Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

26 May 2013

Red Velvet Cheese Brownies




Sejak kebelakangan ini asyik tergoda dengan entri Red Velvet Cheese Brownies yang ditayangkan oleh sahabat saya, Shiela dari Spices Journey. Sebenarnya dah lama saya menyalin resepi dari blog omputih untuk mencubanya. Namun ianya asyik tertangguh. Lepas tu keinginan untuk menikmatinya terus hilang dari ingatan. Tapi demam Red Velvet Brownies seolah datang kembali sejak Shiela rancak mengambil tempahan kek dan kuih muih. Shiela memang tak lokek, kalau ada yang tak pasti saya akan mesej pada dia dan cepat sahaja dibalas. 

Hari minggu yang panjang bersempena dengan Cuti Wesak, saya mengambil peluang untuk membuat kek ini. Kalau dah teringin sangat nak makan, terpaksalah membuatnya sendiri. Tapi saya menggunakan resepi yang pernah saya cuba beberapa kali dan memang menghasilkan kek Red Velvet yang lembab dan menepati citarasa saya. Boleh klik di SINI. Untuk resepi lapisan cheese, saya menggunakan resepi Shiela. 






Untuk percubaan pertama ini memang lorekan di atas kek tidak berapa kemas dan halus. Tangan pun terketar ketar apalagi bila lubang piping bag dah terbesar, laju jer ianya jatuh. Lepas tu, masa simpan dalam peti, saya cover dengan plastic wrap dan tak perasan pulak yang ianya dah terkena permukaan brownies, jadi apa lagi warna merah tu dah menjadi comot. Lain kali kena guna loyang yang lagi besar, supaya kek tidak memenuhi loyang seperti hari ini. Namun begitu, brownies ini sangat sedap apa lagi di makan semasa sejuk sejuk. Kek nya sangat lembut. Pendek kata semuanya memang sedap.

Sebelum kita tengok resepi, apa kata kita jamu minda kita dengan sedikit ilmu petikan dari kuliah bulanan Ustaz Abdullah Lutfi Al Fathani. Ayat 37 Surah Al Qiamah yang menyebut manusia dijadikan dari hanya setetes air mani yang kemudian diproses menjadi segumpal darah. Semua manusia dijadikan dari air mani. Air mani adalah hasil satu bahagian dari makanan yang diproses. Semua makanan dan minuman datang dari tanah. Contoh Tembikai, beras yang menjadi nasi semua berasal dari tanah. Apabila makan, makanan akan diproses menjadi sebahagiannya sebagai air mani. Air mani perempuan yang aktif akan bersatu dengan air mani lelaki, dimasukkan ke dalam rahim. Kilang yang sangat mahal sehingga diberi nama dengan nama Allah. Kilang yang mengeluarkan manusia. Perkahwinan membawa produk yang mahal.

Hanya 3 ciptaan manusia yang Allah yang jadikan lain dari yang lain iaitu:

1. Adam yang dijadikan pure dari tanah. Allah memerintahkan malaikat mengambil tanah dari seluruh dunia. Bawa balik tanah yang berbeza. Campur dengan air, hingga menjadi tanah liat. Dijadikan rangka Adam, yang tingginya 16 hasta. Selepas 40 tahun rangka kering keras, baru Allah tiup roh ke dalam rangka Adam. Itulah juga dikatakan 40 tahun, adalah umur matang. Rasulullah juga diangkat sebagai Nabi pada umur 40 tahun. Badan Nabi Adam mengandungi tanah dari seluruh dunia. Oleh itulah, keluarnya roh zuriat Adam dalam berbagai warna.

2. Hawa dicipta ketika Adam keseorangan di dalam syurga. Allah mencabut tulang rusuk kiri Adam dan dijadikan Hawa. Hawa ada bapak, tapi tiada ibu. Bila Adam tidur, bila terjaga di sisinya ada Hawa.

