Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rainbow Cake In Jars Tempahan Dari Puan Maz


Rainbow Cake In Jars



Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca blog Azie Kitchen. Ini adalah tempahan pertama yang saya terima untuk Cake In Jars. Tempahan diterima dari Puan Maz untuk diberikan kepada kawan kawan sekolah anak beliau. Dari hari sabtu lagi, saya dan anak anak mula mencari jar dan bahan bahan lain yang diperlukan. 

Maklumlah tempahan perlu disiapkan pada hari cuti sempena Maulidur Rasul. Ini bererti kek perlu mula dibakar sebelah petang dan malam sehari sebelumnya. Saya tidak mahu menyediakan kek terlalu awal bagi memastikan ianya masih fresh. Lagi pulak, beberapa hari selepas itu, saya menerima tempahan Vanilla Butter Cupcake dan Red Velvet Cupcake. Jadi saya kena memastikan semua bahan bahan adalah cukup dan tersedia dikuatiri kedai ditutup sempena hari kelepasan dan cuti yang panjang.




Rainbow Cake In Jars


Manusia merancang namun Allah yang menentukan, semasa sedang menyediakan kek ini, kami mendapat berita yang Bonda Mertua telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7 petang hari Rabu, menyebabkan kami meninggalkan kerja kerja membakar kek dan menyambungnya semula pukul 2 pagi tadi sekembali dari Rawang. Nasib baik anak anak semua saling tolong menolong menyiapkan kek ini termasuk meletakkan riben dan sudunya. Bayangkan kami masuk tidur pukul 4.30 pagi dan pagi pagi lagi perlu ke Rawang untuk upacara pengkebumian. Itu pun tak siap sepenuhnya, selepas balik dari upacara pengkebumian sebelah tengahari, kami sambung semula kerja meletak frosting.  



Rainbow Cake In Jars

Rainbow Cake In Jars

Saya sangat menyukai Kek Rainbow yang moist, berwarna warni, serta mempunyai perisa ekstrak vanilla asli serta butter asli yang sangat sedap. Serius saya menyukai sesuatu yang plain dan simple dalam apa apa jua pilihan saya. Akhir sekali, terima kasih kepada Puan Maz kerana memberi kepercayaaan kepada saya untuk menyiapkan kek anakanda beliau. Semoga Puan Maz berpuashati dan maaf atas segala kekurangan yang ada.

Rainbow Cake In Jars

Rainbow Cake In Jars


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

19 ulasan for "Rainbow Cake In Jars Tempahan Dari Puan Maz"

  1. Salam Takziah Kak Azie atas pemergian Ibu mertua, semoga rohnya dicucuri rahmat... Al-Fatihah.

    Syukur kepada Allah kerana dalam kesulitan diberi kemudahan untuk menyiapkan tempahan bersama anak-anak Kak Azie... sweet sangat Rainbow Cake In Jar tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dan Ameen atas segala doa. Syukur Alhamdulillah kerana dapat juga menyiapkannya atas rasa tanggungjawab atas kepercayaan yg telah diberi.

      Padam
  2. dear, how much for one jar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Laila, boleh email ke azieshoppe@hotmail.com nanti I akan reply.

      Padam
  3. Hi Kak,

    Salam takziah atas pemergian bonda mertua.

    Regards,
    Sally

    BalasPadam
  4. takziah kak zie.....nampaknya rezeki bertambah tu baguslah.....nikee pun akan menyiapkan kukis serta green velvet minggu depan....alhamdulillah semoga bakat yg ader ni bertambah baik naknya..insyaallah!mungkin kali ini nikee cuba kak zie rv recepie....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ucapan takziah. Tahniah juga kerana Nikee sendiri banyak menerima tempahan membuat kuih muih. Sesungguhnya eezeki di tangan Allah. Tinggal untuk berusaha sahaja lagi.

      Padam
  5. Cake rainbow in jar dibakar sekali dlm oven ker...maksudnyer jar thn panas ker..

    BalasPadam
  6. Jar boleh dbakar sekali ehh. Wahhh. Menariknyaa

    BalasPadam
  7. kak Azie..

    mcmana cara cara nak membakar tu.. atas oven tu letak air skali x kak.. boleh cerita dengan detail

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada gambar yg saya ambil tapi kena search lah dalam entri sebelum no. Masukkan air panas dalam loyang dan letaklah jar

      Padam
  8. Kalau nk order blh ke. ..cake in jar

    BalasPadam
  9. Kalau nk order cake in jar blh

    BalasPadam
  10. Salam kak..brapa lama cake ni tahan klu xletak dlm chiller?

    BalasPadam