Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Selamat Menjalani Program Induksi, Dr Nana Ain






Sebelum meneruskan coretan berkenaan anakanda kesayangan, saya ingin meminta kerjasama pembaca blog Azie Kitchen untuk sudi kiranya KLIK iklan Nuffnang sekiranya ada dipaparkan di bahagian atas, tepi atau bawah blog ini. Ya lah, sambil melayan mata dengan resepi dan gambar gambar masakan, elok juga jika kita dapat berbuat amal jariah dalam masa yang sama. Sejak mula mula mempunyai blog sendiri, itulah azam saya iaitu untuk memyumbangkan kepada pihak pihak yang memerlukan. Kenapa saya menulis berkenaan perkara ini, di ketika ini? Hmm mungkin juga saya terpanggil selepas menghadiri majlis tahlil di Pusat Tahfiz Darul Atiq malam minggu yang lalu. Saya merasa sangat insaf kerana di kala kita bersenang lenang, ada pihak yang perlu dibantu demi menegakkan agama Islam di mukabumi ini. Sesungguhnya sedikit sumbangan yang kita beri, sangat membawa erti selepas kita tiada lagi di dunia ini. Bak kata Ustaz Don Daniyal, "OK, boleh?" Sekarang kita bertukar topik pulak.

 
Hari ini saya mengambil cuti untuk ke Felda Residence di Trolak. Pertama kali menjejakkan kaki ke Trolak ialah sewaktu mengikut sahabat kami Raja Zulkifli dan kawan kawannya bermandi manda di Felda Hot Spring Sg Klah pada Disember 2009. Pada masa itu, kami tak dapat menggambarkan bagaimana keadaannya sehingga saya membawa pakaian dalam bag pakaian seolah untuk bertugas rasmi di luar kawasan. Sedang orang lain hanya membawa bag sandang yang santai sahaja. Pada masa itu, selain anak anak saya juga membawa 2 orang anak saudara iaitu Lokman dan Syahirah.
 
Kali ini, saya ke sini lagi walaupun tidak masuk ke kawasan hot spring yang terletak tidak jauh dari Felda Residence. Kali ini tujuannya bukan untuk beriadah tetapi untuk menghantar anakanda kami, Dr Nana untuk menghadiri kursus induksi program latihan siswazah housemanship selama 4 hari bermula 4 Mac di Felda Residence. Ini adalah satu lagi detik sejarah dalam hidup Nana dan kami sekeluarga. Saat yang ditunggu kian hampir kerana sebaik menghabiskan kursus induksi, Nana akan mula ditempatkan di hospital sebagai Pegawai Perubatan. Syukur Alhamdulillah, saya merasa sangat bangga dan sangat terharu atas kurniaan ini.
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Selamat Menjalani Program Induksi, Dr Nana Ain"

  1. Hi Kak,

    All the best to Dr Nana. Is that her new car?

    No problem kak, I will click more on the nuffnang adverts :)

    Sally

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you, Sally for the support and understanding. That is not her car. She will be driving her dad's car to work as I encourage her to invest in the landed property first.

      Padam
  2. Congrats nana,

    Already click sis and will always do he2. Kalau untuk amal jariah why not kan bekalan untuk akhirat.

    Salam Ukhwah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Su. Spt Ustaz Don pernah kongsikan dalam satu ceramah beliau supaya diselitkan apa yg kita buat dg mengingati Allah supaya kita sentiasa mendapat pahala. Contohnya: Masya Allah sedapnya kuih ini, Alhamdulillah kerana dapat menikmati makanan yg enak ini. Maknanya di samping makan, kita juga mendapat pahala

      Padam
  3. salam akak
    nak tnya, kena guna mixer @ boleh gune tangan jek
    sebab sy tgk method die simple sgt mcm muffin yg cmpur wet & dry ingredient jek
    tq akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Penyediaan muffin memang sgt mudah. Satukan bahan bahan kering, satukan bahan bahan basah dan akhir sekali, satukan kedua duanya. Penyediaan muffin, boleh menggunakan spatula jer atau hand whisk. Tapi yg ini, kami guna mixer utk putar gula dan butter, telur. Buah dimasuk dan dikaup balik dg spatula sahaja

      Padam
  4. tahniah serta tumpang gembira kak zie..moga nan kuat semangat..yerlah bukan mudah menjadi seorang doktor!sesukar menjadi pramugari spt sy dulu..byk memakan jiwa dan raga...kena kuat dgn fizikal diri sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Betul tu. buka sahaja perlu berhadapan dengan supervisor tapi juga pesakit yg mungkin mempunyai pelbagai karenah. Maklum, bila sakit, behaviour juga akan berubah

      Padam
  5. tahniah buat nana. semoga nana dapat berbakti kepada masyarakat luar sana. dah dapat tau hospital mana dia akan bertugas kak azie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Dalam beberapa hari lagi, her posting will be finalised

      Padam
  6. tahniah..moga Dr Nana Ain akan menjadi seorang doktor yang sentiasa membantu mereka yang memerlukan

    BalasPadam