Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Bakar Portugis Yang Wallaa Sedap Nyer


Ikan Bakar Portugis Yang Wallaa Sedap Nyer


Sejak discharged dari hospital kerana masalah allergik yang kronik, saya memang kena sangat berhati hati dengan apa yang perlu dimakan. Saya hanya boleh memakan lauk berasaskan ayam dan ikan sahaja. Selama ini, saya bukan lah sangat menggemari lauk ikan. Mungkin sebab dah terbiasa dengan lauk ikan sejak kecil. Kalau memasak ikan pun, saya hanya suka ikan yang digoreng garam kunyit atau ikan yang direbus dulu semalaman sebelum digulai atau digoreng. Tapi kali ini, suka atau tidak saya kena mempelbagaikan masakan ikan supaya saya tidak jemu dengan hanya memakan ikan goreng lak.


Ikan Bakar Portugis Yang Wallaa Sedap Nyer


Sebagai masakan pertama, saya menyediakan Ikan Bakar Portugis yang sememangnya sangat sedap terutama bila menggunakan ikan siakap yang sangat fresh. Sekejap sahaja menyediakan bahannya, blend semua sekali dan masukkan ke dalam oven. Siap untuk dimakan dengan nasi putih panas panas. 

Sedaap, serius tak tipu nyeer... Memang sedap sangat sangat ikan bakar ni. Bayangkan kalau saya yang kurang suka memakan ikan ni, meratah ratah begitu sahaja isi ikan siakap yang sangat manis ini terutama di bahagian perut yang sangat lembut berlemak. Tak sempat nak menghias hias pun. Dari oven terus ke meja hidangan. 

Berebut rebut makan semasa masih panas panas dengan Nana dan Juita, tambahlah lagi membangkitkan selera. Manakala Aween pula, telah memakan separuh dari nya. Lepas makan lepak kat bilik Nana jap layan citer dia berada di bilik operation dari pukul 9 pagi hingga 7 petang untuk 3 ops. Rehat sekejap jer semasa bertukar patient. Hmm terfikir gak kalau doktor penat, tak ada risiko ke? Apa apa pun seronok mendengar pengalaman pertama Nana menjahit luka di dahi patient. OK cukup dulu setakat ini. Jom lah kita tengok resepi yang sangat mudah dan sedap ini...


Ikan Bakar Portugis Yang Wallaa Sedap Nyer

Ikan Bakar Portugis

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - kelar
5 helai daun limau purut - hiris halus
3 sb minyak bawang putih
1 sk penuh garam
1 sb penuh gula
Aluminium foil/daun pisang

Bahan kisar:
3 sb cili kering kisar
2 biji buah keras 
6 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
2 batang serai 
2 hiris lengkuas 

Cara cara:
Untuk Minyak Bawang Putih - Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulit kulitnya.  Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.





Ikan dibersihkan dan dikelar kelar sedikit. Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula. Letak ikan atas foil, lumur dengan campuran bahan kisar tadi. Jika suka, boleh diletakkan daun pisang di atas foil bagi menambah wangi.





Tuang minyak bawang putih dan tabur daun limau. Tutup dan bungkus ikan dengan foil dan bakar sehingga ikan masak. 




Ikan Bakar Portugis Yang Wallaa Sedap Nyer


Apabila ikan masak, buka sedikit foil dan terus membakarnya dengan foil terbuka sehingga garing yang disukai.




Sedap dimakan semasa masih panas panas. Sedap juga diratah begitu sahaja. Yang pastinya, ia adalah penyediaan lauk yang lebih sihat dan berkhasiat.






Selamat mencuba....


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

65 ulasan for "Ikan Bakar Portugis Yang Wallaa Sedap Nyer"

  1. Salam Pn. Azie...thanks for sharing resipi-resipi yang lazat...(silent reader)..sy dah cuba beberapa resipi puan..alhamdulillah semua menjadi...:D
    walaupun di terengganu ni bermacam jenis instant paste disediakan untuk ikan bakar...in shaa allah sy akan cuba paste portugis ni...:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nadia,
      Boleh like fb Azie Kitchen. Boleh kita bertukar idea berkenaan resepi atau apa apa saja

      Padam
    2. Sy suka jugak masak² ni..gilir² gan isteri..ni tgh cari resepi utk bt ikan bakar..tq kak azie..nk cuba resepi ikan bakar portugis...

