Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Goreng Berempah



Ayam Goreng Berempah

Bila saya membelek belek plastik yang dibawa hubby dari kedai runcit, terdapat seekor ayam yang telah disiang. Hmmm itulah tandanya yang saya perlu memasak untuk hidangan tengahari. Hubby mesti berfikir yang Gulai Telur Masin sedap dimakan bersama ayam juga. Sedang kepala ligat memikirkan apa yang nak dibuat dengan ayam, ternampak kelibat Nana  yang sedang bersiap siap untuk menghadiri majlis perkahwinan abang Mas Adibah di Shah Alam, rakan serumah semasa menuntut di Alexandria. 

Mereka hanya menyewa berdua kerana inginkan keselesaan, cuma tahun lepas, Iman tinggal bersama kerana sewa rumah yang bertambah mahal.  Tujuan saya bertanya kerana Nana biasanya lebih handal dalam bab menyediakan Ayam Goreng Berempah. Tapi sebab nak cepat agaknya, Nana tak memberitahu cara cara dia menyediakan Ayam Goreng Berempah. 

Jadi saya pun cepat cepat bertanya dengan Pak Cik Google, maklumlah banyak sangat versi ayam goreng berempah ni. Saya hanya mencari versi yang simple kerana bahan bahan yang ada pun terhad, malahan daun kari pun tak dapat dimasukkan kerana pokok kari saya mengalami masalah daunnya yang dimakan ulat ulat.  Jom kita layan.....


Ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari (tak letak)
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.

Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

Catat Ulasan for "Ayam Goreng Berempah"