Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sabar Menanti






Macam tajuk drama pulak ya. Itulah umpamanya penantian saya untuk melihat pokok pokok bunga kantan saya berbunga. Malahan inilah pertama kali saya menanam pokok kantan kerana arwah ayah tidak pernah menanamnya. Maklumlah bunga kantan ni memang jarang sekali digunakan dalam masakan Kelantan, yang pasti di rumah saya lah. Cuma sejak akhir akhir ini ianya banyak digunakan sebagai ulam nasi kerabu yang mungkin disebabkan ulam ulam tradisional telah sukar dicari seperti pucuk ketereh, daun ppenna dsb.  



Ada cerita yang tidak menyeronokkan sebenarnya di sebalik pokok kantan ini. Itu yang menyebabkan saya ingin menulis sedikit berkenaan kehadiran bungan kantan yang ditunggu sekian lama. Pernah lah seorang menawarkan benih pokok kantan di rumahnya selepas saya memberitahu yang usaha saya mencari benih pokok kantan di nurseri di belakang rumah tidak berhasil. Tapi yang menyedihkan bila diberitahu beliau mengata ngata di belakang saya kekononnya saya kedekut sehingga pokok kantan pun mahu dapat percuma. Aduhaai orang macam ni pun ada juga di dunia ini ya. Selepas bercerita dengan Datin Ros, kawan baik saya lantas menawarkan benih pokok kantan di rumahnya yang dibawa balik dari kampungnya di Perak. 






Anak pokok kantan kecil yang diambil ini dijaga dan disiram dengan baik dari sebelum saya berpindah lagi. Bayangkan setelah lebih dari 2 tahun, barulah ianya mula berbunga. Wah gembiranya hati saya yang turut berbunga dengan senyuman menguntum dibibir melihat bunga warna pink mulai muncul di celah celah batangnya. 




Hasil tuaian pertama telah digunakan untuk memasak Asam Pedas Melaka di SINI. Puashati kerana akhirnya saya berjaya menanam Pokok Kantan dan berjaya menuai hasilnya. Maklumlah saya diberitahu yang ada pokok Kantan yang tak berbunga bunga walaupun dah bertahun usianya. Ada kawan saya yang mencadangkan supaya ditaburkan baja bunga untuk menggalakkan pokok kantan berbunga.







Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

16 ulasan for "Sabar Menanti"

  1. bestnya kak azi..oh pakai benih ye kak..zila ingat kot dapat pakai batang..zila nak cari jugak la..sedap kan masak asam pedas

    BalasPadam
  2. bestnya ada tanah boleh menanam...

    BalasPadam
  3. wahhh.. best ni ye.. siap tanam lagi... kalau nani balik kg, mmg nani cari bunga kantan.. bawa balik KL wat stock.. asben suka masak2.. :) macam2 menu dia letak bunga kantan bagi wangi..

    BalasPadam
  4. sabar ajelah kak...cuma kita tak seronok kan bila ada yg mengata2 di belakang. hikmahnya akak dah kenal hati budi orang tu mcmana. Lain kali kita akan lebih hati2lah dgn org yg mcm tu, tidak ikhlas hendak memberi. yelah, I pun tertanya2 juga ye, mcmana nk nk tanam dan membiakkan pokok kantan ni? benih dr anak pokok atau boleh dicucuk batangnya shj?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tanam guna anak tp Puan Jamaliah kat komen bawah ni kata hubby dia tanam guna batang jer. Saya pun selama ni, tak tahu boleh guna batang. Terima kasih atas perkongsian Puan Jamaliah

      Padam
  5. Seronok tengok kebun mini azie, muga akan bertambah2lah buahnya. Sedap buat ulam ni.

    BalasPadam
  6. Bestnya ada tanah boleh bercucuk tanam.

    BalasPadam
  7. hehe suami saya baru memotong bunga kantan! ia merebak dan tinggi menjulang!

    BalasPadam
  8. Seronok dpt nikmati hssil tanamsn sendiri..sy pun baru tanan bln desember lepas , tp kat luar kawsan rumah..

    BalasPadam
  9. Rajin nya Azie bercucuk tanam...kat rumah saya en somi yg suke menanam...pokok kantan ni pun ada dah berbunga sekali...tanam dgn btg je...eloklah Azie ada juga org tak kenal bunga kantan ni....Akak suka baca blog Azie...mcm2 ada...akak suka menulis tapi mase kurang sikit....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jamaliah,
      Saya pun baru tahu yg ia oleh ditanam guna batang. Terima kasih atas makluman.

      Padam
  10. assalam k.azie
    seronok kan dpt hasil yg dituai
    bahagia rasa he heee sy cuma blh tanam kat dpn rumah tepi jalan je pokok serai, daun kari
    w/pun bkn tanah sendiri tp alhamdulillah suka tgk
    bunga kantan bayk kat umah arwah tok sy tumbuh melata je, nak lagi skrg terbiar jememang byk membiaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun first time tengok kantan kat belakang dapur rumah mertua di kampung.

      Padam
  11. Assalamualaikum Kak Azie,
    Comey dok oh garden kak azie! semua pokok cute2 serupo tuannya kecuali pokok bunga kantan tu. tinggi betul! sy ada tanam pokok bunga kantan awal tahun ni, smp lor ni tak berbunga. risau juga. rupanya mmg pokok bunga kantan lambat berbunga yer?

    kak azie bubuh baja bunga ke?

    BalasPadam
  12. wah terbaikk ni.. seronok dapat makan hasil tanaman sendiri

    BalasPadam