Iklan Nuffnang

Iklan

27 Ogo 2013

Pekan Jelawat Yang Sentiasa Dihati






Hari ini saya nak sambung entri balik kampung semasa menjengah Bonda selepas balik dari mengerjakan umrah tempoh hari.  Ianya disediakan sebelum saya jatuh sakit lagi. Banyak entri yang belum dipos apabila saya tiba tiba sakit selepas operasi mengeluarkan batu karang dan terus dalam kesakitan selama seminggu lagi apabila stent yang dipasang memberi kesan flush back, seperti straw, kata doktor. Bukan sahaja kesakitan kesan stent tetapi juga tekanan darah yang meningkat apabila kita berada dalam kesakitan. Ubat penahan sakit tidak berkesan, ubat tekanan darah tinggi juga tidak membantu. Saya terbaring sepanjang hari dalam kesakitan. Tetapi saya yakin kesakitan ini adalah kerana Allah ingin menyempurnakan segala kekurangan di dalam ibadah umrah Ramadhan saya tempohari. Mudah mudahan. Semalam saya menjalani satu lagi prosedur operasi untuk mengeluarkan stent. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar cuma tekanan darah saya belum mahu stabil dan badan sangat lemah yang memerlukan saya rehat. Saya masih dalam trauma dan setiap kali mata terlelap, akan didatangi mimpi ngeri dan menakutkan. Saya ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih buat kawan kawan yang mendoakan kesihatan saya. Saya sangat terharu dengan keprihatinan kawan kawan. Tidak lupa kepada Ita dari blog Masam Manis yang telah mendoakan saya di dalam blog beliau.


Kali ini entri berkenaan Pekan Jelawat yang memang tidak dapat dipisahkan dari hidup saya. Sejak kecil lagi, inilah pekan tempat keluarga saya membeli barang keperluan dapur dan aneka kuih muih. Semasa kecil, saya akan mengayuh basikal dalam lebih kurang 1 batu dari rumah kami yang ketika itu, terletak di Kampung Tangok. Di Jelawat jugalah, arwah bapa membelikan saya basikal yang saya kayuh sendiri semasa balik. Sayalah orang yang paling bahagia ketika itu, mendapat basikal seumpama mendapat sebuah kereta di zaman ini. Sungguh besar nilainya pada saya. 






Sehingga kini, setiap kali balik kampung, Pekan Jelawat lah tempat yang wajib saya kunjungi samada untuk mencari sarapan atau mencari kuih muih serta lain lain barangan dapur. Saya jarang sekali ke Bandar Bachok, apalgi ke Kota Bharu kerana lebih serasi dengan pekan Jelawat. Setiap hari jalan masuk ke tempat menjual kuih muih penuh sesak dan sukar untuk mendapatkan parking. Oleh kerana masih dalam mood beraya, tidak banyak gerai menjual kuih muih yang dibuka. Tapi saya bernasib baik kerana Mak Cik yang menjual mee goreng kesukaan saya telahpun mula berniaga. Jadi terlepaslah rindu untuk memakan mee goreng.








Setelah lama tinggal di Kuala Lumpur, saya merasakan semua barang, sayuran dan kuih muih yang dijual di sini sangat murah harganya. Masih ada kuih yang dijual dengan harga 4 ketul seringgit. Jadi saya mulalah teringin untuk membeli bermacam macam untuk dibawa balik. Yang pasti saya akan membeli sesuatu yang sukar diperolehi di sini seperti lada solok, itik serati dll. Buah buahan juga sangat murah harganya sehingga kita menjadi rambang mata. Tapi itulah, bila dah beli tak sempatpun nak makan kerana perut sentiasa dalam kekenyangan bila berada di kampung.





Sebelum balik, saya juga singgah di kedai Azizah untuk membeli rempah kerutuk. Di kedai ini lah tempat kami membeli pelbagai rempah masakan terutama untuk menyediakan lauk kenduri. Semuanya ada dijual di sini. Jadi kita tak perlulah pergi ke kedai lain. Nantikan resepi kerutuk itik serati dan kerutuk daging yang sedap di entri akan datang ya. Pendek kata, sekarang ni kemaruk memasak kerutuk. Sejak dah pandai memasak kerutuk, asyik nak memasak kerutuk jer.





Kali ini saya sungguh bernasib baik kerana terdapat banyak gerai yang menjual Kulat Gelam iaitu sejenis kulat yang tumbuh liar di waktu tertentu sahaja. Rasanya sangat eksotik dengan rasa yang sedikit kelat dan pahit. Saya membeli sebanyak 5 rial untuk dimasak kerabu. Nantikan resepi Kerabu Kulat Gelam juga di dalam entri saya yang akan datang. 





