Iklan Nuffnang

Iklan

20 Ogo 2013

Makanan Sewaktu Berbuka Puasa






Sejak kembali dari Tanah Suci, saya seolah masih di dalam mimpi dan dalam dunia yang tersendiri. Semuanya umpama mimpi yang sangat indah. Kemudian bila saya tiba tiba dimasukkan ke hospital kerana jangkitan di buah pinggang, saya sekali lagi seolah kebingungan apabila saya terlantar di rumah seorang diri di dalam trauma dan kesakitan. Pasti, pasti sekali saya redha dengan apa yang terjadi. Walau dengan linangan airmata, saya masih mahu tersenyum kerana kesakitan ini adalah kaffarah kepada dosa saya yang mungkin hanya Allah Yang Maha Mengetahuinya. Saya tidak mahu mengalah dan berputus asa dengan apa sahaja dugaan yang mendatang. Ya Allah, buangkan kebimbangan dan kerunsingan di hati, buangkan segala rasa dukacita di hati dalam segala urusan dunia dan akhirat. Ini antara doa saya semasa di Tanah Suci. Saya hanya ingin redha dan pasrah atas apa jua ketentuan Illahi.

Saya terfikir untuk menulis berkenaan topik ini sejak masih di Tanah Suci lagi. Kalau dahulu saya tertanya tanya, betulkah kurma dan air zam zam cukup mengenyangkan untuk dimakan sewaktu berbuka puasa di Mekah dan memberikan cukup tenaga untuk mengerjakan solat terawih dan qiamullail? Namun kini, saya melalui dan merasai sendiri pengalaman berbuka puasa di Madinah dan Mekah yang sangat indah.




Berbuka puasa dengan hanya memakan 3 biji rotub dan segelas kecil air zam zam bersama zahua iaitu sejenis teh Arab yang dimasukkan rempah supaya tidak mengantuk dan shai, ia itu teh. Sekali sekala, kami juga diberikan roti bersama dengan cheese. Kalau di Madinah, kami dibekalkan dengan laban iaitu yoghurt, tetapi di Mekah kami sekali sekala disedekahkan dengan fresh laban oleh para dermawan melalui khadam khadam mereka.





Mungkin sebab tidak seramai jemaah di Mekah, di Madinah segalanya nampak lebih teratur di mana jemaah juga dibekalkan dengan bag plastik untuk menyimpan lebihan makanan dan juga tisu untuk mengelap mulut sebelum menunaikan solat fardhu maghrib. Jemaah boleh menyambung makan selepas solat. Ini adalah kerana waktu berbuka sangat singkat, sekejap sahaja petugas telah mengemas plastik yang dihampar semasa berbuka. Semuanya dilakukan dengan sangat pantas. Namun semasa di Masjidil Haram, plastik tidak dapat dibentang dek jemaah yang terlalu ramai dan padat sehingga terpaksa duduk berhimpit himpit antara satu sama lain. Kurma yang disedekahkan untuk berbuka di Mekah sangat banyak sehingga melebihi 4 kilo beratnya. Kesemuanya saya bawa balik untuk dibahagikan kepada kawan kawan dan saudara mara. Di dalam gambar di bawah, saya berkesempatan membantu meletakkan rotub yang didermakan oleh dermawan Libya ke dalam bekas sebelum diagihkan kepada jemaah.






Semasa di sana, saya sangat berharap untuk dapat menikmati nasi briyani semasa berbuka. Namun nasi hanya diedarkan pada jemaah yang berbuka di dataran masjid samada di Madinah atau di Mekah. Namun saya terasa sangat sayang untuk meninggalkan tempat di dalam masjid semata mata untuk sebungkus nasi. Jadi hasrat terpaksa dilupakan sehinggalah saya tiba di Mekah, kami terpaksa berbuka puasa di dataran masjid kerana waktu kami tiba dari Madinah, sudah begitu hampir dengan waktu berbuka dan tidak boleh lagi memasuki masjid di saat begitu. Namun kami juga tidak bernasib baik, kerana hari itu hanya dihidangkan dengan kurma dan roti sahaja. 





Apa apa pun saya bersyukur kerana akhirnya berjaya mendapatkan sebungkus nasi mandy sabil sekembali dari masjid selepas solat terawih. Itu pun hanya pada malam kedua kerana pada malam pertama, ianya habis dek terlalu ramai yang beratur untuk mendapatkannya. Oleh kerana kecewa, saya membeli se ekor ayam bakar dengan harga 18 rial. 





Berbalik kepada berbuka puasa dengan rotub dan air zam zam, Alhamdulillah semuanya cukup untuk memberi tenaga seharian berpuasa. Semuanya cukup untuk saya. Bukan sahaja berbuka, tapi bersahur juga dengan rotub dan air zamzam kecuali semasa Kak Ha, membawa nasi yang diambil dari hotel untuk saya dan Roslina bersahur. 




