Iklan Nuffnang

Iklan

22 Sep 2013

Alhamdulillah Rezeki Untuk Menikmati Pisang Nipah Lagi




Pertama kali merasa makan pisang nipah apabila membeli pisang di Pekan Jelawat untuk dibawa balik ke KL. Peniaga yang menjual pisang ketika itu, mengesyorkan saya membeli pisang nipah yang dikatakan sangat sedap dibuat pisang goreng. Ternyata memang sedap pisang nipah yang digoreng. Sejak itu, setiap kali balik kampung, saya mencari pisang nipah, hatta di merata tempat, namun tidak pernah menemuinya lagi. 





Pencarian saya berakhir apabila saya menemui pokok pisang nipah di kebun pisang sahabat saya, Dr Sabariah di Segamat. Lantas saya terus membawa balik anak pokok dan menanamnya di tanah berhadapan dengan rumah saya di USJ. Ada beberapa kali, pokoknya berbuah dan dapatlah merasa pisang nipah goreng. Namun kebanyakan masa, pisang di tandan tidak sempat masak telah dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya membawa benih pokok pisang ini untuk diberi kepada jiran saya, Datin Ros di Kota Damansara. 

Saya juga bercadang untuk membawa juga anak pokok ke rumah baru saya apabila ianya telah siap. Namun hasrat saya tidak kesampaian, apabila pokok pokok pisang telah ditebang oleh jiran dan digali bagi memastikan anak pokok tidak lagi tumbuh tanpa pengetahuan kami. Aduhaai hasrat saya untuk mengambil anak pokok pisang hancur berkecai. Lagi pulak, kebun pisang di rumah Dr Sabariah juga telah tiada selepas kebun mereka dilanda banjir besar. Namun saya bernasib baik kerana anak pokok pisang yang ditanam di rumah Datin Ros telahpun tumbuh besar walaupun tidak berbuah. 





Saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari Datin Ros yang ingin datang ke rumah pada suatu malam. Dalam hati tertanya juga, apa kah agaknya urusan penting sehingga dia ingin ke rumah saya di malam hari. Oohh terkejut bila melihat 2 sikat pisang nipah rupanya dihantar kepada saya. Menurut Datin Ros,  buah ini adalah buah sulung pokok pisang nipah yang menghasilkan 5 sikat pisang. Alhamdulillah setelah sekian lama, akhirnya dapat juga merasa pisang nipah lagi. Syukur, Ya Allah atas rezeki ini. Saya membuat sira pisang dan juga pisang goreng. Nantikan entri berkenaan Pisang Nipah goreng ya....






4 ulasan:

  1. memang susah nak jumpa pisang nipah ni, dekat kampung2 pun tak ada

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    Pisang nipah memang sedap. Selain di goreng ianya sedap juga dibuat kerepek. Cubalah... memang rangup rasanya. Gaya orang johor kalau pisang goreng di layan dengan sambal kicap.Baru ada umpp

    BalasPadam
  3. kalau tak silap tempat saya panggil pisang awak, alhamdulillah saya mudah jumpa di sekitar puchong dan shah alam setakat ni.

    BalasPadam
  4. Kak Azie,

    Saya panggil pisang abu :)

    Honey.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.