Iklan Nuffnang

Iklan

14 Mac 2013

Puding Trifle Untuk Majlis Harijadi Di Pejabat






Sebelum bercerita berkenaan dengan Puding Trifle, saya ingin terlebih dahulu berkongsi sedikit intipati kuliah zohor yang disampaikan oleh Ustaz Ibrahim Mohamad. Saya sebenarnya masuk agak terlambat jadi banyak yang telah terlepas. Namun saya bernasib baik apabila kawan saya, Linda seolah olah mengetahui kekecewaan saya telah tanpa diminta menghantar email memberikan ringkasan kuliah tadi yang mana Ustaz Ibrahim memetik 1 hadith dari Riwayat At Tirmizi:- 

Rasulullah s.a.w bersabda: Di dalam syurga ada 1 bilik dan bilik ini boleh dilihat dari luar dan dalam. Hanya orang yang mengamalkan 4 perkara ini boleh mendiami bilik tersebut:

  • Orang yang memperelokkan kalamnya (tutur katanya)
  • Orang yang memberi makan (kepada tetamu, surau, jiran dengan makanan yang baik-baik)
  • Orang yang berpuasa pada 13, 14 dan 15 haribulan Islam setiap bulan.
  • Orang yang bersolat malam kerana Allah


Selain itu, diceritakan juga untuk kita memperolehi 1000 pahala setiap hari adalah dengan mengamalkan bacaan tasbih sebanyak 100 kali sehari. Bukan sahaja dapat pahala, tetapi juga 1000 dosa akan digugurkan. Puasa di hari hari tasyrik memberikan 10 pahala, jadi kalau 3 hari sudah menyamai dengan 30 pahala yang sama dengan sebulan berpuasa.  Akhir sekali diceritakan tentang ramainya kaum wanita di dalam neraka. Jadi kaum muslimah digalakkan memperbanyakkan beristighfar dan bersedekah.  Semoga kita sama sama mengambil iktibar dari kuliah yang disampaikan ini dan mula mengamalkannya mulai hari ini juga. Jangan bertangguh tangguh kerana sesungguhnya kematian akan menjemput kita bila bila masa sahaja.





OK sekarang kita beralih pulak kepada Puding Trifle yang saya sediakan hari ini sempena majlis harijadi dan makan makan di pejabat. Rakan rakan seksyen saya mencadangkan supaya saya memasak sejenis kuih muih kerana tidak mahu membuat order seperti biasa.  Lalu, saya membuat keputusan untuk menyediakan Puding Trifle kerana ramai ramai dapat menikmatinya sebagai dessert. Lagi pulak, saya yakin pasti ada antara kawan kawan saya yang belum pernah merasai keenakan Puding Trifle. Jadi kami berkongsi modal membeli bahan bahan untuk menyediakan puding ini.





Alhamdulillah keputusan saya tepat kerana kawan kawan semuanya menyukai Puding Trifle yang disediakan. Kembang hidup jap bila ramai yang memuji keenakannya. Kalau mahu melihat resepinya, boleh klik di SINI dan di SINI atau lihat jer di bawah. Sangat mudah menyediakannya cuma ianya melibatkan kos yang agak tinggi kerana bahan bahan yang digunakan adalah bahan yang mahal. Namun berbaloi kerana ramai menyukainya.





Puding Trifle 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek kek pound
2 kotak jelly (merah dan hijau)
1 tin buah buahan dalam tin
1 tin susu cair
1  tin air
7 sudu besar gula
4 sudu besar kastard + 1/2 tin air
300 ml Whipped cream
Buah strawberry
Trifle bowl

Cara cara:
1st layer; susun kek pound yang dah dipotong nipis kecil kecil dalam bekas. Tuangkan air buah buah tadi ke atas kek. Boleh juga disapu jem di dasar dan keliling bekas sebelum dimasukkan kek.

2nd layer;  masak 1 kotak jelly warna merah dengan 2 mug air hingga hancur. Tuangkan jelly atas kek tadi. Masukkan buah buahan atas jelly. Tuang lagi jelly atas buah buahan koktail. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan sekejap. Lebihan jelly dimasukkan dalam bekas kecil dan boleh diwarnakan hijau, jika suka.

3rd layer; Masak 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula sampai mendidih. Sambil tu, bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin air. Bila susu mendidih, slowkan api dan  masukkan bancuhan tepung kastad, kacau sampai pekat. Tuang kastard atas lapisan jelly yang dah keras. 

4th layer; Letak whipped cream atas kastard yang sudah agak mengeras sehingga memenuhi semua permukaan.  

Akhir sekali jelly dalam bekas kecil dipukul dg small whip dan sudukan jelly hijau di sekeliling bekas. Kemudian susun buah strawberry di tengah tengahnya. 








14 ulasan:

  1. memang sedap trifle ni..nak buat kena rajin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa apa pun kena rajin lah kan

      Padam
  2. saya tak pernah buat puding trifle, makan pun tak berapa... seronok tengok orang buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tunggu ada majlis baru boleh dibuat puding trifle kerana satu adunan boleh dihidangkan untuk berbelas orang. Kalau sendiri, mungkin tak berbaloi takut tak dapat dihabiskan

      Padam
  3. suke puding ni..di sediakan pd ari raya ajer...puding y pernah buat ialah ala-ala english di panggil kek lapis berjeli..lapisan kek dan jeli menggunakan 4 jenis agar2 berperisa...pun sedap juga walaupun budget mahal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kek kek yg sebegini sesuai dibuat utk majlis ygmelibatkan ramai tetamu. Berbaloi dg kos sb dihidang utk ramai

      Padam
  4. wahhh kak meriahnya dengan makanan...suka suka

    BalasPadam
  5. sedapnya... suka makan yang ni.. tapi tak pandai buat pun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pandai buat, boleh order. Buat dalam bekas kecik kecik

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.