Saya juga merasa sangat terharu melihat makanan ringkas orang orang Arab sewaktu berbuka, berbeza dengan tempat kita yang dipenuhi pelbagai juadah. Malahan anak anak kecil juga makan rotub dan cheese sahaja. Terima kasih dan syukur atas nikmat yang telah diberikan. Saya pasti merindui makanan makanan ini...









17 ulasan:

  1. alhamdulillah.. dapat merasa berpuasa di mekah...

    BalasPadam
  2. itu ibu saya Pn Siti Rahmah. Thanks for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh, what a small world. sebahagian dari hidup semasa mengerjakan umrah yang lalu.

      Padam
  3. kak zie dgr kabar tak sihat..yer jaga diri yer...

    BalasPadam
  4. Seronoknya membaca cerita Azie... entah bila lah saya dapat ke sana.

    BalasPadam
  5. Sama2 dear..

    Banyak2 sabar azie, su doakan semuga azie diberikan kekuatan oleh Allah untuk menghadapi dugaan ini, dalam ramai2 orang, azie dipilih untuk tambahkan pahala dan dihapuskan dosa-dosa lalu serta digandakan lagi keimanan. Tidak semua orang diberikan dugaan begini namun syukur sangat azie dikelilingi dengan suami dan anak2 yang tersayang. Banyak2 rehat dan cepat2 sembuh. Walaupun su ni hanyalah silent reader namun terasa dah macam dekat sangat..Semuga azie sekeluarga didalam lindungan Allah aminn.

    Love
    suhaila

    BalasPadam
    Balasan
    1. Su,
      Betapa Su terasa sangat dekat di hati saya sehingga mampu menyentuh hati saya di saat ini. Terima kasih atas kata kata yang sgt memberangsangkan

      Padam
  6. Hi Azie, I hope you are in better health now. It is interesting to read your experience in Mekah. I have always wondered what is it like for the pilgrims there, how do you live and what do you eat while performing the Haj. I think you have a unique experience to be there during the fasting month and I am amazed that you could survive on the very simple foods. Please take good care of yourself.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you, dear friend. It is an amazing experience for me and really hope to be there again in Ramadhan next year and year after.

      Padam
  7. salam Kak Azie.. semoga mendapat kesihatan & kesegaran semula ya.. InshaAllah..

    BalasPadam
  8. Harap Azie bertambah sihat hari ini. Saya pun seperti Su, silent reader. Setiap kali membaca catatan Azie, begitulah juga perasaan saya. Saya juga akan berdoa kepada Allah agar dihilangkan rasa dukacita di hati jika di sana. Perjalanan hidup kita hampir sama. Menghampiri 50, tiada apa lagi yang kita kejar. Allah telah memberi segalanya. Apa yang penting adalah menjaga rumahtangga dan perkahwinan agar kekal sepanjang hayat kita. Semakin mendekatkan diri dengan Allah. Juga berdoa agar anak beroleh kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan. Sentiasalah kita bersyukur dengan apa yang diberi dan berdoa semuga Allah sentiasa memberi ketenangan dalam diri kita. Saya berdoa agar Azie sentiasa dilindungi Allah. Saya amat menghargai apa yang Azie lakukan di blog ini.

    BalasPadam
  9. salam Kak Azie,semoga diberikn kesihatan yg baik oleh Allah.Aaminnnn

    BalasPadam
  10. kata hati saya berharap Azie sudi bercerita ttg kisah di sana, tiba2 benar..bila baca blog ni. Tersukan menulis.

    BalasPadam
  11. Assalam Puan Azie... melihat gambar2 puan ni terasa rindunya ke Tanah Suci... beruntung puan dapat ke sana pada bulan Ramadhan. Alhamdulillah! Tumpang tanya skit...dalam gambar ke-6 dr atas (roti berinti mcm spinach) tu apa yer? tak pernah jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh itu samborsaa. Kat tempat kita samosa. Sedap dimakan panas panas. Ada pencicah yoghurt

      Padam
  12. Salam..semoga Kak Azie cepat sembuh...seronok baca kisah akak buat umrah ..bilalah agaknya saya boleh jejakkan kaki ke sana..

    BalasPadam
  13. Syukur Azie dpt brpuasa d sana, masa mgerjakan hj dpt jga pgalaman brpuasa d mekah 2kali..ramai jga rakyat msia yg brpuasa sunat isn n khamis tpi x samalah mcm puasa d bln ramadhan yg tentunya lebih meriah n mdpt p.alaman sgt brharga..moga idup azie d brkatiNya sntiasa

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.