Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

ETHICA: Artikel Tulisan Azie Dalam Majalah Perempuan





Sebelum saya menulis lanjut, saya nak announce sedikit supaya pembaca semua yang belum membacanya untuk  klik di SINI bagi melihat entri berkenaan Adab adab Hari Jumaat. Dengan membacanya sahaja kita telah mendapat pahala. Bagi yang telah membaca, bolehlah dipanjangkan lagi ilmu dengan share kepada kawan kawan yang lain di blog atau di facebook supaya kita semua mendapat pahala yang mengalir secara berterusan. OK tak?

Haaa ini adalah satu lagi gambar dan artikel yang dimuatkan dalam majalah Perempuan yang saya olah dan tulis sendiri. Ianya berkenaan dengan majlis anjuran ETHICA iaitu Persatuan Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya. Majlis yang dinamakan Sireh Pulang Ke Gagang adalah di mana ahli ahli ETHICA bersama keluarga masing masing telah bermalam di asrama. Terdapat pelbagai acara yang disediakan termasuklah sukaneka dan majlis makan malam yang dirasmikan oleh Dato' Mohd Shafie Abdullah selaku Penasihat ETHICA. Untuk rekod, ETHICA dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Tujuan majlis diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada anak anak tentang kehidupan kolej juga untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli ETHICA. Diadakan juga lawatan di sekitar kampus untuk anak anak ETHICA. Heee detail kenalah baca sendiri, itupun kalau majalah tersebut masih tersimpan di rumah kawan kawan semua. Jom saya letakkan gambarnya di bawah. Tengok anak saya dalam gambar tu, siap bawa handbag lagi, hahaha





Inilah gambar gambar yang terdapat dalam majalah Perempuan yang sempat saya snap kembali untuk tatapan dan kenang kenangan terutama ahli ahli ETHICA yang mungkin dulu tak membelinya.





Hingga berjumpa lagi di dalam siri cerita majalah lama, salam sayang untuk semua...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "ETHICA: Artikel Tulisan Azie Dalam Majalah Perempuan "