Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

adsense

mobile adsense ads

3 Jan 2013

Projek Cake In A Jar






The Making Of Rainbow Cake In A Jar. Haa dalam entri ini saya nak kongsikan proses penyediaan Rainbow Cake In A Jar. Entri ini ialah entri tahun lepas tetapi saya menyimpannya untuk disiarkan dalam tahun 2013. Projek bermula dengan saya bersama Nelly dan Juita pagi pagi lagi telah keluar dari rumah. Misinya adalah untuk mencari kedai yang menjual jar. Selepas bersarapan di gerai bawah khemah yang menjual nasi lemak kukus yang tidak ada rasa nasi lemak langsung dan ayam rendang yang tidak punya rasa rendang sama sekali, kami terus bertolak ke USJ untuk mengambil chocolate Ferero Rocher dan seterusnya ke Puchong. Dalam hati merungut rungut kerana rasanya tidak adil sekali orang yang tidak pandai memasak nasi lemak tetapi menjual nasi lemak. Rasa tak berbaloi dengan duit yang dibayar.







Berdasarkan panduan yang diberi oleh staf di Quality Pack, kami membilang bilangan traffic light. Seronok dan puashati kerana akhirnya saya menemui kedai yang menjual jar yang dicari cari selama ini. Ada 2 saiz jar yang mempunyai muatan sama, di mana satu lebih kecil tetapi tinggi dan satu lebih rendah. Begitu juga penutupnya, ada yang berwarna gold dan ada yang berwarna putih.


 


Sesampai di rumah, kami mula membasuh dan mengelap kering jar berkenaan sebelum boleh digunakan. Seperti yang dirancang, kami menyediakan Rainbow Cake yang lebih ceria dengan warna warni yang tersusun di sekeliling jar. Boleh juga disediakan Red Velvet Cake atau Chocolate Cake di dalam jar ini. Bagi memastikan warna kek yang cantik terhasil, kami menggunakan pewarna gel. Setelah adunan dibancuh, adunan telah dibahagikan kepada 7 warna dan dimasukkan ke dalam piping bag bagi memudahkan adunan dipicit ke dalam jar. Adunan mesti dipipe supaya mengena keliling jar. Jar tidak perlu dispray kerana kek akan terus dimakan dari jar dengan menggunakan sudu yang disediakan.




 

Setelah siap di pipe, jar disusun ke dalam dulang berisi air panas kerana kek ini akan dibakar secara water bath. Haaa tengok selepas dikeluarkan dari oven, kek disejukkan terlebih dahulu sebelum dipipe dengan frosting yang disukai. Jika kek naik tinggi, kita boleh sudukan keluar sebahagiannya bagi memberi ruang untuk dimasukkan frosting dan ditutup.







Haaa itulah ceritanya penyediaan Kek In A Jar yang saya rancang sekian lama sebagai door gift untuk majlis di Villa Nur Qaseh. Saya memilih untuk menyediakan kek di dalam jar untuk memberi kelainan dari kek cawan atau kek biasa yang dipotong kecil dsb. Seriously rasanya sangat moist dan satu pengalaman baru yang menyeronokkan bila dapat menikmati Cake In A Jar.... So, kalau ada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan Cakes In Jars, bolehlah menghubungi kami. Sesuai untuk majlis kecil kecilan buat si kecil juga....

 






38 ulasan:

  1. Salam tahun baru..emm bestnya kak..bila le nak mencabar diri ini nak buat yg susah sket..heheh..yang penting study maklumat dulu..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah tahun ni blh uba sesuatu yg baru

      Padam
  2. Salam kak azie....
    sedapnya....lama asz xmengkek...bak cinie se"jar".. :))

    BalasPadam
  3. Hi Kak,

    So lovely, so colorful. This is the perfect door gift :)

    Hope you have a good weekend.

