Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bekalan Di Alam Barzakh




Beberapa amalan yang mampu menambahkan pahala walaupun kita sudah meninggal dunia. Dalam sebuah hadis Riwayat Muslim Nabi bersabda jika telah mati seorang manusia, maka terputus amalan kebajikannya kecuali 3 perkara:

1. Sedekah jariah, iaitu sumbangan ikhlas kerana Allah yang mampu dimanfaatkan oleh manusia lain ketika si pemberi telah meninggal dunia. Selagi mana sumbangan itu masih dimanfaat oleh manusia lain, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh si mati di alam barzakh. Contoh, sumbangan membina masjid, yang diberi kepada masjid, sekolah dsb,

2. Ilmu yang bermanfaat. Setiap ilmu yang kita sampaikan terutama yang berkaitan dengan syariat Islam, maka pahalanya akan diperolehi berterusan di alam barzakh. Sabda Nabi, "sampaikanlah dari ku ilmu agama walaupun hanya dengan satu ayat" - Riwayat Al Bukhari.

3. Doa anak yang soleh. Apabila seseorang meninggal dunia, maka tiada doa yang mampu dijadikan saham akhirat melainkan doa anak yang soleh. Anak yang soleh mampu mendoakan kebahagiaan kita setelah kita kembali kepada Allah. Didiklah zuriat kita supaya mentaati segala perintah Allah dan RasulNya.

Semoga perkongsian ini, memberi manfaat kepada kita semua. Jom panjangkan kepada saudara kita sebagaimana sabda Nabi di atas.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Bekalan Di Alam Barzakh"

  1. Salam Azie, mudah2an apa yg kita kongsikan di blog, menjadi panduan pd saudara mara dan pembaca sekalian.

    BalasPadam
  2. As salam azie.. thanks for sharing. Mudah-mudahan kita sama-sama memberbanyakkan bekalan akhirat dan selalu didalam rahmat Allah swt. aminn.

    BalasPadam
  3. slm Kak Azie..terima kasih bkongsi ilmu tsebut..

    BalasPadam
  4. Asalamualaikum Azie,

    Terima kasih di atas cara cara membuat Rcv dalam jar...saya mulanya rasa takut meletop juga tapi dgn cara yang azie terangkan itu buat saya berani mencuba dan alhamdulilah menjadi dgn cantik. Botol tu saya beli dari kedai bakery ada bersaiz besar dan ada yang kecil...saya beli saiz kecil rm0.80 sebiji.

    BalasPadam