      Padam
  2. harus cuba resepi ni. weekend lps saya buat ayam butter+cheese. giler sedap tau kak.
    sblm ni saya slalu oder menu ni kalu mkn kt restoran cine muslim sharin low.satu portion kecik rm22.
    skrg dah tau rahsia harus la buat sendiri... tq kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameris,
      Anak anak kami pun selalu membelinya di USJ, memang mahal. Jadi bila dimasak sendiri ayam butter tu, memang puashati sebab dapat makan puas puas

      Padam
  3. Salam Pn Azie. Semoga mendapat keberkatan daripada Allah SWT atas perkongsian resepi. Saya juga silent reader spt Nadia Rashid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal Zainiah. Terma kasih kerana sudi singgah memberikan sepatah dua komen

      Padam
  4. suka resepi ni. saya peminat blog puan azie

    BalasPadam
  5. Salam puan Azie,

    Thanks for the recipes and info sharing ni...saya newly wed and always looking for recipe utk dimasak.
    Stakat ni belum cuba, baru je terjumpa blog ni.mmg menarik. wajib try. terima kasih sbb x lokek dgn ilmu, moga diberkati selalu.
    Thanks!!!

    BalasPadam
  6. Asalam Kak Azie pertama kali jumpa blog kakzie 1st resepi saya cuba ikn bkr portugis ni memang sdap sgt!! kemudian sya buat nsi aym istimewa ..hehe..terus jtuh cinta dgn blog kak Azie ni! terima kasih sudi kongsi ilmu masakan,,

    BalasPadam
  7. Tq,kak azie..td try msk asam pedas,sedap sgt..

    BalasPadam
  8. Salam Puan Azie, berapa degree oven dan berapa minit untuk bakar ikan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nur, tak kisah lah brp oven tu. Balar sampai ikan masak. Biasa dalam 20-30 minit dah masak. Boleh buka dan check ikan dah masak atau belum. Saya pun tak ingat brp suhu yg saya guna. Klu 170C pun ok.

      Padam
  9. Tgokk pic pn dh trliur... Kompom sedap

    BalasPadam
  10. Saya baru masak ikut resepi ni tadi.
    Memang sedap.
    Terima kasih :)

    BalasPadam
  11. Terimakasih atas segala resepi yg dikongsikan,mintak halal dunia akhirat yea zie..menu tghari ikan bakar portugis mmg mabeles.. Tq dik...

    BalasPadam
  12. nmpk sng n sdp ..hr mgu ni bleh cube nmpknye

    BalasPadam
  13. Tq 4 sharing. .nk try tuk berbuka mlm ni.

    BalasPadam
  14. Sy silent reader blog akk,thanks atas perkongsian resepi,ada beberapa resepi yg sy ambil dan dah cuba alhamdullilah menjadi..mohon dihalalkan resepi yg sy ambil,moga akk murah rezeki..tq :))

    BalasPadam
  15. Resepi kakak x pernah x menjadi. Semua sedap2. Asal dah xtau nak masak ape mesti google resepi akak n ohsem... thanks kak sebab jujur dlm bg resepi. Love you!!

    BalasPadam
  16. kak Azie sy nak try resepi ni utk berbuka hari ini. Tengah pening nak masak apa, tapi buka je blog kak azie ada la idea. Tq Kak :)

    BalasPadam
  17. Salam kak azie.sy br 1st time come across blog akak.br nk blaja buat ikan bakar :) bokeh tnya,kalau xde buah keras nk ganti dgn apa ye?ke boleh tak payah letak.

    -Alia, Brunei.

    BalasPadam
  18. yum...yumm..nak try buat ptg nie untuk juadah berbuka..tapi nak try bakaq guna periuk ajaib..
    -intan-

    BalasPadam
  19. Yummy....bru nk bajar masak ikan jugak nie...sebab biasanya jarang gemar ikan...tpi asik ayam ngn seafood ja...borink juga...sama ngn intan, nk guna periuk ajaib jerr....suka resipi nie...sebab berkuah...

    BalasPadam
  20. Kak azie mlm ni suu nk cuba buat la..
    Tq sebab k.azie rajin share resepi mskan...

