BalasPadam
  31. Terima kasih k.azie atas perkongsian resepi...Semoga Allah sentiasa memberkati

    BalasPadam
  32. Saya br lepas mencuba resepi ni. Sedap !! Terima kasih kak azie :) cuma sy xde sos ikan jd gantikan dgn asam jawa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakai sos ikan rasa kuah akan lebih menyerlah,lepas ni boleh beli sos ikan dan simpan, bila2 masa bole pakai

      Padam
  33. dari cerita yang dibaca... dapat dibayangkan orangnya ini. Jenis baik hati, ceria sentiasa membantu yang lain. Saya tersentuh dengan kebaikan akak yang tidak lokek berkongsi resepi. Blog yang sangat memberi kebaikan kepada saya. terimakasih kak !

    BalasPadam
  34. Kalo sya goreng ikan dengan tepung goreng serbaguna adabi,rasa ikan lebih sedap apabila digabung dengan kuah dan ada sedikit kerangupan pada ikan nyum..nyum..

    BalasPadam
  35. Boleh tak kalau nak guna ikan lain sebagai ganti .??

    BalasPadam
  36. Kalau ganti dgn ikan lsin masih sedap ke ??

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.