Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cerita Kerjaya Sebagai Pengurus Insurans Di Prudential





Kalau sebelum ini cerita berkenaan anak anak dan juga aktiviti ETHICA iaitu Persatuan Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya dipaparkan dalam majalah, kali ini saya ingin memaparkan cerita berkenaan dengan kerjaya hubby pulak yang tersiar dalam majalah Keluarga. Gambar muka depan majalah itu adalah isteri Roslan Aziz, bekas suami Dato' Sheila Majid. Siapa tak kenal Sheila kan? Penyanyi kecil molek yang punya suara lemak merdu dan masih kekal muda jelita dan mempunyai anak anak lagi dengan perkahwinan kedua beliau. Hmm teringat lagi lagu Sinaran nyanyian Sheila yang mengiringi saya dan hubby berserta rakan rakan lain di majlis makan malam tahunan Kolej Ketiga. Ketika itu, saya berada di tahun akhir pengajian. Kita tinggalkan cerita Sheila Majid dulu ya. 




My hubby dulu merupakan staf di UiTM Pahang sebelum berpindah ke UiTM Shah Alam. Selepas beberapa tahun bekerja, hubby melanjutkan pengajian di mana di ketika itulah hubby membuat keputusan untuk meletakkan jawatan tanpa sempat menikmati skim pencen untuk menceburkan diri sepenuhnya dalam bidang insurans. Keputusan yang dibuat adalah sangat tepat kerana dengan bidang ini, hubby mempunyai agensi sendiri yang membolehkan beliau bekerja dengan masa yang lebih fleksible. Selain dari income yang unlimited, setiap tahun juga boleh mengikuti percutian 5 star ke luar negara sebagai insentif. Kadang kadang sehingga 2 kali setahun. Jadi kalau ada sesiapa yang berminat, boleh email saya di azieshoppe@hotmail.com ya atau tinggalkan email. Terbuka untuk semua terutama anak anak yang baru menamatkan pengajian dan masih mencari pekerjaan. Semua latihan akan diberi dan juga financial assistance dalam bentuk elaun bulanan antara RM1500 - RM5000 juga ditawarkan untuk membantu agen agen baru yang ingin menceburi bidang ini. Jom tengok gambar yang dipaparkan dalam majalah tersebut.





Tengoklah muka saya dalam gambar gambar ini, agak berminyak ketika itu kerana saya balik dari Hospital Universiti Malaya melawat isteri Haji Azizan Darus yang kini telahpun meninggal dunia kerana serangan sakit barah. Sebaik sampai di rumah, wartawan telah menunggu, jadinya muka saya memang tak sempat di touch up tapi apa apa pun, shooting hari itu dibuat secara sempoi sahaja. Ala ala santai giteww.... Masih ingat lagi selepas majalah itu keluar, ramai rakan rakan di pejabat yang membeli majalah itu. 






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Cerita Kerjaya Sebagai Pengurus Insurans Di Prudential "

  1. itulah rezeki ketentuan Allah, hidup pn azie sekeluarga bertambah mewah bila suami bertukar kerjaya, suami pn 'berani berubah'.
    nampaknya family pn azie semua glamour, bukan saja puan dan anak2 masuk majalah, malahan suami juga.....

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..rezeki buat Kak Azie dan keluarga tu...bekerja sendiri ni, usaha dan semangat kita kena lebih kan kak..

    BalasPadam
  3. Salam Azie..

    Isteri adalah tunjang belakang kejayaan seorng suami. Tahniah!. Patutlah masa dok dig2 blog azie tengok muka husband azie macam familiar je. Pernah masuk majalah gitu. Btw saya dah cuba resepi kek buah kukus azie tu. Memang marvellous! Sila tengok di http://pdapor.blogspot.com/. TQ.

    BalasPadam
  4. suke tgok family kak azie,sume berjaya
    alhamdulillah...rezeki dr Allah :)

    BalasPadam
  5. Azie, you actually look pretty in the magazine photo. Congrats to your hubby for his success!

    BalasPadam