Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

18 Mar 2013

Ikan Bilis Sambal Jawa





Satu hari saya makan sambal Ikan bilis yang sangat sedap di cafetaria tempat saya bekerja. Sejak itu, baru saya tahu yang ianya dinamakan Sambal Jawa. Kebetulan hari itu, diletakkan sekali petai yang dihiris halus. Memang lah sedap tapi bila makan waktu makan tengahari dan petangnya masuk mesyuarat, maka mulut pun berbau petai. Terpaksalah elakkan dari bercakap rapat dengan kawan kawan.


Hari Sabtu lepas, saya memasak sambal jawa untuk digandingkan dengan Gulai Udang Dengan Batang Keladi di SINI dan Paru, Jantung dan Hati goreng kicap di SINI. Tujuan asal ialah untuk menghabiskan stok ikan bilis yang telah siap dikopek. Tapi bila sudah digoreng, ikan bilis yang dah lama terdedah dalam peti sejuk menjadi sangat keras. Oleh kerana bahan sambal telah ditumbuk, terpaksalah menggunakan ikan bilis yang baru. Memang sedap Sambal Jawa ni walaupun bahannya tak cukup. Kalau ada petai, rasanya lagi lah sedap, lagilah meletop. Meletop macam rancangan TV popular yang dihoskan oleh Nabil dan Neelofa.

Jom tengok resepi ringkas yang diajar oleh Nani yang katanya selalu disediakan oleh Pembantu  Rumah beliau dulu yang berasal dari Jawa. Selain dimakan dengan nasi putih panas panas, rasanya sambal jawa ni sedap juga dimakan dengan kuah lontong. 



Ikan Bilis Sambal Jawa

Bahan bahan:
Ikan bilis - goreng garing
Petai - hiris nipis (tak letak sb tiada stok)
4 biji cili hijau
4 ulas bawang merah
1 biji bawang besar - mayang
Gula
Garam

Cara cara:
Tumbuk cili hijau bersama bawang merah hingga halus. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan petai dan goreng seketika.

Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng, bawang besar, garam dan gula. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi panas panas. Boleh juga dimakan dengan roti.




Selamat menjamu selera....



9 comments:

  1. Erm Nampak sedap sambal jawa nie, mmg suker menu camnie :D...

    ReplyDelete
  2. hohoho!!.. sedap ni.. kalau saya takyah lauk lain dah..

    ReplyDelete
  3. salam singgah kak azie...

    alahai... izan n suami kalau ada sambal jawa ni mmg laju dan bertambah je makan nasi kak azie. walaupun suami bukan anak jawa,dah mengikut favourite isterinya ni...

    ReplyDelete
  4. buka2 blog lauk ikan bilis goreng pulak ermm sedapp..rasa2nya kesukaan ramai ni kalau nak tukar selera, kdg2 su letak kicap sikit tanpa garam.

    ReplyDelete
  5. Ikan bilis mahal sekarang Azie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sgt mahal. Kalu beli di Giant, bk yg tak elok. Dulu beli di Langkawi, dpt yg elok

      Delete
  6. Azie..nk tanya laa..resepi ni mmg xletak air asam jawa kerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak letak. Tapi kalau letak pun boleh. Ikut citarasa masing masing.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.