Iklan Nuffnang

Iklan

26 Jan 2013

Kuih Seri Muka Durian Untuk Majlis Tahlil





Apabila hubby meminta saya membuatkan kuih untuk dibawa ke majlis tahlil Bonda Mertua semalam, saya merasakan perlu dibuat 2 kuih kerana takut tak cukup kalau hanya satu kuih. Jadi selain Kuih Talam Labu di SINI, saya juga menyediakan Kuih Serimuka Durian. Memang dah lama, saya ingin membuatnya tetapi seperti biasalah kerana tak ada yang memakannya, jadi kenalah tunggu ada majlis tertentu, baru boleh membuatnya. Durian ini adalah durian yang saya bawa balik dari kampung dulu dan disimpan dalam freezer untuk tujuan membuat kuih muih berasaskan buah durian. Hmm itulah juga kenangan terakhir bersama Bonda Mertua di rumah kampung semasa kami singgah dalam perjalanan balik dari Pulau Pinang untuk menikmati durian yang sedang gugur. 


Lapisan bawah adalah berasaskan  resepi yang saya telah cuba beberapa kali di masa lepas. Lapisan atas pula, saya ubahsuai dengan memasukkan isi durian. Ini adalah kerana percubaan saya untuk menggunakan resepi lain telah menghasilkan lapisan atas yang lembik walaupun saya mengikut resepi yang dikongsikan. Ini adalah kejadian kali kedua di mana lapisan atas yang terhasil adalah lembik menjadikan saya sangat putus asa. Itu yang saya jadi hairan, bagaimana orang lain boleh menghasilkan lapisan atas yang cantik. Sedangkan saya pulak, hancuish jadinya. 







Kuih Seri Muka Durian

Bahan Lapisan Bawah:-
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 tsp garam halus
sedikit minyak masak (terutama jika guna santan kotak)

Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.

Kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit. Dialas plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama.  Apabila pulut masak, gaul hingga sebati. Tekan dalam loyang 10x10x2". 


Bahan Lapisan Atas:-

Bahan A
250 gm gula castor (guna 230 gm)
100 gm tepung kastard
400 ml santan pekat 
400 ml air 
5 ulas isi durian

Bahan B
4 biji telur
1/2 sk garam halus
Pewarna kuning- secukupnya

Cara Cara
Kacau rata bahan A dan masukkan bahan bahan B. Kacau hingga sebati atau diblender kesemuanya. Tapis ke dalam periuk dan masak dalam 2 - 3 minit sambil dikacau hingga naik wap sahaja. 

Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30-40 minit. Potong dengan pisau plastik apabila kuih benar benar sejuk.










4 ulasan:

  1. nikee tak terror hal talam ni..tapi yg jelas ader yg masukkantpg beras serta sedkit gandum tuk mengerskan kastadnya.pada nikee mungkin belum menjumpai resepi yg sesuai kot itulaa belum ngamm kot,kak zie dah pass ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nikee, dah ikut resepi sebiji sebiji. I dah ubahsuai kuih Seri Muka Pandan

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.