3. Nabi Isa. Anak Maryam. Nabi Isa dilahirkan tanpa mempunyai bapa kerana Maryam belum pernah disentuh mana mana lelaki.

Sebenarnya dalam surah Al Qiamah banyak diceritakan tentang di mana manusia berada di ambang sakaratul maut, bila roh berada di kerongkong. Sakitnya sakaratul maut sehingga tercabut bulu roma dan kaki kiri dan kanan bertaut sebab menahan kesakitan. Jadi kita kena banyak berdoa: "Allahumma hawwin 'alaina fi sakaratal maut" semoga dipermudahkan semasa sakaratul maut. Ketika itu, semuanya sudah terlambat. Taubat pun tidak lagi diterima. Ketika itu, barulah mereka tahu yang mereka sekarang berada diambang perpisahan dengan dunia. Firaun pun ketika itu bertaubat selepas diperlihatkan segalanya semasa dalam keadaan tenggelam timbul di Laut Merah. Namun taubatnya tidak lagi diterima. Jadi Nabi berpesan supaya jangan hingga sampai saat itu, baru mahu sedar dan bertaubat. Dikatakan juga manusia yang berlagak sombong perlu ingat akan asal kejadiannya yang hanyalah dari setetes air mani seperti yang saya tulis di atas. Cukuplah dulu semoga ianya dapat dijadikan iktibar untuk diri saya sendiri dan semua pembaca. Jom kita tengok resepinya...



Red Velvet Cheese Brownies

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam 
2 sb cocoa powder 
1 1/3 cwn vegetable oil (atau 113gm mentega - dicairkan)
1 cwn buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cwn susu)
1 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik (saya guna 2 saiz B jer)
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda 

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

Satukan tepung gandum, serbuk koko dan garam sebelum diayak. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung.  

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang 4 persegi saiz 9x9 atau 10x10 inci yang telah diletakkan baking paper. Ketepikan lebih kurang 2-3 sudu besar adunan kek untuk dibuat corak atas lapisan cheese nanti. 

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 50 minit hingga 1 jam atau sehingga kek masak. Sementara kek dibakar, boleh sediakan adunan cheese.

Setelah kek masak, boleh ditekan tekankan sedikit kek jika ianya agak meninggi. Kemudian tuangkan adunan cheese dengan tak perlu disejukkan. Ratakan lapisan cheese.  






Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi ke dalam piping bag dan paipkan secara melintang sehingga habis. Kemudian lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih atau corak mengikut kreativiti masing masing. 





Sambung membakar selama 30 minit lagi atau hingga masak. Biarkan betul betul sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk. Akhir sekali dipotong dengan pisau yang dicelup dengan air panas dan lap sebelum digunakan. 






Lapisan Cheese

Bahan bahan:
350 gm cream cheese
1 cawan gula ising
1 biji telur gred A (saya guna gred B)
1 sb jus Lemon

Cara cara:
Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan. 

Nota:
1. Buangkan baking paper dari brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.
2. Utk membakar selepas dimasukkan lapisan cheese, boleh lah menggunakan api bawah sahaja apabila permukaan cheese mula menampakkan warna keperangan.
3. Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko). Shiela menggunakan tepung kek  yang boleh dibuat sendiri iaitu bagi 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan selebihnya dengan tepung gandum.
4. Utk mendapakan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yang dipanaskan terlebih dahulu.







39 comments:

  1. Kak azie, kenpa bila sy bakar cheese sy jd hangit, tak jadi cantik mcm yg kak azie buat.kena guna api atas bawa jugak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dah overcooked. Ada tips kalau cheese dah perang boleh bakar guna api bawah sahaja. Saya bakar cukup cukup 30 minit. Tapi dah tercomot sebab plastic wrap terlekat kat permukaan semasa disejukkan.

      Delete
  2. berapa suhu utk bakar cheese tu?