    Regards,
    Sally

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Sally,
      Thank you so much for the compliment. I am so glad as most of my guests also excited receiving our "unique" door gift.
      Have a nice to you too

      Padam
  4. Salam Azie,

    Lama tak menulis di sini, tapi mama sentiasa tau cerita2 Azie.
    Cantik dan sgt menarik, tentu yg menerima teringat2 Azie,
    Wah tgk angka tu dah nak ke sejutalah...tahnaih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Mama Ju, terima kasih kerana sudi singgah. Alhamdulillah, setakat ini feedback dari tetamu yang menerimanya sangat positif di mana mereka memberitahu yang ianya sangat sedap. Ramai yang excited kerana kebanyakannya first time menerima kek di dalam jar.

      Padam
  5. Assallammualaikum Puan,

    Alahai, kecur air liur tengok kek tu, nasib baik tak pregnant, kalau tak kena order dari puan ni.. hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayu, it is seriously moist and I love it. Tapi sempat simpan I balang jer untuk I sendiri. Itu pun terpaksa disorok.

      Padam
  6. Azie, very pretty and very cute! I have always wondered how it is done and you are very generous to show the method. I probably won't venture into this but will leave it to experts like you. If I want to buy, I'll come look for you :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH, thank you. The process of making the rainbow cake in a jar is a bit tedious. But worth it when hearing the good feedback from our guests.

      Padam
  7. hmmm..nk tnye..jar tu beli dkt mne..n bpe kos utk satu biji jar??

    BalasPadam
  8. Pn azie,jika ingin order..mcm mn sy nk contact puan ye??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, contact me at azieshoppe@hotmail.com and I will reply the email. Thank you

      Padam
  9. salam kak azie, saye ade hantar email semalam. tapi takde ape feedback pun....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh maaf kerana saya hanya dapat mesej tu pada pagi ini sahaja. Saya dah reply and gave my hp as well. Can whats App

      Padam
  10. As-salam sis azie,
    Nk tny, rainbow cake in jar ni brape per jar n min kuantiti order.
    Cantik sgt rainbow cake in jar.
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eli, email me at azieshoppe @hotmail.com atau PM Azie Kitchen facebook

      Padam
  11. Really remind me of a korean drama..bley jd kan door gift nnt..

    Miss N

    BalasPadam
    Balasan
    1. Miss N,
      Ramai yang teruja bila kami menyediakan cake in jar semasa pertunangan Nana. Sehingga kini ada yg masih menyebutnya. Pemberian yg sgt unik akan meninggalkan kenangan manis buat tetamu.

      Padam
  12. salam kak... im new here... and from brunei... nak tanya skit kak... jar tu if simpan dlm oven with water bath tu okay eh? tak pecah? or need specific temperature? nak cuba sangat tapi takut hehehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inshaa Allah tak pecah sebab dibakar secara water bath.

      Padam
    2. thank you for the reply .... anyway sorry lupa nak kasi nama... im Inah :D thanks for sharing the recipes...

      Padam
  13. Hai ..plse pm me for the price 100 jars...nazirahmy87@gmail.com

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. Please give your email or can email to azieshoppe@hotmail.com

      Padam
  15. pm me harga jar and harga nk order kek in jar ni ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Can email azieshoppe@hotmail.com as I could not find your email address. Hahaha not IT Savvy enough

      Padam
  16. assalam... kak zie.. sy selalu jadikan blog ni sebagai rujukan utk buat2 kek n masak2.. sbb simple n senang... tapi hrni mata tertarik kat cake in jar ni.. camna nak buat ya.. bleh kongsikan resepi?? nk menempah jauh sgt sy ni.. kat sabah :(

    terima kasih byk.. byk sy belajar dr blog kak zie ni.. moga makin maju n byk2 lagi ilmu boleh dikongsikan kak zie :)

    shikin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Deat Shikin,
      Cuba search ada resepinya Rainbow Cake in a Jar

      Padam
  17. Hi Kak Azie, boleh ajar cara2 nak buat kek dlm jar ni tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dlm entri ini kan saya dah kongsikan cara cara membuatnya. Siap ada gambar lagi.

      Padam
  18. Assalam kak azie . Sy ade email. Hrap akk respon ye. Tq

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.

Geniee mobile ads