Iklan Nuffnang

Iklan

23 Ogo 2013

Dia Yang Terbaik





Sebelum saya menyambung entri umrah Ramadhan, saya ingin menyelit sedikit entri ini sementara saya masih bercuti sakit.  Memang kebelakangan ini, saya kerap keluar masuk hospital. Namun kali ini, saya masih dalam kesakitan dan ketidakselesaan walaupun setelah keluar dari hospital kerana adanya stent alat yang dipasang sementara sebelum ianya dikeluarkan. Kesakitan menjadikan saya seperti dalam keadaan trauma sehingga terbawa bawa ke dalam tidur. Apabila terlena, saya seolah dalam kekejangan diulit mimpi buruk dan akan terjaga. Ubat penahan sakit peneman diri. Kadang kadang saya menangis sendirian menahan kesakitan.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah betapa saya sangat menghargai suami saya yang tidak pernah mengeluh  walaupun terpaksa tidur di hospital apabila doktor mengesahkan yang saya perlu dimasukkan ke ward untuk rawatan lanjut. Beliau sentiasa bersedia untuk menemani saya di dalam apa jua keadaan. Di rumah juga, suami akan menghantar sarapan ke bilik tidur supaya saya boleh menyambung tidur selepas bersarapan dan mengambil ubat sebelum dia ke pejabat.





Begitu juga, apabila kawan kawan pejabat ingin datang menziarah, suami akan menempah makanan, menyiapkan meja hidangan, membeli minuman dan apa apa yang patut. Saya sedar, tiada sesiapa pun di dunia ini yang sempurna tapi suami saya adalah kurniaan terbaik untuk saya. Beliau sangat sabar dengan apa sahaja karenah saya. Beliau melakukan kerja rumah tanpa mengeluh kerana beliau sedar yang saya bukanlah kuat untuk melakukan kerja kerja berat. Malahan semasa saya mengerjakan umrah baru baru ini juga, beliau telah berpesan supaya tidak bershopping kerana bimbang jika saya terpaksa mengangkat bag yang berat.

Dialah cinta hati saya dan dialah yang dipesan oleh Bonda supaya saya taati kerana syurga saya adalah terletak pada keredhaannya. 



15 ulasan:

  1. Tersentuh su baca coretan kali ini...semuga Allah memberi azie kekuatan, ketabahan & keredhaan atas ketentuan dugaan ini..Ya Allah kau berikankanlah kawan ku ini kesembuhan yg cepat dan menghapuskan segala kesakitan yang di alami ini dan dibalas dgn rahmat yg tidak terhingga atas dugaan ini serta dihapuskan dosa2 mu.. Alhamdulilah azie, u dianugerahkan seorang suami yang amat perihatin, apalah yang diharapkan pd saat2 yg getir ini selain dari seorang suami yg menyayangi mu sepenuh hati yang mana ubat zahir yg menenangkan perasaan. Walaupun su tidak dpt menziarahi azie namun dari jauh su doakan yg terbaik buat azie...

    Love
    suhaila

    BalasPadam
    Balasan
    1. Su,
      Membaca komen membuat airmata saya bergenang tanpa disedari. Ada sahabat yang prihatin di saat saya bertarung dengan dugaan ini. Saya ingin memberi penghargaan pada insan yang banyak membantu saya

      Padam
  2. Bertuah Kak Azie dpt hubby yg caring.. Semoga rumahtangga akak bahagia n berkekalan selamanya..semoga akak byk bersabar dan cepat sembuh.

    BalasPadam
  3. kak, semoga sepat sembuh. bertuah dapat suami mcm akak.

    BalasPadam
  4. betapa hebat kalu kita dapat merasai nilai cinta dari tersayang..kak zie cepat sembuh ok!jadilah seperti mana mama nikee dari seorang wanita cukup cekal dan masih di panjatkan usia berganda hingga kini..mama nikee breast cancer survival,colon canser stage 2 serta almost got bone kancer last few years serta almost get cervix kanser...klau kami di tempat mama la sudah agaknya kami kembali kepada yang maha esa.....dari usia muda hingga kini mama tetap tabah whenits comes to the sickness.....kuatkan semangat akak!

    BalasPadam
  5. Semoga Akak cepat baik....bertuah akak mempunyai suami yang penyayang...

    BalasPadam
  6. Terharunya...memang bergenang air mata & tak tahu nak kata apa, sebab apa yang Azie tulis tentang sifat2nya, sedikit sebanyak memang ada pada suami Amie.... mudah-mudahan kebahagiaan akan berkekalan hingga ke syurga... amin!

    BalasPadam
  7. semoga Azie cepat sembuh dan kembali ceria bersama suami d anak2.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..Akak dikurniakan seorang suami yg.sama² berada di saat susah dan juga senang..saya mendoakan semoga akak cepat sembuh dan diberikan kesihatan yg. semakin baik..InsyaAllah

    BalasPadam
  9. As salam kak azie... Moga cepat sembuh yar. Insyaalah dengan adanya sokongan keluarga tersayang, akak akn cepat sembuh. Derita sakit itu hanya kita yang tanggung... Insyaallah, Allah tau kemampuan kita. Saya baru sebulan lebih buat pembedahan tulang belakang. Masuk 8 skru. Dua btg besi. Dan dua disc saya diganti. Sekarang cuti sakit. Ketabahan itu penting krn kita jer yg tahu diri kita. Saya doakan akak cepat sembuh okay.... Sonok bca entry akak. Terutama bab mkn. N amat sanjung kerjaya spt ank sulung akak. Dr. Nana.

    BalasPadam
  10. Sabar Azie, ini semua ujian tanda Allah nk tingkatkn makam kita

    BalasPadam
  11. assalamualaikum kak azie..moga2 cepat sembuh..alhamdulillah syukur dgn kurniaan ini ya kak azie..tahniah unt hubby kak azie..semoga segala yg ada berkekalan hingga hujung nyawa..terkenang jgk masa cek ah dlm pantang masa melahirkan anak bongsu secara pembedahan..suami yg uruskan segalanya krn ceq ah mengalami komplikasi..syukur ya allah..cepat sembuh ya kak azie..wassalam..<3

    BalasPadam
  12. kagum dengan kak azie.... bila baca entry kak azie membuatkan saya ingin terus menerus membaca entry yang lain....

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.