Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian Untuk Hidangan Petang



Bubur Kacang Hijau Durian





Sebenarnya telah berminggu minggu saya teringin sekali nak makan Bubur Kacang Hijau. Tapi tak tahu di mana kedai yang ada menjual bubur kacang ni. Yang saya tahu hanyalah Restoran Hassan dan Restoran Ubi Kayu di Taipan USJ. Masalahnya kedua dua restoran tu sekarang berniaga sehingga pukul 5 petang sahaja. 

Setiap hari saya hanya sampai di sana  untuk mengambil Aween dari sekolah dalam pukul 6. Jadi setiap hari, teringin nak makan tapi setiap hari juga tak berkesempatan. Alahaai dalam hati berkata kata, nampak gaya kenalah masak bubur kacang sendiri.



Bubur Kacang Hijau Durian

OK sepagi juga hari ini, saya dan Nana beriadah dalam jalanraya yang penuh sesak di mana mana tu. Oleh kerana kesiankan Nana yang agak susah untuk drive di celah celah jalan yang sempit dan parking kereta Alphard yang besar tu, saya berkorban dengan berjalan kaki jauh jauh juga. Selepas selesai urusan bank di Uptown Damansara, saya terus balik ke Kota Damansara untuk membeli peralatan membuat kek minggu ini. 

Hajat hati nak ke Jalan TAR terpaksa dilupakan kerana tak tertahan berada berjam jam dalam kereta. Bayangkan untuk satu atau dua urusan, telah mengambil masa hampir setengah hari. Waah masa satu hari, tak terasa bagi mereka yang banyak menghabiskannya di jalan raya seperti my laling hubby yang jadi driver untuk mengambil dan menghantar anak kami ke sekolah di USJ. Seorang sekolah sessi pagi dan seorang sekolah petang. Sehinggga kini, kami masih mencari pemandu untuk mereka. Sekurang kurangnya my hubby tak lah kepenatan memandu ke sana sini seharian. Nasib baik bekerja sendiri...



Bubur Kacang Hijau Durian

Sampai rumah, saya terus memasak Bubur Kacang Hijau sementara Nana bersolat sebab lepas ni dia pula ke dapur untuk membuat Blueberries Cheese Tart. Wah sakan sessi makan makan di Nur Qaseh hari ini. Sekarang kita layan resepi bubur kacang dulu, lepas ni kita layan Blueberries  Cheese Tart hasil air tangan Nana pula....



Bubur Kacang Hijau Durian

Bubur Kacang Hijau Dengan Durian

Bahan bahan:
3 cawan kacang hijau
1 1/2 keping gula melaka
1 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 cawan santan
4 - 5 ulas durian
Garam

Cara cara:
Goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit. Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam. Bilas dan rebus sampai empuk.

Didihkan  air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam periuk dg api perlahan. Kacau hingga semua gula larut dan tapiskan

Dalam periuk lain, rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk

Kalau suka, masukkan sagu mata ikan.

Masukkan pula cairan gula tadi dan isi durian. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahan

Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak. rasa kemanisan dan angkat

Hidangkan bersama teh O dari Ahmed Tea perisa epal, tentu sedap sekali.  Kami cicah dengan roti gardenia


Bubur Kacang Hijau Durian



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Bubur Kacang Hijau Dengan Durian Untuk Hidangan Petang"

  1. salam k.azie..wah x pernah lak saya goreng dulu kcang hijau sebelum rebus..lagi sedap ye kak? nnti leh cuba laa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm Ina. Kalau tak mahu goreng, boleh juga dimasukkan ke dalam oven seketika. Cepat empuk juga

      Padam
  2. kalau turun usj tu trylah bu bubur di restoran anjung tmn industri belakang smk usj 12..sedap gak boleh tahan....ari tu yaya nmpk nana di sekolah kata yaya klau antie azie dtg bole jumper..aween tu sekals dgn yaya msak darjah 2 ker 3...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nikee, kami pernah juga ke Restoran Anjung. Tapi kalau petang, banyak kuih muih telah habis. Oh yer ker. Memang sementara menunggu posting, Nana akan ke USJ mengambil Aween balik dari sekolah jika father dia ada urusan lain. Kami pun setiap petang ke sana mengambil Aween. Yaya skrg masih di Sek Men Keb USJ4 ke?

      Padam
  3. masih di smk usj 4,aween kenal yaya @ dhiya nisryn tu..biasalah budak lagi they all buat dek jer...kak zie dan abg selalu nikee nampak masa dlu di sk usj cumer tak kenal masa tu..nikee suke baca blog akak yerlah dahlah berpangkat bsr..pandai masak lak tu...kira ikonlah..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nikee, Aween kata dia kenal Yaya. Aween sekarang agak pemalu. Aduh tinggi sgt pujian tu. Kami ni biasa biasa saja, tak ada apa yg istimewa pun. Apa apa pun, terima kasih atas sokongan Nikee pada blog saya.

      Padam
  4. Salam kak, goreng kacang tu utk cepat empuk ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain untuk cepat empuk, dikatakan lebih wangi.

      Padam
    2. Oh saya dah jumpa jawapan. Tq kak Azie.

      Padam
  5. Terima kasih Kak..xpernah plak grg dulu..nk tryla..

    BalasPadam
  6. Saya pun suka letak durian dalam bubur kacang. Memang terangkat. Sebelah suami memang goreng dulu kacangnya, org Tganu.

    BalasPadam
  7. Singgah sini.
    Nak buat bubur kacang hijau

    BalasPadam