Iklan Nuffnang

Iklan

19 Jul 2013

Bazar Ramadhan




Setiap kali bulan Ramadhan menjelang tiba, pasti yang akan ada ialah Bazar Ramadhan yang terdapat di merata rata tempat. Anak anak saya memang suka ke bazar Ramadhan mencari kuih muih dan lauk pauk kesukaan masing masing. Jadi saya memang menggantung periuk belanga lah waktu ini. Mereka akan balik dengan pelbagai juadah berbuka puasa. Namun begitu, saya masih memasak masakan yang simple untuk hidangan bersahur.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh barakah, dilimpahi rahmat Allah sehingga begitu ramai umat Islam yang menjadi peniaga baik di bazar Ramadhan, mahu pun menjual pakaian dan biskut raya. Pendek kata rezeki melimpah ruah di bulan yang mulia ini. Ada seorang ustaz berkongsi dalam tazkirah berkenaan seorang peniaga yang mengakui tidak sempat bersolat terawih kerana berniaga. Katanya lagi berniaga sebulan di bulan Ramadhan, boleh mendapat pendapatan untuk setahun. Alhamdulillah, tumpang gembira mendengarnya. Namun agak rugi jika kita tidak merebut amal dan pahala berganda yang Allah tawarkan hanya dalam bulan Ramadhan.




Tahun ini adalah tahun pertama Nana ada di rumah dari sebelum Ramadhan. Kalau tahun tahun sebelumnya, dia akan balik bercuti beberapa hari sebelum raya. Jadi dia nampak begitu sangat teruja untuk mengunjungi bazar Ramadhan kali ini, siap berpesan supaya menunggu beliau balik kerja sebelum ke Bazar Ramadhan. Tapi itulah, jadual kerja dia tidak menentu, selagi tak habis kerja, tak dapat balik. Jadi asyik tertangguh sehingga satu hari kami terus singgah di bazar Ramadhan dan meminta Nana menunggu kami di sana. Seronok melihat Nana memilih kuih muih untuk berbuka dan belanja saya juga. Aween dan Juita sudah tidak lagi mahu mengunjungi bazar Ramadhan seperti tahun tahun sebelumnya. Mungkin kerana telah tahu apa lauk pauk yang disukai, jadi mereka hanya memberitahu hubby apa yang mahu dibeli sahaja.





6 ulasan:

  1. Alhamdulillah.
    Anak2 saya pun suka bazar ramadan tiap kali balik.
    Masa kini tinggal kami berdua, masak simple je.

    BalasPadam
  2. Saya jarang ke bazar Ramadan Azie... Dalam sebulan tu mungkin adalah sekali kot... Anak-anak biasalah mereka memang suka ke bazar cari kuih muih kesukaan mereka dan ayam panggang... terutamanya anak lelaki saya... tapi tahun ni anak lelaki saya tak balik... dia berpuasa dan beraya di perantauan...

    BalasPadam
  3. tahun lepas saya pun beli kat param je.. sebab preggy.. semua tak best nak masuk dapor pun.. tapi tahun ni belum jejak param lagi.. tengok kot2 dah kering idea nanti..

    BalasPadam
  4. sesak tak bazaar ramadhan dekat area akak tu, kalau area rumah saya...sampai berlanggar bahu, nak tengok makanan pun payah

    BalasPadam
  5. Ermm lama tak jenguk kat dapur Azie nie bz sgt D5.. Blog pun lama tak update heheh ermmm setiap tahun mmg acara wajib kan Azie :D..

    BalasPadam
  6. saya petang ni baru nak singgah bazar Ramadhan sbb dah janji dgn anak bujang sy yg umur 7 tahun tu.. dia pun baru sekali pegi ke bazar dgn ayahnya baru2 ni.. cuma beli murtabak dgn roti john.. itu je lah feberet dia.. lain2 dia tak layan.. ptg ni barulah pertama kali nak pegi dgn saya pula.. hehe.. seblum2 ni masak je makanan simple kat rumah.. dptlah berjimat sikit.. minggu dpn mungkin kenalah singgah juga ke bazar sbb suami dah kerja shift siang.. kalau sy sampai lambat ke rumah ada juga makanan utk berbuka.. sebelum2 ni.. dia kerja shift malam.. jd sebelum sy sampai dia dah sempat prepare bahan2 nak dimasak.. jd sekejap dah siap masak..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.