Pekan Jelawat akan sentiasa dirindui sehingga saya kembali bercuti lagi. Pendek kata inilah satu satunya pekan yang sangat sinonim dengan hidup saya dan akan kekal begitu sehingga bila bila....


21 ulasan:

  1. wah...banyak bahan2 untuk masakan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua murah dan segar dari ladang

      Padam
  2. semoga kak azie sihat walafiat...boleh share cerita & masakan yg sedap2. Pekan tu dah macam tempat jatuh lg dikenang...kita mesti suka tempat di mana kita dilahir, dibesar & hidup.

    x penah tgk kulat gelam tu...nanti share resepi kerabu tu ye kak azie

    BalasPadam
  3. hye kak azie...selamat berkenalan..hihi..
    sy pun asal kelantan jugak..tiap kali balik sana mesti g pasar wakaf bharu n pasar tumpat..
    sy pun banyak refer blog akak nak masak masakan kelantan.memang menepati citarasa n seakan masakan mak sy..=)

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. apa kabar kak zie...semoga akak lebih sihat dari semalam..insyaallah dengan izannya dan doa dari kami semuanya berjalan lancar....n3 kali ini seronok nikee tengok..selalu lalu di depan psr jelawat semasa wae mengajar di jln nipah bachok kelantan...nostalgia..mmg tiada tolok banding negeri kelantan..pelik serta unik..jaga diri!

    BalasPadam
  6. oo... kak azie org jelawat rupanya. mak saya dari bachok. eehh tak jauh pun kann...

    BalasPadam
  7. bestnyer... murah2 rasa semua punnak beli.. kak azie tak beli sarre? sy rindu sangat nak mkn kerabu sarre.. susah nak jumpa kat sini..

    tak lupa sy doakan moga kak azie cepat sihat ye.. bykkan berehat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Ratna,
      Memang ada sarre hari tu. teragak agak nak membelinya sb semua rasa nak dibeli. Saya pun suka kerabu sarre dan jeruk mamam. Terima kasih atas doa.

      Padam
  8. Comel la gmbr2 akak...
    Guna camera & lens gapo nie...?

    -YIE-

    BalasPadam
  9. Seronok baca entri ni, teringat pula saya kenangan sekolah rendah. Kampung ayah di Tangok, bila balik sana selalu kayuh basikal dengan sepupu ke pekan jelawat. Nostalgia betul.

    BalasPadam
  10. Semoga Kak Azie cepat pulih dan cepat sihat.Saya pun pernah menghadapi situasi ini ketika bermur 28 tahun dulu.Saya pun suka pergi Pekan Jelawat,kerana kuih-muih dulu-dulu masih lagi di jual di sini dengan harga yang murah.Kalau boleh semuanya nak dibeli.Paling saya suka kat Pekan Jelawat ni adalah roti inti kelapa yang di bakar secara tradiosinal,tiada di tempat lain!.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mok sedaro ambo lah hok jual roti tuh...tapi loni dio uzur doh....

      Padam
  11. Blh bygkan seronok brshoping d tempat nostalgia, setiap kaki melangkah pasti trimbau kenangan lama kan Azie?

    BalasPadam
  12. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari kami di Azzara Cottons pada Puan Azie sekeluarga...semoga Pn Azie cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan..

    Terima Kasih,
    Wan Najmuddin
    www.azzaracottons.com

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum,
    Semoga Puan Azie sihat dan kembali pulih seperti sedia kala.
    BTW sayapun balik shopping di Pekan Jelawat raya baru ni..macam org tak betul bila ke sana semua nak beli hehehe

    BalasPadam
  14. wah pekan jelawat..tempat yang sentiasa sibuk tapi orang tetap pergi ..sebab macam2 ada kat sana..rindunya nak makan solok lado..saya ore kampung permatang pasir..dekat sangat la dengan jelawat..
    saya doakan akak cepat sembuh ya..amin..

    BalasPadam
  15. Hi Kak Azie sy org Bachok, selalu jgk ke pekan jelawat mencari brg2 dapur & makanan. Selain tu, selalu ke kedai emas Che Gas. Seronok baca blog akak.

    BalasPadam
  16. Hi Kak Azie, sy org Bachok & selalu pergi ke pasar jelawat utk membeli brg2 keperluan dapur & brg2 makanan. Selain tu selalu ke kedai emas Che Gas. Sy suka baca resipi akak yg sedap tu....

    BalasPadam
  17. As slm nk tnye kat mne ye kdai stc welding kat jelawat ni..urgent

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.