Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tinggalkan 2012 Bersama Masa Silam





Hari ini hari terakhir dalam tahun 2012, saya ingin menoleh ke belakang jap sebelum mengucapkan selamat tinggal. Saya bangun agak terlewat pagi ini kerana tertidur selepas solat Subuh. Hubby ada memberitahu yang dia ke pejabat tetapi saya macam antara sedar dengan tidak. Tak apalah selepas ini, saya akan kembali bekerja dan rutin harian akan diteruskan sehingga saya pencen. Jadi hari ini, biar saya lepak sepuas puasnya. Nana dan Nelly komplen sebab katanya saya terlalu berfikiran negatif menjadikan saya selalu dalam keadaan stress. Mereka meminta saya melupakan masa silam yang pahit dan meneruskan hari hari depan dengan gembira. Nana siap menghantar WhatsApp kepada saya, "perkara yang paling susah untuk dilakukan ialah berbuat baik kepada mereka yang negatif dan pernah menyakiti". Saya ingin tinggalkan 2012 dengan meninggalkan semua perkara negatif yang menghantui minda selama ini. 

Bak kata Nana malam tadi, kesusahan saya selama ini hampir selesai bila 2 orang anak kesayangan akan mula bekerja Januari 2013, seorang masih menuntut di universiti dan hanya 2 orang sahaja lagi yang masih di alam persekolahan. Mereka anak anak yang bijak dan cantik. Dan pastinya bertanggungjawab. Walaupun bergaji kecil, Nelly sudah mahu memperuntukkan sebahagiannya untuk saya. Aduhaai saya sungguh terharu. Dengan gaji saya sendiri, tentunya saya tidak memerlukan sumbangan anak anak tetapi ingatan mereka yang sangat penting. Saya membesarkan semua anak anak dengan sendiri tanpa pertolongan sesiapa. Sejak dalam pantang anak kedua, hanya saya dan hubby yang menjaga, membesarkan anak anak dengan bantuan pembantu rumah yang bekerja dengan kami selama 18 tahun. Saya membina rumah ini demi keselesaan anak anak juga dengan kepayahan. Apa yang saya ingin katakan ialah kami berdikari, kami hidup dalam keluarga kecil yang berkongsi suka dan duka sesama kami sahaja. Sehingga anak anak kami yang masih kecil juga memahami kesusahan hidup kami. Betapa susahnya untuk menegakkan rumah ini dengan sendiri tanpa khidmat kontraktor. Di samping itu, saya terus membayar pinjaman tanah di Sg Buloh demi masa depan anak anak walaupun saya sendiri tidak memerlukannya. Anak anak pula berkorban dengan menerima hakikat tiada percutian luar negara seperti kawan kawan mereka sehingga tahun 2014 apabila semua dijangka kembali stabil. 

Saya ingin sambut 2013 dengan keazaman ingin lebih menjaga hati, kerana hati yang baik akan membawa saya kepada ketenangan dan kebahagiaan sejati. Biar dunia bergelora, jika hati saya bertenang, saya boleh tidur dengan lena. Saya berdoa semoga kebahagiaan hati akan berterusan sehingga ke akhirnya. Lagi pulak, bukan ingin berbangga diri tetapi saya punya segala gala yang sekadar dengan diri saya. Bak kata Nana, kita bukan orang high class pun hanya orang biasa sahaja. Walaupun saya tidak faham apa yang dimaksudkan tapi saya menerima sahaja. Dari dulu saya selalu tegaskan mempunyai title Dato tidak menaikkan taraf seseorang sekelip mata menjadi high class berbanding dengan seorang tanpa title. Apa lagi title yang diberikan oleh manusia sebenarnya tidak memberi apa apa nilai di sisi Allah. Apa apa pun, untuk saya cukuplah ukur baju di badan sendiri. Tak perlu ada Ferrari tapi cukup mempunyai kenderaan untuk membawa anak anak berjalan berjalan dan keluar makan. Dunia hanya pinjaman dan penuh dengan permainan. Cukuplah seadanya kerana semuanya akan ditinggalkan... Nikmat yang paling besar ialah nikmat hidup, masih bernyawa kerana semua nya hanya perlu dilakukan di sini sementara masih hidup... Jadi saya ingin menikmati hidup dengan lebih bermakna dengan menunaikan tanggungjawab saya...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Tinggalkan 2012 Bersama Masa Silam"

  1. Tersentuh membaca coretan Azie n sy stuju pndpt azie itu...apa yg kita miliki bukan hak tpi cuma pinjaman n amanah drNYA justeru pe2 kelebihan yg Dia beri syukur byk2..ank2 azie sma pemikiran dgn ank2 sy..mrk sgt relax n myb krn mrk generasi Y agaknya...tak trcapai akal kita dgn kerelaksan n kematangan mrk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul apa yg anak anak saya katakan. Saya harus melupakan masa silam dan jalani hidup dg gembira

      Padam
  2. Hi Kak,

    Happy New Year to you and your family. May 2013 brings you good health, more wealth and happiness.

    Forgive, forget and move on with life, thats my policy. Saya akan memaafkan orang yg menyakiti hati saya, tapi saya tak akan kembali berbaik dgn mereka seperti dulu.

    Regards,
    Sally

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sally, you are absolutely right. I must learn to forget the past and move on.

      Padam
  3. salam Azie. Betul, nikmat hidup itu lebih bererti dari segala-galanya. Selagi kita hidup selagi itulah ujian akan datang.Dugaan saya sering menjadi mangsa hasad dengki rakan2 sekerja..Mereka manusia yang tak boleh tengok orang lain lebih..tp semua itu mematangkan saya dalam menjalani hidup ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, banyak dugaan yg datang adalah dari rakan sepejabat kerana sebahagian besar masa dihabiskan di pejabat. Saya juga menghadapi masalah yg sama dg manusia yg sentiasa sakit hati dengan saya. Saya cuma berdoa dan berserah pada Allah kerana yakin orang ini tidak boleh mmberi apa apa keburukan kepada saya kerana rezeki saya ditentukan Allah

      Padam