Iklan Nuffnang

Iklan

20 Feb 2013

Di Sini Tempat Belajar Erti Kehidupan





Hari ini saya ingin berkongsi berkenaan rumah di mana saya dibesarkan dan menghabiskan zaman remaja dengan penuh keceriaan. Di rumah ini saya mengerti erti kehidupan dan menerokai alam semulajadi. Di sini tiada erti kedukaan dan kepahitan melainkan semuanya indah indah belaka.



Rumah papan di Kampung Tangok ini terletak 1 batu dari Pekan Jelawat dan 5 batu dari Pekan Bachok. Di rumah ini saya diajar dan disediakan untuk menjadi seorang khalifah Allah. Di rumah ini, saya diajar mengaji al Quran dan di sini juga saya dilatih bersolat secara berjemaah di mana terdapat satu sudut yang dikhas untuk tujuan itu. Rumah ini hanya mempunyai 2 bilik, dan satu ruang tidur tambahan, dapur kayu, ruang makan keluarga dan ruang tamu yang agak luas. Dapur kayu inilah tempat bonda memasak makanan untuk menjamu dan membesarkan kami adik beradik menggunakan periuk kuali yang hitam melegam. Khas untuk saya, disediakan satu pinggan besi yang tidak akan digunakan untuk sesiapa.  

Sejak mengenal erti hidup, di sinilah saya bermandian air hujan di sekeliling rumah, mengutip buah gemia aka kundang, main sorok sorok di rumah kecil tempat simpanan padi. Rumah ini dikelilingi oleh pokok kelapa, reban ayam di tepi, pokok buah buahan di hadapan rumah yang terdapat kandang lembu yang membekalkan baja untuk pokok pokok bunga yang menjadi hobi saya. Terdapat pokok saga yang besar tempat saya mengutip biji biji saga. Semasa kecil, rumah kami tiada kemudahan air paip, jadi kami bersama dengan jiran berkongsi air telaga yang terletak agak jauh dengan perlu menuruni cerun. Apabila musim hujan, telaga itu juga akan dipenuhi air dan kita hanya perlu menceduk dengan tangan. Bayangkan betapa jauhnya untuk mendapatkan bekalan air. Air yang dibawa naik akan disimpan di dalam tempayan yang sangat sejuk sedap dan nyaman bila diminum. Waktu itu, air minuman kami adalah air yang diambil dari tempayan tersebut dan tidak pernah dimasak terlebih dahulu. Alhamdulillah, tiada pulak kami diserang sakit perut, cirit birit dan sebagainya. Apabila saya meningkat remaja, kami dan jiran jiran telah berpakat untuk membina telaga yang terletak di belakang dapur rumah kami. Telaganya sangat dalam iaitu berbelas belas keping konkrit telaga digunakan. Tetapi masa itu, abang abang yang sudah bekerja telah membeli alat pengepam air yang membawa terus ke paip tempat mandian yang ditutup dengan menggunakan zink. Di sinilah tempat saya membasuh baju dan baju abang saya. Di tepi telaga ini juga terdapat ampaian tempat saya menjemur kain baju.

Di kampung ini lah, saya mengenali dan menikmati segala makanan yang saya rindui sehingga kini. Di sini juga saya menghabiskan waktu petang dengan menunggu ais krim di hadapan rumah Wak Siti. Menunggu ikan yang dijual dengan basikal.  Di kampung ini, saya ke madrasah untuk bersolat Terawih semasa bulan Ramadhan. Di ketika ini juga saya sempat menjeling seseorang yang saya "adore". Pendekkata di sinilah erti kehidupan. Saya dihadiahkan sebuah basikal selepas jatuh berkali kali semasa belajar basikal. Dengan basikal itu, saya menjelajah ke mana mana sahaja yang saya kehendaki tanpa ada rasa  bimbang akan keselamatan diri. Saya mencari ikan segar yang baru naik dari laut di Pantai Melawi, Pantai Baru, mencari majalah di Pekan Bachok dan mencari mee goreng di Pekan Jelawat. Kemudiannya belajar motorsikal secara curi curi dan nyaris kemalangan apabila hanya pandai menekan brek motor. Hampir kemalangan lagi apabila clutch motor tidak dipastikan dalam keadaan sepatutnya. Dengan itu, saya terus bersara sehingga kini dari menunggang motosikal.