    BalasPadam
  21. Sat g sy nk cuba menu ni...nnt sy bg tau result ye

    BalasPadam
  22. salam kak azie, sy nk mintak izin akak utk gunakan resepi ikan bakar portugis kami di foodcourt hang tuah, datarn pahlawan, melaka GREAT PATATIMO yg akan dibuka pada 14hb NOv nanti..`kedai kami nanti akan menjual masakan kelantan sprt nasi kerabu, nasi dagang dll..n menu ikan bakar kami ni kami pelbagaikn flavour dio..kbtln sy tgh2 mencari menu tambahan masakan ikan bakar, dapat pula resepi ikann bakar yg wallla sedop ni..jd, mohon keizinan & halalkn ilmu ini akak ea..smg usaha kami diberkati nanti utk merealisasikn & membantu sahabat2 kelantan yg berada di perantauan,Melaka dapat mkn masakan pure kelantan dr kami serta kpd sahabat maya yg lain yg meminati masakan Kelantan, selamat berkunjung ke kedai kami..In sha Allah sy akan bg special diskaun kpd rakan2 dgn hanya bg kata kunci "AZIE KITCHEN" kpd kami,,,tqvm kak azie diatas resepi yg walla sedapp ni:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Tahniah Azizah. Saya tumpang gembira mendengarnya. Saya doakan agar perniagaan maju dan diberkati. Insya Allah, ada kesempatan saya pasti akan singgah

      Padam
    2. Ya Allah..terima kasih byk2 kak azie krn izinkn kami gunakan resepi kak azie,,terima kasih sekali lagi sifuku..hehe..n terima kasih jg ats doa kak azie..nt singgah bgtau azizah ea kak azie, ni no phone zah 013-3072336..:-)

      Padam
  23. Nak cuba la resepi ni.terima kasih atas perkongsian. =)

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum kak azie..saye ni silent reader je blog akak.byk ilmu2 resepi yg saye dpt dr blog akak..ade yg dah cuba pun..heeee..memang sedap dan terbaik..mintak halal ye kak..=)

    BalasPadam
  25. salam kak azie. niat asal nak cari resepi ikan bakar. tiba2 baca yang part yang akak tulis "kalau doktor penat, tak ada risiko ke?". hehe tergerak plak nak komen. risiko memang ada, sebab manusia biasa je kan. tapi nak buat macam mana kak, dah sistem set kan masa bekerja macam tu. akak doakan la sistem berubah, bagi masa rehat lebih sikit ke, pekerja bertambah ke.. hehe. thank you for the recipe yg sedap ni! muahhh :)

    BalasPadam
  26. Salam kak azie..sedap ikan bkr no..baru cube rini..tq kongsi resepi..moga d berkati selalu...aaminnn

    BalasPadam
  27. Salam Pn Azie,

    Semalam sy try buat ikan bakar portugis ni..daun pisang sy ganti dgn daun pandan..lilit kat badan ikan siakap...sedap sgt2...resepi puan semuanye sedap-sedap belaka....thanks for sharing..

    BalasPadam
  28. saye baru form 1, masih study..saye minat masak dengan mak saye.....so saye nk try laa buat ikan bkr niewww...mcm sedap jewww..thanks pn Azie...

    BalasPadam
  29. Mmg sedap.. asben sy suka mncing.. slalu dpt siakap,bawal, jenahak..alhamdulillah dlm bnyk2 mskn dia suka style portugis ni.. smpai promot kt kwn spya dtg mkn2 kt umh..kalah restoran katanya..hihi..tq for sharing ye pn.azie..

    BalasPadam
  30. ape2 pun..thanks puan azie sebab share masakkan ikan bakar portugis..memang banyak membantu saya dalam kerja kursus sejarah..saya merupakan pelajar stpm smk munshi abdullah di melaka..kene buat kajian tentang masakan orang portugis di melaka..thanks puan azie..hehehe

    BalasPadam
  31. Salam kak, first time google recepi cari ikan bakar. Maklum lah bdk baru belajar masak. Selalu order jek tingkat meal utk 2 org now dah jadi full time house wife jinak2 dapur lah. Hehehheh dah siap semua tunggu ltr bakar jek. Hopefully jadi lah. Kena tunggu lagik 2 jam baru lah dpt tahu apa outcome saya. Btw tq share recepi senang2 esok2 saya cuba yg lain pulak. Salam perkenalan org singapore

