Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

adsense

mobile adsense ads

10 Jun 2013

Villa Nur Qaseh Dalam Mingguan Malaysia




Oleh kerana semalam saya berada dalam keadaan cemas dan berdukacita dengan kehilangan Rizky, klik di SINI, maka saya langsung tidak berbuat apa apa selain hanya bersolat, berdoa dan mengintai ngintai Rizky di tingkap tingkap rumah dengan harapan untuk melihat kelibatnya. Hanya selepas solat Asar, barulah Rizky ditemui. Setelah itu, barulah saya mempunyai selera untuk makan sebagai persediaan berpuasa pada hari ini. Kami keluar makan di Giant sambil anak anak membeli barang barang keperluan masing masing.





Malam tadi, sewaktu saya sedang membaca berkenaan dengan peristiwa Israk Mikraj, hubby tiba tiba masuk ke bilik dengan membawa akhbar Mingguan Malaysia yang memang saya langsung tidak sempat membacanya. Haaa ada gambar gambar Villa Nur Qaseh di dalam ruangan Fotografi Dalaman rupanya. Itu pun selepas hubby menerima mesej dari kawan kawannya dalam facebook. Kalau ada yang membeli Mingguan Malaysia semalam, bolehlah membeleknya hari ini. Sebenarnya kami pun tidak diberitahu mengenai perkara ini. Jadi memang tak tahu langsung, jika tidak diberitahu oleh kawan kawan hubby.






Sebenarnya rumah kami ini biasa biasa sahaja, tiadalah sesuatu yang sangat istimewa. Kalau ada pun yang istimewanya kerana ianya dibina oleh saya dan hubby sendiri tanpa kontraktor, tanpa arkitek. Jadi kalau ada yang beranggapan rumah kami sangat mewah sehingga masuk majalah dan surat khabar adalah tidak benar sama sekali. Hakikatnya kami hanya lah orang biasa yang hidup dalam keadaan yang serba sederhana.


10 ulasan:

  1. indah mahligai villa kaseh seperti tuan!tahnniah kak zie

    BalasPadam
  2. saya ada baca kisah bagaimana Kak Azie & suami membina villa ini.. memang kagum dengan usaha itu...

    BalasPadam
  3. kak zie...rumah idaman...tahniah!

    BalasPadam
  4. Salam kak,
    Cantik rumah ni kak..so makna nya...rumah ni akak n husband bina sendiri?bertukang sendiri ke kak?teruja sangat ni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm,
      Kalau orang biasa bina rumah perlu ada kontraktor. Dalam kes saya ni, tak ada lah smp tahap bertukang sendiri. Bila dikatakan bina sendiri, maknanya tak ada kontraktor di lantik. Kami cari pekerja, urus sendiri, beri arahan sendiri, pantau sendiri, beli barang sendiri, bayar gaji sendiri. Tak logik lah untuk orang berkerjaya macam saya ni dok memegang paku dan tukul.

      Padam
  5. Salam dear...su dah baca pagi ahad dlm hati ckp cantik rumah ni tapi tak perasan pun rupanya rumah azie he2, anyway happy for u. Take care.

    BalasPadam
  6. ada gak masak..wow memang terbaiklah deko rumah kamu ni

    BalasPadam
  7. Sy dh bca mlm tdi n mlm ni bca lg, oh btoi tekaan sy ni mmg kdiaman azie...sy prnh bca majlh nona n blog jdi mcm prnah tgk..cuma lg klu bkn kdiaman azie , mgkin kdiaman nani rostam , itulah yg brmain dlm pkirian ini

    BalasPadam
  8. salam kak azie...saya tumpang lalu di blog kak azie...sedang cari resepi buat anak2...tiba2 termasuk di laman ni pula...cantiknya laman kak azie...teringin sangat nak ada laman macam tu...tapi belum berkemampuan...huhuhu...

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.

Geniee mobile ads