Di kampung ini, saya menemani arwah ayah menaiki perahu untuk mengangkat udang di dalam bubu atau dipanggil gogoh yang merupakan pendapatan sampingan kami. Selepas balik dari sungai, saya perlu menjaja udang di sekeliling kampung. Aktiviti yang paling saya tidak sukai, bukan apa tapi mallluuuu. Di sinilah saya dapat makan buah nipah yang saya rindui sehingga kini. Di sini tempat saya bermain di tengah jambatan kayu terapung merentangi sungai yang panjang memisahkan kampung kami dengan Kampung Kuau. Di sini saya mengutip buah kemuning, buah jembal untuk di makan dan juga mengait kumbang dari pokok pokok untuk dibuat mainan. Seperti budak lelaki saya keluar ke tepian sawah dan telaga yang ditinggalkan untuk mencari ikan laga dan memancing.

Di rumah ini saya mengasah bakat dengan Televisyen, alatan radio dan alat pemain piring hitam di mana saya suka menyanyi dengan kuat sehingga orang yang lalu berhampiran rumah memikirkan kalau ianya dari radio. Maklum zaman dulu, tidak banyak rumah yang mempunyai TV, apalagi cakera pemain piring hitam. Apabila abang abang bekerja, di rumah inilah tempat di parking kereta berwarna oren dengan plat nombor DE 4545 yang membawa saya dan kakak bersiar siar ke Pantai Irama di sebelah petang. Aduhaai sesungguhnya tiada yang pahit dan sedih di sini.

Di sini saya mengubah diri saya menjadi remaja yang suka bergaya, memakai baju baju kakak saya. Di sini saya mulai mengenal erti cinta. Mengimpikan kehidupan indah bak hero dan heroin di dalam filem. Di rumah ini, abang abang dan kakak sulung saya berkahwin, manakala kakak yang kedua pulak bertunang. Semuanya di sini.

Semua episod kehidupan di sini telah tamat apabila kami berpindah. Kerajaan telah mengambil tapak rumah, dusun dan juga tanah padi kami untuk tapak pembinaan universiti.  Sementara rumah baru disiapkan, saya menumpang di rumah abang di Bangunan MARA Bachok. Selepas itu, pernah sekali menaiki teksi datang ke rumah ini yang sedang dirobohkan bersama adik saya. Perasaan ketika itu, memang sukar digambarkan dan saya masih terbayang bayang bak sebuah filem. Kini semuanya hanya tinggal kenangan... Saya kini sedang menjalani fasa kehidupan yang seterusnya.


31 ulasan:

  1. nostalgia sungguh....tiada tolok bandingnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sungguh nostalgia. Saya menulis mengikut kata hati tanpa sempat menyusun ayat dan bahasa. Saya merindui kehidupan di sini. Segalanya masih segar berlegar di minda.

      Padam
  2. Salam kak zie...wah putri suka laa tengok gamba kampong kat zie ni....very unikk...susah putir nak jumpa umah2 kampong cam ni lagi....cian kita tua dah takde kampong semua dah duduk bandar...huhu...suka sangat suasana kampong...kalau berkesempatan nak visit kampong mmmg akan putri amik gambar banyak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok membesar di kampung. Saya membesar sebagai kanak kanak yg normal yg mengalami sendiri segala aktiviti yg dilalui oleh seorang anak anak. Apabila berpindah ke bandar, saya hidup cara bandar tetapi hati dan semangat anak kampung yg tak reti mengenal erti susah.