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum kak..Hr nie lunch sy try resepi nie cuma xda buah keras..memang sedap sangat ..puas hati..senang pulak tu..suami n mak mertua pun suka..pekena dgn nasi putih,kailan ikan masin,kerabu mangga,n cauliflower goreng tepung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Tahniah kerana memasak utk famili. Hasil tangan ibu lah yg terbaik buat suami dan anak anak

      Padam
  33. Salam..kedai yg kat melaka tu puan azizah ke nama dia..nk g melaka ni,kata kunci azie kitchen tu valid lagi ke..hehe..to pn azie,ur recipe were soooo sincere and mabelesss..hehee...sy seorg suami dan ank2 n isteri suka maka apa saja sy masak..bnyk resipi dr blog ni la...hehe..
    #symmgsukamasak

    BalasPadam
  34. Salam kak Azie ., banyak sy buat n jadi Dari resepi kak Azie.. terima kasih ye n buat la Lagi resepi yg mudah n sedap.. hehehe

    BalasPadam
  35. Salam kak Azie, kalau xde oven boleh tak pakai magic pan?

    BalasPadam
  36. Saya suka resepi2 dari azie kitchen.. Setiap kali buat mesti menjadi..sedap pulak tu.. Thanks kak azie sbb selalu share resepi...

    BalasPadam
  37. Saya dah cuba resepi ikan bakar ni...mmg wallaaaaaa...rugi tak cuba, vmtq Pn Azie for ur kindly sharing & sentiasa bg tips resepi yg sedap2...

    BalasPadam
  38. Salam Puan Azie, saya plan nak bakar ikan ni guna oven, boleh saya tahu temperature and also how long it will take utk ikan ni masak? Much thanks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Depend on oven. Sebenarnya temperature berapa pun tak kisah. Cuma jika pertama kali membakar guna oven tu, kena selalu tengok supaya ianya tidak terlebih dibakar. Ikan jadi kering kerana ikan cepat sahaja masaknya.

      Padam
  39. kalau la duk berjiran ngan kak azie dah sah2 suka pi rumah kak azie..nk pi kenen2 lauk yg sedap2..

    BalasPadam
  40. Salam kak azie. Silent reader blog kak azie. Terima kasih sharing banyak resepi. Taste bud kelantan memang kena huhu.

    Kalau ikan siakap nak ganti ikan apa lagi yang best tapi murah untuk resepi ni? Ikan kembung boleh ke?

    Terima kasih!
    #DapurAbeDiq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Ikan kembung ikan merah yang isi lembut atau ikan senangin pun sedap. Cuma kalau ikan siakap, lagi win

      Padam
  41. Assalam kak azie....pakai suhu berapa ya..berapa minit bakar

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum kk azie...tq for sharing resepi..tahun ni insyaallah sy nak menjual ikan bakar di bazar ramadhan..jadi mencari2 resepi terbaik...resepi kk azie satu pilihan sy...semoga kk azie dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatn...mohon doany semoga ikan bakar yg sy olah dan jual mudah2n mendapat sambutan demi mencari rezeki utk anak2 dan keluarga...Insyaallah saya akan buka di bazar ramdhan parit, perak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya doakan agar perniagaan maju dan laris. Insya Allah. Parit adalah kampung suami saya. Dia dari Kg Tepus.

      Padam
  43. Baru je try resepi ikan bakar portugis k azie.. Resepi simple & rasa dia mmg terbaik wlaupon hanya menggunakan ikan selar. Tqvm k azie.

    BalasPadam
  44. Salam thnks sy dah try 2 3 resepi akak cuma edit2 la jdi mntak halal ea..huhu

    BalasPadam
  45. The best resepi utk ikan bakar..bnyk kali dah try resepi ni..family suka sgt2..tanx for sharing!!

    BalasPadam
  46. Harini first time cuba dgn ikan pari.. Hehe kurang garam dan gula pulaaa. Tp akan buat lagi !! 😊😇😇

    BalasPadam
  47. Lau xde oven..Boleh masak guna frying pan x? Huhu

    BalasPadam
  48. Assalamualaikum pn.azie...terima kasih resepi ikan bakar ni...dh buat smlm sebagai menu berbuka..dan sambung lg buat utk menu sahur sbb ramai yg suka..3ekor siakap hbis...sya tambah ckit bhan nya dengan letak asam jawa n gula sya tukar dgn gula melaka...terbaik!alhamdulillah menjadi rasanya..

    BalasPadam