Iklan Nuffnang

Iklan

14 Feb 2013

Patah Seribu Shila Amzah





Hmmm kebelakangan ini banyak artikel yang ditulis berkenaan kemelut perhubungan cinta antara Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad. Setiap kali ada artikel berkenaan perkara ini disiarkan di facebook, surat khabar dan majalah, saya tidak ketinggalan membacanya. Walhalnya sebelum ini, saya langsung tidak meminati Shila apalagi nak mengikuti kisah percintaan mereka. Saya hanya mengikuti kisah Shila selepas mengetahui lagu Patah Seribu yang menyebabkan saya sebak setiap kali menonton filem Istanbul Aku Datang dalam astro first. Saya menontonnya berpuluh kali sehari kerana kebetulan langganan dibuat sewaktu sedang bercuti sakit. Saya dapat merasakan kesedihan dan kekecewaan saya suatu ketika dulu berulang kembali seperti mana lakonan Lisa Surihani. Kepedihan dan kelukaan itu tetap kekal parutnya sehingga kini.



Berbalik kepada cerita Shila, saya selama ini tertanya tanya apakah ibubapa Shila tidak menegur apabila dia secara terbuka menunjukkan kecintaan terhadap Sharnaaz di majlis majlis anugerah sedangkan mereka belum mempunyai sebarang hubungan rasmi. Apabila ibubapa Shila tidak bersuara, saya berpendapat yang mereka merestui hubungan keduanya. Siapa saya untuk merestui atau tidak hubungan mereka walaupun saya sebenarnya tidak berkenan dengan perhubungan itu. Saya tidak mahu mengulas kenapa dan apa alasannya kerana saya hanyalah salah seorang peminat dunia hiburan yang mengisi masa masa bila diri dilanda kebosanan sahaja. Bukan peminat tegar dunia hiburan seperti mana saya di zaman remaja dahulu.

Apa yang ingin saya sebutkan di sini ialah saya gembira apabila Shila tidak membelakangkan kedua ibubapanya di dalam kemelut ini. Inilah keputusan terbijak yang Shila ambil. Saya sebagai seorang ibu yang mempunyai anak remaja pastinya ingin memastikan anak anak saya mendapat jodoh dengan lelaki atau perempuan terbaik. Lebih lebih lagi anak perempuan, harus memilih lelaki yang boleh membimbing ke jalan agama kerana sesungguhnya itulah arah dan jalan kehidupan yang abadi. Hanya dengan restu ibubapa, anak anak akan mendapat kebahagiaan dalam hidup berumahtangga kerana ibubapa tahu apa yang terbaik berdasarkan pengalaman yang telah dilalui dan dialami. 

Dengan usia yang kian meningkat, saya mendoakan supaya anak anak saya ditemukan jodoh dengan lelaki yang beriman dan bertaqwa. Saya tidak lagi heran dengan kekayaan duniawi kerana saya sendiri telah berpeluang merasainya seadanya yang pada saya, ianya cuma kejayaan yang tidak menjanjikan apa apa. Tidak lebih dari permainan dan kepura puraan semata mata. Cukuplah sekadar mempunyai jawatan, tempat tinggal, kenderaan dengan tidak perlu menjadi kaya keterlaluan ataupun jutawan. Jika masa dapat dikebelakangkan, saya pasti menghantar kesemua anak saya ke sekolah agama supaya mereka menjadi al Hafiz dan Hafizah. Saya sendiri juga ingin mengubah banyak keputusan yang telah saya buat di masa lalu. Namun apa daya, di masa yang tersisa ini, saya hanya mampu merintih yang hanya Allah Maha Mengetahui segala yang tersirat.... Serius saya sangat kuatir kalau saya menjadi seorang yang menzalimi diri sendiri. Tolonglah hambaMu yang tidak terdaya lagi, Ya Allah.

6 ulasan:

  1. assalamualaikum. kak zie saya sokong pendapat akak.. mohon restu dan doa ayah bonda agar hidup mendapat keberkataan didunia dan akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Putus cinta adalah sesuatu yg amat menyakitkan namun pasti ada hikmah disebaliknya. Hikmah dirasai hanya selepas kesakitan berlalu. Semoga Shila belajar dari kesilapan lalu. Carilah orang yg beriman sebagai teman hidup.

      Padam
  2. Restu mak ayah tu penting....tp pelik dgn situasi shila dan shahnaaz, sejak shila berjaya baru perasan mak ayah dia mengongkong itu ini. Dulu cam diam je, nampak macam restu je hubungan dorang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. dulu mereka diam jer seolah merestui.

      Padam
  3. Salam Kak
    Betul kata Cik Kamoo ... kemelut bermula selepas kemenangan Shila di China tempohari. Nampak macam mereka pilih darjat pulak lepas tu..saya rasa semua pihak ada salahnya..kalau duduk berbincang, tak mustahil mereka boleh ke jinjang pelamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya semalam google gambar depa sebab nak letak dlm blog ni. Mcm dah lama mereka berkawan rapat dan tiada apa apa tanda menunjukkan keluarganya tidak merestui. Tapi mungkin bila hubungan semakin serius, keluarga Shila mula membuat penilaian semula. Lagi pulak, orang panas baran ni susah nak berubah. Mana mana ibubapa pun risau utk melepaskan anak kpd orang yg sebegini. Yang penting Shila mengikut kehendak orang tua. Saya tak suka cara Sharnaaz yg seolah mengajar Shila utk melawan kehendak ibubapa. Sedang anak gadis akan berada di bawah tanggungjawab ibubapa selagi belum berkahwin.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.