Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pulut Sekaya - Resepi III

 Pulut Sekaya

Betapa berat dosa mengumpat hingga jika jatuh perkataan umpatan dalam laut, air laut yang masin akan jadi tawar. Seorang mengumpat seolah makan daging saudaranya yang telah mati. Nescaya kamu tak sanggup, namun itulah gambaran dosa orang yang mengumpat. Apa dia mengumpat? Iaitu apabila kita berkata apa sahaja tentang perkara yang tidak disukai bila sampai ke pengetahuan orang berkenaan. Bagaimana cara untuk menghapuskan dosa mengumpat. 

Ada 3 cara, jika mereka masih hidup, hubungi dan jumpa mereka untuk meminta maaf. Jika tidak dapat ditemui, hendaklah mendoakan kebaikan kepada mereka dan sedekahkan pahala bacaan surah Al Fatihah dan An Nas sepanjang hidup. 

Ada 6 pengecualian yang kita dibolehkan berkata buruk yang antaranya ialah untuk mengadu kezaliman, untuk memberi peringatan dan waspada, pada orang yang memang sudah terkenal kejahatannya dan pada orang yang perlu disebutkan kekurangannya supaya orang tahu, contoh Ahmad yang pekak dsb. Jadi sama samalah kita menjauhi dosa mengumpat hari ini juga kerana ianya tersangat berat.


Pulut Sekaya

Kali ini saya menyediakan Pulut Sekaya sebagai hidangan petang untuk tetamu yang berkunjung ke rumah kami sehari sebelum Hari Malaysia. Inilah resepi ke3 untuk lapisan atas yang telah saya gunakan. Resepi pertama adalah resepi yang tidak menggunakan santan. Boleh klik di SINI. Resepi ke2 pula adalah resepi yang menggunakan santan, namun saya hanya menyediakan lapisan atas sahaja. Boleh klik di SINI. Ianya kerana saya memang suka lapisan atas terutamanya di bulan Ramadhan. 

Untuk resepi versi ke3 ini, masih menggunakan santan namun saya menggunakan sukatan bahan bahan mengikut apa yang diajar oleh Kak Yah, sahabat saya di Surau Ad Dhuha.Saya memang teruja melihat hasil lapisan atas dari resepi ini, cantik bila ada berlubang lubang sedikit. Cuma warnanya agak pucat sedikit. Lepas ini, saya nak cuba memasak resepi ke2 saya bersama dengan lapisan pulut. 


Pulut Sekaya

Saya membuatnya agak lewat malam kerana mahu memastikan kuih benar benar sejuk supaya keesukannya boleh dipotong dengan cantik. Semasa menyediakannya saya lihat lapisan atasnya agak pucat kekuningan. Maklumlah warna ni banyak bergantung kepada gula Melaka yang kita gunakan. Susah sekarang ni nak mendapatkan gula Melaka asli yang hanya diperbuat dari nyira kelapa dan tidak dicampur gula. '

Dulu Wak Mejah, jiran belakang rumah saya memang memasak sendiri gula melaka untuk dijual. Dia akan memanjat pokok kelapa untuk membawa turun nira kelapa dan memasaknya di kuali besar sehingga likat dan kemudian dimasukkan ke dalam kelongsong yang dibuat dari daun mengkuang. Selain itu, Wak Mejah juga ada menyediakan nnise cair untuk dicicah dengan ketupat palas. Teringat semasa kecil, selalulah pergi ke bangsal Wak Mejah untuk meratah lebihan gula melaka yang melekat di kuali. Hahaha zaman dulu, mana ada coklat Ferrero Rocher atau Patchi dan sebagainya kan.

Kalau nak tengok langkah demi langkah menyediakan lapisan pulut, bolehlah klik di SINI. Jom lah kita tengok resepi Kak Yah yang saya guna kali ini....


Pulut Sekaya

Pulut Sekaya - Resepi 3
Bahan bahan Lapisan Atas:
10 biji telur ayam
2 cawan santan
¾ cawan gula
2-3 keping gula Melaka - masak dg sedikit air dulu  
2 sudu besar tepung gandum

Cara cara:
Masak gula melaka dengan sedikit air dan masukkan gula sehingga gula hancur, mengikut manis yang disukai. 

Pukul telur dan masukkan santan serta air gula yang dimasak tadi. Akhir sekali, masukkan tepung gandum. 

Tapis dan tuang atas lapisan pulut. Kukus sehingga masak. 


Pulut Sekaya

Bahan Lapisan Bawah:
500 gm beras pulut susu
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam halus
Sedikit minyak masak (terutama jika guna santan kotak)

Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan. Kalau guna beras pulut susu, tak perlu pun merendam. Kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit. Dialas plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama.  Apabila pulut masak, gaul hingga sebati. Tekan dalam loyang 10x10x2". 


Pulut Sekaya

Bila telah benar benar sejuk, bolehlah dipotong dengan menggunakan pisau plastik. Hidangkan lah bersama dengan air teh yang panas panas.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

11 ulasan for "Pulut Sekaya - Resepi III"

  1. Sedappnya azie dapat menjamu mata pun jadilah he2 kalau duduk sebelah rumah bolehlah minta sepiring ni he2 gurau je..jaga kesihatan dear..baru baik dari sakit tapi masih lagi masak mcm2 pulak azie nie semuanya yang renyah2 tapi lazat2. ok dear take care.

    love
    suhaila

    BalasPadam
  2. ptg2 bukak blog terus nampak pulut sekaya..tetiba jadi lapar..

    BalasPadam
  3. wahhh...sedapnya...sy ni nampak apa yg kak azie masak semuanya sedap belaka. kalau rajin boleh cuba nanti

    BalasPadam
  4. wahhhh ni fav neh ....org terengganu panggil tok aji serban hahahha kenapa nama jd cenggitu pun tak tahu hahahahhaha

    ala kakkkkkkkkkk sedap nyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  5. Wowww...sedapppppp3x..ntha bile nak cube

    BalasPadam
  6. Lapisan atas kukus berapa minit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kukus agak agak masak. Boleh cucuk sedikit. Kalau dah keras, tanda masak lah.

      Padam
  7. assalam sis kiranya masak plut dlu lah ye... bru tuang ka canne

    BalasPadam
  8. Minta halalkan semua resepi kak azie..telah Saya guna n selalu guna. Dah bertahun guna resepi hehehe. Terima kasih utk resepi yg sentiasa menjadi n sedap tiap Kali buatπŸ˜‹πŸ˜˜πŸ˜˜

    BalasPadam
  9. Sy pernah buat, bila tuang adunan atas tu, dia meresap masuk ke dalam pulut n pulut jadi terapung..

    BalasPadam