Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Udang Dengan Petai Untuk Juita


Sambal Tumis Udang Dengan Petai Untuk Juita


Rasanya macam lama betul, saya tidak membuat Sambal Tumis Udang dengan Petai. Al maklumlah, kadang kadang tang menyediakan cili kisar tu yang agak remeh sedikit. Tapi bila cili kisar dah tersedia, penyediaan sambal tumis memang sangat cepat. Semalam semasa saya sedang menyediakan bahan untuk memasak, Juita mencadangkan supaya saya memasak Sambal Tumis Udang dengan petai. Hubby terus ke kedai runcit dan hanya membawa 1 paket kecil petai sahaja. Hmmm cukup jer kerana dengan adanya sedikit petai, bau dan rasa sambal tumis adalah berbeza berbanding dengan tiada petai langsung. 

Apa apa pun, Sambal Tumis tetap membangkitkan selera saya. Tak kiralah kalau ianya sambal tumis udang, ikan bilis atau telur rebus sekali pun. Lebih lebih lagi sambal tumis ini digandingkan dengan Gulai Lemak Kuning Ikan Jenahak. Kiranya ala ala sambal belacan lah yang memberi sedikit rasa pedas pada nasi yang digaul dengan kuah lemak. 

Untuk bonda, Nana telah mengupas kulit udang siap siap dan dimasukkan ke dalam mangkuk kecil. Bonda saya terpaksa makan menggunakan sudu kerana mempunyai masalah jari jari kebas. Seminggu bersama, saya dapat rasakan kebenaran apa yang selalu diperkatakan tentang kitaran hidup kita, bilamana orang orang tua akan berkelakuan seperti anak anak tanpa mereka sedari. Tentulah sikap sebegini, menuntut kesabaran yang sangat tinggi bagi anak anak yang menjaga ibubapa yang sudah tua. 

Begitu juga yang saya perhatikan pada Bonda saya sepanjang di rumah kami. Tentu sekali saya tidak pernah melihat beliau sebegini sebelum sebelum ini.... Semoga kami adik beradik diberi kemudahan untuk berhadapan dengan apa sahaja ujian dari Allah.



Sambal Tumis Udang Dengan Petai Untuk Juita


Berbalik pada sambal tumis ini, saya hanya menggunakan bahan bahan mudah sahaja iaitu hanya meletakkan bawang besar, bawang merah, bawang putih dan cili kisar sahaja. Bahan bahan kisar yang ditumis garing, kemudiannya ditaburkan gula sebelum dimasukkan garam dan asam keping. Sejak kebelakangan ini, saya memang suka menggunakan asam keping sahaja kerana lebih mudah untuk mengawal rasanya yang disukai. Bila terlebih masam, saya ceduk keluar sahaja asam tu.

Kesimpulannya, memasak bukanlah satu perkara yang sukar tetapi untuk menghasilkan masakan yang baik memerlukan praktis dan praktis. Hmmm maknanya saya bukanlah seorang isteri yang tidak tahu memasak selama ini tetapi saya seorang isteri yang sangat disayangi oleh suami sehinggakan beliau tidak mahu saya kepenatan di rumah selepas seharian bekerja di pejabat..... Seriously, inilah kebaikan dan kehebatan yang tiada tandingan yang dimiliki oleh suami saya. Saya rasa sangat disayangi....




6 ulasan for "Sambal Tumis Udang Dengan Petai Untuk Juita "

  1. suka suka!
    kalau balik rumah. mestiiiiii suruh mama masak menu ni :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. LP, masakan bonda mesti yang terbaik kan?

      Padam
  2. Sekapal le kita sbb smbal tumis petai adalah makanan favourite sy...

    BalasPadam