Iklan Nuffnang

Iklan

23 Feb 2013

Sambal Ikan Bilis







Entah kenapa lah nasib saya, hari ini semua perkara dirancang dan dibuat serba tak kena. Selepas solat subuh, saya baring baring sambil mendengar ceramah di youtube dan langsung tertidur. Bila terjaga sudah hampir pukul 9 pagi sedangkan kuliah tafsir bermula seawal 8.30 pagi yang bermula dengan solat Dhuha. Saya yang bangun dalam keadaan terkejut, mulalah kepala berdenyut denyut. Berlari turun dan terus ke dapur untuk mengambil agar agar yang saya minta Nana sediakan petang semalam untuk dibawa ke masjid. Alangkah terkejutnya melihat agar agar yang lembik tak menjadi. Sebab kecewa, saya duduk di sofa dan mood mula hanyut ke laut. Saya pun menelefon mak cik urut minta datang urut selepas orang yang sepatutnya datang urut tak mahu datang atas alasan saya menukar ke pukul 10 pagi. Saya menukar waktu kerana bercadang untuk berurut selepas balik dari surau. Apa apa pun kalau tak setuju, beritahu sahaja lah, bukan mendiamkan diri. Lepas tu, menuduh saya garang pulak. Macam mana saya tak naik angin, hantar sms tak berjawab, alih alih kata tak jadi pulak. 


Selepas berurut, saya masuk ke dapur untuk menyediakan sambal ikan bilis seperti yang dibawa oleh kawan sepejabat saya, Haji Asmaddin semasa majlis makan makan minggu lepas. Beliau telah membawa Ubi Kayu dan Ubi Badak rebus yang dicicah dengan kelapa dan sambal ikan bilis. Teringin pulak nak makan Ubi Keling bila Haji dok bercerita yang rancangan asal beliau untuk membawa sekali ubi tersebut.  Ooh takut sentimen sebab nama ubi tu yer, Haji? Mesti ada sebab ianya dinamakan sebegitu. Hahaha apa apa pun memang teringin kerana memang dah lama saya tak makan Ubi Keling ni. 

Saya sangat sangat suka makan Sambal Ikan Bilis yang agak kering dan berulang kali meminta nombor telefon isterinya kerana saya ingin belajar cara cara menyediakan sambal tumis seperti itu. Isteri Haji Asmaddin yang saya panggil sebagai Kak Zan memberitahu yang sambal itu dimasak oleh kawannya yang memang handal dalam bab memasak Sambal Ikan Bilis. Namun Kak Zan sudi berkongsi berdasarkan apa yang dipelajari dari sahabatnya itu. Dari apa yang Kak Zan ajar, saya cepat cepat menyalin ke dalam ipad. Bawang merah kisar yang Kak Zan gunakan adalah sebanyak 1 botol nescafe saiz sederhana. Terima kasih tidak terhingga kerana sudi berkongsi resepi. Di bawah ini ialah gambar sambal ikan bilis yang Haji Asmaddin bawa ke pejabat dan dimakan dengan Ubi Badak.... ala ala klass kau, Maria giteww





Hmm tapi sambal saya hari ini tak menjadi sesedap sambal yang Haji Asmaddin bawa. Entah apa yang tak kena agaknya, ikan bilis menjadi agak liat dan sambal juga tidak kemerahan. Addoooi kecewa lagi saya hari ini. Kena bersabarlah banyak banyak ni, tarik nafas Azieee.... Kalau ada yang nak cuba, bolehlah tengok resepi di bawah, dalam kes saya ini bukan salah resepi tapi salah tukang masaknya yang memang tak pandai sangat memasak...






Sambal Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

1/2 kg ikan bilis - basuh dan tos
2 senduk bawang merah kisar
1 ulas bawang merah - mayang
1 ulas bawang putih - mayang
2 sudu besar cili kisar (atau ikut yg disukai)
1 biji bawang besar - mayang
Sedikit air asam jawa (guna asam keping)
Garam
Gula

Cara cara:
Ikan bilis dibasuh secara disiram. Goreng separuh masak atau sehingga layu. Masukkan 1 ulas bawang merah dan bawang putih yang dimayang. Goreng bersama ikan bilis supaya wangi. Angkat dan ketepikan.

Tumis bawang merah yang dikisar sehingga kekuningan sebelum dimasukkan cili kisar. Masak sehingga cili betul betul garing.

Masukkan ikan bilis yang digoreng dan sedikit air. Masaklah lama lama sehingga air kering yang bergantung kepada kesukaan masing masing.

Akhir sekali masukkan bawang besar yang dimayang, asam keping, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.



15 ulasan:

  1. sekali tengok sambal ni macam sambal nasi lemak kelantan pulak kak azie, tak pekat sangat dengan bawangnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ker Cheq Sue tengok gambar yg saya masak atau gambar yg kawan saya bawa

      Padam
  2. Like the picture, mesti sedap. Anyway, memang akan ada hari yang apa saja dibuat serba tak kena kan, Chill yer kak Azie. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, ada hari yang serba tak kena kan. Mmg nak menguji kesabaran kita

      Padam
  3. Azie, I love sambal ikan bilis very much but somehow I am just too lazy to cook it myself. Orang malas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, hope still not too late to wish you a Happy Chinese New Year.

      Padam
  4. Salam k.azie,

    Moga mood dah ok harini,. Ermm sambal ikan bilis n ubi rebus mmg mantopp he2..baru gak buat kena plak dgn ikan kering goreng walla! Take care k.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Su,
      Biasalah umur mcm ni, mood ada up and down

      Padam
  5. Assalamualaikum...klu ada ketupat sedap juga buat cicahan sambal bilis ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Hari tu, my friend juga bawa ketupat palas utk dicicah dg sambal ikan bilis

      Padam
  6. Ada la hikmahnya berlaku serba tak kena tu Azie... nak dpt durian runtuh barangkali... hehehe... sedap nmpk sambal ikan bilis tu... kalau cicah lempeng nyiur pon sodap tu...

    BalasPadam
  7. Salam k.azie.. berbalik pada sambal tumis ikan bilis nie, ada org cakap kalau masak tumis2 ni kita kene letak gula melaka (nise) baru tumis kite jadi warna merah terang dan tak de lah kite taruk cili boh banyak2 sbb nak bg nampak merah.. x g2 k.azie? sy ni x de lah pandai masak sgt. baru nk belajar.. pastu kalau nak tumis tu kene letak cili boh (lada kisar) dulu tumis2 dah garing baru letak bawang kisar...

    izati-kemaman :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Izati,

      Saya biasanya utk bagi sambal nampak cantik, selepas cili garing, saya akan masukkan gula terlebih dahulu sebelum dimasukkan lain lain bahan. Itu yg saya belajar dg kawan dan diamalkan sehingga kini

      Padam
  8. kak zie!kalau sambal bilis kering dari wan yg ajar..kena tumis cili sebaik mungkin..betul letakkan sedkit gula semasa menggoreng..atau aka cari cili yudi dari china yg besa dan lebar..yudi manis..mmg sedap..entah2 kawan akak ni guna cili tu...hal ikan bilis lemau tu senang jer...goreng garing ikan..kemudian gaulkan ke dalam sambal yg masih di masak di dalam kuali..kalau nak tahu bilis dah garing..bunyi ikan bilis semakin diam..maknannya boleh di angkat....

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.