Iklan Nuffnang

Iklan

20 Jan 2013

Gulai Lemak Telur Masin






Pagi pagi lagi saya masuk dapur untuk memasak. Sebenarnya hajat asal, hanyalah untuk membuat Moist Carrot Cupcake. Tetapi semasa menggeledah stok di dalam kitchen store, terpandang telur masin yang sudah agak lama. Maklumlah, dah lama rumah kami tak berasap kerana semua anak anak dan hubby tak mahu makan nasi. Hmm masing masing berdiet dan mengurangkan pengambilan nasi. Jadi hanya oven kami jer yang bekerja sepanjang masa.


Bila dah ada telur masin, dan teringatlah pulak belimbing buluh yang diberi Nani, rakan sepejabat minggu lepas. Oleh kerana cukup bahan, saya pun terus memasak Gulai Telur Masin. Gulai ini sebenarnya gulai lauk Nasi Berlauk Kelantan yang dijual sebagai sarapan. Biasanya lauk nasi berlauk adalah ikan rebus, ikan kering dan dimasukkan sekali sayuran seperti timum dan kacang panjang. Lauk lauk ini dimakan dengan nasi putih dan sambal lada. Aduhhaaai sedap dan rindunya nak bersarapan di Kelantan. Selain gulai ikan, ada juga lauk seperti Gulai Ayam dan Gulai Itik Serati dijadikan lauk Nasi Berlauk. 


Berbalik kepada gulai telur ini, saya sebenarnya tidak pernah memasak gulai untuk lauk nasi berlauk. Jadi saya menelefon Kak Yah, rakan surau di Ad Dhuha untuk menanyakan bahan bahannya. Berdasarkan percakapan telefon, saya terus menyalinnya ke dalam i pad supaya tidak lupa. Jadi kalau nak tahu macam mana rasanya Nasi Berlauk Kelantan, bolehlah mencuba resepi ini. Ikan direbus dan disimpan sekurang kurangnya semalaman, barulah lagi sedap. 





Gulai Telur Masin 

Bahan bahan:
4 biji telur masin
4 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
1 inci Kunyit hidup
Beberapa hiris Lengkuas
Sedikit cili kisar (tak mahu letak pun, tak apa)
Cili hidup (cili solok, lagi sedap)
Garam
Sedikit gula/ajino moto
Asam keping - (saya guna belimbing buluh)
Santan

Cara cara
Kisar bawang merah, putih, kunyit dan lengkuas. Masukkan bahan kisar ke kuali dengan sedikit air. Masak hingga mendidih, baru dimasukkan telur satu persatu. Setelah telur mengeras, baru dimasukkan santan.

Masak atas api perlahan sambil terus dikacau masak. Masukkan belimbing buluh, garam dan serbuk perasa. Akhir sekali, masukkan lada solok.

Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Hidangkan dengan nasi putih serta sambal belacan.






10 ulasan:

  1. Terliur tengok gambar gulai lemak telur asin ni. Belum pernah cuba lagi tapi pasti enak, kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap dimakan dengan nasi panas panas

      Padam
  2. ughhhh...sedapnya kalu dapat mkn belimbing buluh tu....ni lauk fav my son

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, saya makan belimbing buluh dan lada hijau tu macam meratah jer.

      Padam
  3. Kak azie nk tnya, telur masin tu pecahkn cam kte guna telur itik tu ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Pecahkan dulu dalam mangkuk kecil.

      Padam
  4. Hari ni nk cuba buat gulai telor masin plak...hehe

    BalasPadam
  5. Kalau guna telur masin yg bersalut hitam 2 jd x ye, ada org ckp xjd..

    BalasPadam
  6. sy cuba guna telur masin yg bersalut hitam tu tuk masak lemak..mmg xjd...nape ek

    BalasPadam
  7. Sy gn telur masin yg salut hitam menjadi je sis.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.