      Padam
  3. Mahalnya harga sebuah kenangan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya mengenal kehidupan di sini. Segala galanya di sini.

      Padam
  4. ibaratkan tempat jatuh lagi kan dikenang....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak Rose. Di sini segalanya indah.

      Padam
  5. Love the view and environment..

    BalasPadam
  6. Cerpen nostalgia ni kak.....kenangan yg mmg x bole lupa.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain

      Padam
  7. Balasan
    1. Zura,
      Serius.. saya menulis dengan hati yang syahdu

      Padam
  8. All those days...rindunye, cite ni mengingatkan saya masa kcl2 dulu, walaupn sya dibsrkan dibndr tapi terharu dgr cite kak azie, suka tgk rmh kg n kehidupan di kg. Moga kak azie n klrga selalu didlm lindungan Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Saya hidup dalam suasana sgt gembira wp dalam serba kekurangan. Tidak pernah terasa kepanasan wp tidur tanpa kipas, apalagi aircond.

      Padam
  9. cukup syahdu.... bila baca entri Kak Azie ni
    dan dengar pulak radio lagu "Desa Permai" dendangan J.Mizan.....
    segalanya amat nostalgia, bila kampung di ambil oleh kerajaan ....
    kampung saya pun begitu... dan bila baca entri ni... sayu sungguh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi singgah dan sudi menulis sepatah dua kata.

      Padam
  10. Assalamualaikum...lama tak menyinggah..nostalgik betul..kat kg pun susah da nak tgk umah macam ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang susah kerana di kampung skrg byk rumah batu

      Padam
  11. assalam..drp pembacaan saya, dpt saya byg betapa seronoknya kehidupan akak..sejuta kenangan yg tak dpt dilupakan! drp kenangan pahit & manis..mematangkan pemikiran kita ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bersyukur dg apa yg telah dikurniakan. Walaupun dlm serba kekurangan, zaman kanak kanak sangat indah. Tiada erti duka. Kanak kanak seharusnya melalui zaman kecil spt seorang kanak kanak. Kanak kanak zaman skrg menghabiskan waktu kecil mereka dg tuisyen, handphone, game dsb. Tidak ada beza dg apa yg akan dibuat selepas mereka besar. Mereka akan melakukan aktiviti yg sama.

      Padam
  12. Puan, seronok kan mengimbau zaman silam. Bestnya, ada juga gambar rumah yang lama. Saya x ada pun. Mungkin kerana dulu x mampu beli kamera. Sekarang ni budak sekolah pun dah ada hp yang berkamera. Tanpa sedar, kenangan itu sudah lama berlalu. Usia kita pun sudah berinjak pergi. Saya pun hanyut terbawa2 dengan nostalgia puan. Mungkin kerana kita berada di usia yang sama puan. Atau boleh saya panggil Azie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasti boleh. You can call me Azie. You can add my facebook too

      Padam
  13. Mcm umah arwah nenek sya di kg pdg salim, pauh lima bachok..teringat zaman kecik2..blk je sek terus pergi umah nenek...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat sajabdg kampung asal saya tu

      Padam
  14. salam, kampung tangok...kampung asal ayah saya tapi ayah dah lama berhijrah ke kuala krai dan berkawin dengan ma yang asal dr k.krai. sekali sekala bila balik ke Kelantan ada juga balik ke Tangok ziarah sedara mara, masa kenduri memang seronok sebab kat sana dorg masih amalkan gotong royong n hubungan sesama mereka masih lagi rapat.

    BalasPadam
  15. Salam kenal buat kak azie.
    Seronok baca cerita kak azie ni...suami saya org kg. Kuau...mana satu agaknya rumah kak azie ye..
    Apa pun...cerita terbaru kak azie menyentuh qalbu..moga kak azie tabah menghadapi sglnya.. hang in there dear.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.