    ReplyDelete
  3. Azie, these brownies are lovely! I would like to try it too :)

    ReplyDelete
  4. mcm adp... smua menjadi jer

    ReplyDelete
  5. Salam puan, kalu x guna loyang loose..cmne nk kuarkan kek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Guna 1 kpg besar baking paper. Angkat keluar dengan baking paper tu

      Delete
  6. salam kak azie...
    wah,sedapnye RVCbrownies ni...blh try ni..:)

    ReplyDelete
  7. molek sggh kejadiannya kak...bleh la buat utk senarai tempahan ni kak..

    ReplyDelete
  8. nak tempah boleh ker..

    ReplyDelete
  9. Salam kak azie, kalo simpan cream cheese frosting lam fridge bole tahan sampai bila ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah simpan hingga 2 minggu. Ok jer

      Delete
  10. As salam kak zie,nk tanya color merah apa kak zie guna...cantik merahnya,jenis liquid ker powder
    -mastura-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna jenis liquid yang dibeli di City Bakers

      Delete
  11. Salam kak azie,
    sy guna parchment paper...tapi nape dia cam hangit ekk akak...xsama ngan baking paper ke kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Sama jer. Sebelum letak parchment paper tu, spray dulu loyang tu. Lepas letak, lagi sekali spray.

      Delete
  12. waaa....sedap gila tgok..^_^
    kena follow blog sis nieh...resepi best2..;)

    ReplyDelete
  13. Assalam kak azie.. nak tanya, buttermilk tu kena beli butter atau bancuh guna bahan yg tertera utk dijadikan buttermilk? kurang faham.. huhu.. Kalau nak buat kek sahaja xperlu bakar lgi sekali utk cheese kan kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat sendiri. Tengok sukatannya di dalam resepi

      Delete
  14. Dear... i bakar lapis cheese tuhh tpi mcm hangit jek... suhu sama tpi bwah saja... bt 30minit tpi tengah2 x masak... so i + 10minit lgik... mcm x chantik bila dia garing... x kuning cam u bt...
    huhuuu.. jealous

    ReplyDelete
  15. Satu adunan nie guna loyang brpa inchi?

    ReplyDelete
  16. sis, all purpose flour tuh tepung apa??? maklumlah br nk mengenal baking.... hehehehe

    ReplyDelete
  17. Trima kasih azie .dah try tapi cheese dia mcm kurang n brownies kering agakanya saya bakar lama sangat.apa pun trima kasih akan cuba lg n tambahkan adunan cheese bru sdp.😊

    ReplyDelete
  18. Salam Azie, macam mana nak dapatkan brownies yang lembut dan lembap? saya ada cuba semalam tapi brownies agak keras.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi ini memang lembut dan lembab. Ini jer resepi yg saya selalu gunakan.

      Delete
  19. Sedapnyeee..trima kasih atas perkongsiannya..barokallah

    ReplyDelete
  20. As salam kak azie..

    Resepi yg ni sama dgn red velvet kek tu kan..
    Dia akan naik tinggi mcm kek la juga ye?

    ReplyDelete
  21. As salam kak azie..
    Tekstur brownies ni akan jadi cakey la ye, mcm kek..?

    ReplyDelete
  22. Salam azie kalau guna shorthening ganti minyak sayur boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Different function. Tak pasti. Tapi boleh juga ganti dg mentega yang dicairkan

      Delete
  23. white distilled vinegar. sana ke dengan cuka biasa?

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah. Resepi ni sangat sedap dan lembut..menjadi wlpn pertama kali buat

    ReplyDelete
  25. Da cuba buat mmg best resepi ni,moist sgt2....thanks kak azie share resepi ni,muah ciked 😘

    ReplyDelete
  26. Salam Kak Azie, kat mana boleh dpt cuka suling putih tu ye?

    ReplyDelete
  27. Hi kak azie.. kalau letak baking powder dlm tepung gandumm,brownies akan naik d tgh2 tu kak. Saya punya la. Terlebih ke aper ow?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.